pn-iena
Marissa dah pandai m'gunakan mouse! sudah tau mengawal dan mengklik mana2 button. Bukan itu sahaja sekiranya ada ruangan untuk mengisi 'nama' dan 'password' dia akan menaipnya sembarangan. Malahan dia tahu di mana hendak mencari 'website kegemarannya'. Melalui 'favorites' dan klik 'folder marissa' yang terdapat banyak websites pendidikan, games dan sebagainya. Dia akan mengklik pada icon website yang dia sudah kenalinya terutamanya Barbie.com yang menpunyai diaries, games, radio dan banyak lagi kemudahan di situ. Setelah dia masuk ke website tersebut dia tahu bagaimana untuk menggunakan website tersebut. Dia faham setiap fungsi pada icon dan button serta ruangan kosong yg perlu diisikan. Dia mudah mengenali objek tertentu contohya 'kasut', 'bilik', 'baju', 'seluar' dan byk lagilah. Ini adalah satu website kegemarannya, ada byk lagi yang biasa marissa terjah!. Kami anak beranak asyik berebut laptop sekarang ni. Marissa pandai memujuk sekiranya dia hendak menggunakan laptop. Ayat yang biasa dia gunakan "buka kakak nyanyi" sambil melentuk2 kan kepalanya. Itu hanyalah gimik dia. Setelah dia menguasai laptop jangan harap nak rampas daripada dia memang sukar sekali. Anak ini tersendiri pandai, dia meluangkan waktu melihat teknik ibubapanya menggunakan laptop. Biasanya dia akan mencuri2 guna laptop sekiranya kami tinggal sebentar untuk ke dapur dan melakukan aktiviti lain. Sekiranya dia tidak dapat apa yang dia inginkan, dengan serta-merta dia akan memberontak dan mengganggu sepanjang kita melayari internet.
pn-iena
pn-iena
Favorites marissa sekarang ni karipap. Biasala kalau beli kat gerai dia makan kulit jer, pasal isinya pedas. Kali ni mommy dia buatkan khas untuk dia tak pedas punya. Intinya letak kentang + danging + bwg + sedikit kari + daun sup + garam. Kulitnya dari tepung gandum + tepung bluekey + marjerin + castor + garam. Senang jer kan..cuma karipap ni ada bergelembung tu pasal tak puas hati lagi. Tapi memang oishii..try lah buat utk anak2 kecil. Resepi sebenarnya yang telah dikaji selidik dari mama mkrz macam2 ada. Nampaknya takat ni jer karipap kali ni, lepas ni stop dah, naik jemu dah. Hari2 makan karipap, layan kan si marissa lah ni.
pn-iena


Aksi2 menarik sedang makan larut malam pukul 1pg. Sebelum masuk tidur siap minum air masak sebanyak2 nyer. Lepas tu gosok2 dada takleh sedawa. Terpaksalah ajar dia buat2 sedawa..gosok2 dada dan belakang dia..last2 sedawa gak. Baring semula pejam mata, bangun semula..ayat yang terpancul dr mulut marissa "mommy.." senyum simpul sambil sambung kata "laparrr". Arkk lapar? tu yang makan malam2 buta tu... adehh..nasib lah dek, nasi ngan telor mata kerbau jer lah..
pn-iena
Sejak akhir2 ni, kerap betul berendam dalam baldi. Ketawa riang sambil bermain air. Hati senang kelihatan sangat gembira. Mungkin mencari ketenangan diri untuk hilangkan 'stress'. Manalah tahu kalau anak kecil pun stress, ingat orang dewasa saja ke . Ataupun ilham datang tanpa diundang, tiba2 terpikir nak berendam. Mana dia dapat idea tu semua. Ambil baldi isi air duduk dalam tu?
Kebetulan beberapa hari lepas kami terima 'notis gangguan bekalan air' dari pukul 9:30am-4:30pm. Mungkin nampak mommy dia dok punggah baldi isi air penuh-penuh. Dapat idea dari situ la kot. Yelah kita harus bersiap sedia, bak kata perpatah 'sediakan payung sebelum hujan'. Manalah tahu kalau gangguan tu berpanjangan. Selepas saja selenggaraan sesalur tu air nampak merah, kotor betul. Terpaksa tutup semula 'stopcock' Guna air tangki saja sementara menuggu air tu kembali bersih.
pn-iena
Ntah kenapa tiba-tiba mengidam nak makan bubur kacang hijau. Kalau tambah durian lagi sedap. Buat dua versi, makan panas-panas dan jadikan aiskrim.
Dulu rajin makan tak rajin membuatnya. Sekarang nak makan buat sendiri lah, boleh makan dengan family walaupun diorang tak berapa gemar. Alhamdulillah dah selamat makan minggu lepas.
pn-iena
Adakalanya terasa penat melayan teletah anak kecil yang sukar di kawal dengan kenakalannya yang kian menjadi-jadi. Semakin membesar semakin nakal. Pantas sepantas kilat, pantang leka atau lepa sikit ada saja yang dibuatnya. Tengok depan masih ada lagi, toleh kanan tengok semula sudah ghaip hilang sepantas kilat berlari ke pc atau sebagainya. Dinding umah jangan ceritalah habis diconteng. Terlonjak2 terlompat2 berlari2 sepahkan barang mainan sudah menjadi runtin harian. Suka menghadap depan tv yang tak jauh beberapa inci dari anak matanya. Ditegur tidak mahu dipedulikan, mata liar memandang sekadar memusingkan kepalanya, dan masih tetap berdiri gah dihadapan tv. Siapalah yang bertahan dengan sikap bergitu, ditegur berulang kali masih buat tak tau, nak juga dipujuk, dirayu dan dibelai baru lembut hati itu. Pantang terbuka pintu mulalah meluru berlari keluar, pakai selipar terus ke pagar. Seperti burung terlepas dari sangkar. Bernyanyi riang, menari sambil menghirup udara yang tak berapa segar melainkan di waktu pagi. Disuruh masuk tidak mahu, tetap bermain sendiri, datang 'hero' jiran sebelah menghulurkan tangan di celah pagar bersebelahan tepi rumah lalu bersalaman. Walaupun berlainan bangsa, warna dan bahasa tetap mesra. Tiada kata-kata terkeluar hanya diam seribu bahasa, isyarat menjadi penghubung kata. Itulah marissa anakku tercinta.
pn-iena
Kanak-kanak boleh hadapi tekanan jika alami masalah lena tak menentu
FAKTA:
Tiga langkah menggalakkan bayi tidur lena:
~Memandikan bayi dalam tempoh lima minit menggunakan Johnson’s Baby Bath.
~Mengurut lembut seluruh badan bayi selama sekurang-kurangnya dua minit menggunakan Johnson’s Baby Lotion.
~Melakukan aktiviti tanpa menimbulkan suasana bising seperti membaca buku cerita, memeluknya dengan lembut atau membelai.
Kesan fizikal dan emosi yang dapat dilihat ialah:
~Kurang menunjukkan sikap angin/moody.
~Berinteraksi dengan baik.
~Belajar kemahiran bersosial secara positif.
~Meningkatkan kebolehan dalam mempelajari proses pembesaran ketika tidur.
~Membantu mengekalkan proses penerimaan maklumat dengan baik.
~Membesar dengan sihat.
(*sumber:bharian.com)
pn-iena

Ayah..
U r the best!
HaPpY FaTher'S DaY!!

~with love Adek & Mommy~

Iklan feberet hubby & Marissa.. Gatsby-Takuya Kimura.. Tak tahan gelak tang rambut tu lah.. selamba gaban jer... Biasa kuar iklan ni time tengok 'drama engine' di 8tv

pn-iena
Chesee kek blueberry..
Terima kasih kerana sudi menjadi santapan kami sekeluarga
Kelazatan tidak terkata sehingga menjilat jari
Alangkah bahagianya kami sekeluarga
King's yang melahirkan chesee kek blueberry terima kasih byk
Tanpa chesee kek blueberry hambarlah sambutan birthday ini


Lilin terima kasih kerana sudi menyinari hidup ini
Cahaya lilin menerangkan lagi azam hidup ini hati ini
Maaf pada 3 btg lilin hanya kamu yg ku nyalakan api
Hanya 3 permintaanku kali ini, moga tercapai hendakknya
Sekadar mewakili dan tiada niat tersirat menyurat ataupun mengurat
sebagai kekuatan untuk menggapai impian yg semakin menjadi realiti


Strawberry kecil2 cili padi
hamboi apasal ko masam sekali
merah segar bugar cantik berseri
rupa2nya rasamu macam tu sekali >0<


Jemput makan pada yang menziarahi 'Pena Mata Bulat' ku ini
Hanya sekadar tatapan gambar dapat ku hidangkan
Sila2 lah jamu mata
Agak2 terliur beli lah sendiri :P
Sampai bilapun kek tetap menjadi penyeri
Cuci mulut untuk kemanisan diri
Riang girang kami memotong kek bersama
Masih tergiang2 di telinga ini
gelak tawa kami sekeluarga
ini juga penyeri hidup gundah gulana :)


Terima kasih pada teman2 sahabat handai rakan taulan kenal kenalan cyber semua (terutamanya di forum2 dan ym)
Keluarga besaq keciq walau di mana jua berada
Terima kasih banyak kerana sudi memberi ucapan sempena birthday ini
Tiada terkata dengan ucapan2 drmu semua..
Hanya ucapan terima kasih berjutaan terima kasih ku hulurkan pada anda semua!


~thanks Adek coz sudi nyanyikan lagu birthday utk mommy~
~LOve Adek & Ayah forever~

pn-iena

Fuii...Harapan semoga dimurahkan rezeki dan berbahgia bersama insan2 tercinta dunia dan akhirat...and..dot dot dot..opsss biarlah rahsia... :P

pn-iena

Inilah xtvt marissa di masa lapang. Ntah bila dia dok tangkap camera pun mommy dia tak tau. Pandai jer ambik camera tu, letak lah tinggi mana pun tau jer cara nak ambik. Agaknya mommy dia dok leka kat dapur memasak time tu. Pandai betul dia meluangkan masanya dengan berphotography..huhu anakku.. Semua ni memang hasil kerja dia sendiri, tiada bantuan dr sesiapa pun. Yang gambar muka dia sendiri tu pun dia tangkap sendiri maybe dia dok depan cermin time tu...

pn-iena



Tengoklah si nakal marissa ni dia dok sapu biru kat mata dia tu. Model mata biru ku.
pn-iena

Paprik ni lauk semalam. Biasa nak makan beli jer. Sekali sekala masak kat umah sedap juga. Tu jagung rebus sapu skit marjerin sambil dok makan2 tengok movie 'shrek the third', ntah manalah ayah marissa dok download. Memang best! ehehehe

Cara masak paprik : Bwg merah, bwg putih, halia ditumis, masukkan cili boh skit. Kemudian campakkan ayam ( suka hatilahh kalau nak seafood or daging) , dan masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis. campakkan sayuran (daun limau purut,bunga kobis, lobak merah, jagung muda & kacang panjang,tomato), tambahkan sedikit air mengikut citarasa anda. Agak2 mendidih dan masak..sila angkat dan hidangkan yer!..makan ngan nasi panas2 pun sedap..ataupun nasi goreng..yum yum yum..

(Sumber*mesra.net)

pn-iena
Semalam masak rendang sotong. Kebetulan jiran balik dr terengganu. So dia bagi lah seekor sotong yg besaq. Mula2 tengok tu terkejut gak. Uhuh! first time pegang sotong sebesar itu. Alhamdulillah.. marissa makan berselera sekali, suka tengok dia macam tu..
Resepi Rendang Sotong:-
Bahan: sotong,bwg merah & putih,serai(diketuk), lengkuas, halia, santan, daun kunyit,kerisik,daun limau purut,garam & gula(sikit jer),1 kiub pati ayam&cili boh.-tumis bhan tumisan, kemudian masukkan semua bhn, last masukkn sotong.
pn-iena


Sejak papan iklan shrek terpampang di mana2 saja, marissa mula bertanya " apa tu apa tu?" macam biasalah. "Shrek!" marissa terdiam bila mula2 dengar nama tu disebut. "shuek! shuek!" dia cuba mengulanginya, sampaikan nak terbelit lidah tu apabila dia cuba menyebutnya. Yang pastinya dia mula minat dengan shrek. Kebetulan malam bila tu tv3 ada siarkan cerita shrek yg pertama. Memang tak berganjak marissa menonton di depan tv, cuma sesekali dia belari untuk membasahkan tekaknya dengan air masak "gup gup gup" laju betul dia menenguk air tu, mungkin xmahu terlepas sambungan cerita shrek. Mommy & Ayah dia biasalah buat keje masing2, berapa kali mahu tengok lah..
pn-iena

Cute tengok marissa pakai topi macam tu. Hobi baru dia main baseball. Baling2 ajer lah bola tu dlm umah ni. Kadang2 tu dia just duduk belek2, agaknya dok pikir awat besar sangat tapak tangan tu. Bola pun keras semacam kena kepala sure benjol aduih!!

pn-iena



Aksi2 dan wajah2 ceria marissa baru bangun dr tidurnya yang lena. Bangun2 saja minum air masak, kunyah vitamin c dan makan keropok.
Minat kereta?
kalau nak tau marissa ni minat sangat kereta mainan. Kebetulan ayah dia ada koleksi kereta, apalagi serah kat dia lah sekarang ni. Hari2 dok angkut kereta mainan tu ke hulu hilir. Kalau meronda kat shopping complex pun sama, minat dia pada kereta dr teaddy bear atau mainan kanak2 perempuan.
Sudah menguasai menunggang Motor?
Kebetulan Marissa mempunyai sebiji motosikal police berkuasa tinggi yg dihadiahkan oleh nenek & atok kesayangannya. Tiap2 hari dok menunggang dlm umah, nasib baik dah pandai mengawal pergerakkan dan penggunaan button undur ke depan, kalau tidak habislah tonggang langgang seisi umah ni dibuatnya. Dinding pun jadi mangsa. Dia sekarang ni dok minat basikal pulak. Teringin nak mengayuh lah tu. Kalau dah duduk atas basikal jangan harap nak turun cepat, tunggu lah berjam2. Ayah dia terpaksa ambil troli kecik khas kanak2 punya tu..hah barulah dia bergerak, kalau tidak jenuh lah mengunggu.
Bila nak stop pakai drypers?
Itulah ingatkan nak stop pakai drypers ni. Sekarang ni dalam proses ajar dia membuang di toilet. Masalahnya bila dah terkucil dan ter"yak" skit baru nak bg tau mommy dia ni. Kekadang tu pepandai jer dia buka drypers sendiri, sekali tengok ada isi eehehhee..nak buang sendiri lah kononnya tu. Pandai dah buka pakai seluar sendiri, tengok tahap kerajinan. Kesian juga tengok dia mencangkung lama2 kaki bagaikan mahu terkulai, lenguh kot lama sangat. Masalahnya dia xminat jamban duduk.
Merajuk!
Hari tu dia merajuk, eheh gelihati pulak, time tu kat dalam bilik air nak mandikan dia. Ada lah sebab2nya dia merajuk, lalu dia berlari keluar dr bilik air dan menghempas pintu sambil menangis. Apalagi tektik kunci jer pintunya, lalu marissa memberi salam "assalamualaikum...tok tok tok!" lalu dia mengetuk pintu. "nak mandi lah..!" dia dok terpekik!..
pn-iena
Hari ni nak cuba tanam biji kacang panjang. Kebetulan beli kacang panjang hari tu gebu2 tengok, tu nak test tanam tu. Biji dia merah basar2 lak tu. Tak tau lah menjadi ke tidak. Sesiapa ada petua tolong2 kongsi ek!
Bwg putih ari tu mati dah kot, layu sokmo tinggal skit2 kehijauan daunnya. Syukur Alhamdulillah.. perkembangan halia & kunyit sangat2 memberansangkan makin menjadi2 meriah subur nampaknya.
pn-iena
Kelakar lah takki ni, tak caya tengok lah sendiri, okaylah mesra alam gitu. Artis (penyanyi & pelakon) JAPAN. Time ni interview by TVB kat Hong Kong. Suka tengok pengacara tu ceria habis siap puji takki. Sama2 ceria best banget deh. Nak info tentang takki masuk jdorama ataupun Official website
Mula2 kenal takki ni masa tengok clip video "first love" utada hikaru tahun 1999. Lepastu tengok lakonan dia dalam cerita Majo no jouken 魔女の条件. Dok hangat bercinta dengan sensei dia sendiri. Time tu dia kawaii sangat budak2 lagikan. Sekarang ni muka keras skit tapi still kawaii gak lah. Ehehehe gomen nasai hubby.. you!!! hensom!
Selit sikit pasal marissa ni peminat kecik si takki ni. Marissa gelar abg, hamboi2!!.. suka benar tepuk2 pipi guna kedua tangan dia ikut stail takki.. adehh adehh apa2 aje lah marissa ni..
Nak tengok Photo Takki dulu dan kini..
kawaii(tomey) kan..



pn-iena


Entah kenapa dan sejak bila lah marissa ni minat kat spider-man. Tiap kali ternampak papan iklan spider-man mesti dia menjerit riang " ai a man...ai a man". Kalau ternampak kat tv pun sama juga. Marissa ni suka bertanya kalau dia tak tahu nama sesuatu tu " apa tu apa tu?" itulah pertanyaan marissa bila mula2 dia terpandang gambar spider-man. Kitaorang bg tau lah "spider-man" tapi dia terjemahkan jadi lain pulak.. ai a man pun ai a man lah marissa...janji bunyi nya dekat2 sama.
pn-iena
Study
Belajar Menulis ABC dan mengenal objek melalui pembelajaran di internet. Kebetulan jumpa website ni, so tadi marissa praktikan lah. First kita tunjukkan dulu cara bagaimana nak guna 'mouse' dan klik pada gambar tersebut supaya dapat mendengar sound nama objek itu.
Alamdulillah marissa cepat tangkap bagaimana untuk menguasai mouse tersebut serta mengendalikan cara penggunaannya. Untuk ABC dia belum pandai lagi menggunakan mouse cara untuk menulis dengan kaedah yg tepat dan betul dengan menggunakan mouse. Dia hanya pandai mengawal mouse untuk di tujukan pada objek tersebut dan mengklik sahaja. Vitamin time
Sambil2 study tu dok kunyah vitamin dua biji. Pastu lapar makan nasi sikit. Lepastu makan telor rebus pulak. Kuat makan betul marissa sekarang ni. Syukur alhamdulillah.
Playstation time
Habis jer study tadi terus nak main game kegemarannya kereta 'Gran Turismo 2' the real driving simulator dan Dance 'Dance II performance'. Yang kereta tu dia tak pandai kawal lagi sebenarnya. Takat game dance tu pandai dia main, pilih lagu dan start. Biasa dia tengok apa kita buat then dia ikutlah.




Lilypie 3rd Birthday Ticker

Note: umur marissa -->2 tahun 7 bulan 2 minggu & 3 hari semasa aktiviti ini dijalankan iaitu hari ini 28 may 07
pn-iena

"Duduk berdua dibangku bambu merendang cinta aku bahgia.." teringat lagu mas idayu dulu2. Entah betul ke tidak lirik tu hentamkan saja. Cute lak tengok marissa duk sorang2 kat situ tanpa berteman. Time ni kitaorang kat ikea damansara ni. Nakal sungguh marissa tak terkawal rasanya. Tengok lah tu pandai bergaya cam model kan.
pn-iena

Antara cara perlu dilakukan ibu bapa dalam mendidik remaja ialah:

~Mendalami ilmu agama dengan pelbagai cara sama ada diajar oleh orang tua sendiri ataupun orang lain seperti guru agama supaya mereka sentiasa cenderung melakukan ibadat. Ini kerana ibadat yang diajarkan Islam mengandungi daya dan wasilah untuk mengasuh serta mendidik lahir batin manusia menjadi manusia yang sebenarnya.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang-orang yang beriman dan diikuti oleh anak cucu mereka dengan cara beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga) dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun daripada pahala amalan mereka. Tiap-tiap seorang bergantung pada amalan yang ia telah kerjakan.” (Surah al-Thur, ayat 21)

~Ibu bapa mesti mendidik remaja dengan cara lemah lembut dan pandai mengambil hati anak dalam memberi tunjuk ajar atau teguran supaya jiwa mereka tidak mudah tersentuh.

Ini kerana pada peringkat jiwa mereka mudah tersentuh dan memberontak jika terdapat sesuatu perkara yang bertentangan dengan jiwa mereka. Anak tidak boleh dimarahi atau ditengking dengan cara negatif. Kebebasan wajar diberikan kepada anak remaja dalam melakukan sesuatu perkara selagi ia tidak bertentangan ajaran Islam.

~Ibu bapa hendaklah mengawasi pergaulan anak kerana pergaulan banyak mempengaruhi sifat anak terutama ketika mereka meniti usia remaja.

Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan muhrim perlu dihalang bagi mengelak berlaku perkara tidak diingini. Pengawasan dan kawalan ibu bapa patut diperketatkan supaya anak remaja melalui kehidupan mengikut batas ditetapkan.

Remaja adalah golongan paling mudah digoda syaitan. Umpamanya dalam pergaulan membabitkan percampuran lelaki dan perempuan, syaitan akan menyelinap dan menggoda supaya melakukan perbuatan sumbang seperti bercumbu-cumbuan, asyik dalam percintaan, khalwat, rogol dan zina.

~Ibu bapa hendaklah menanamkan sifat cintakan Allah kepada anak remaja. Melalui nasihat ini juga diharapkan remaja dapat melakukan sesuatu yang baik yang dikehendaki Allah, menjauhkan diri daripada semua perbuatan keji kerana tahu dan yakin Allah sentiasa melihat perbuatannya.

~Ibu bapa harus menunjukkan kasih sayang kepada mereka dan bersikap diplomasi mengendalikan sebarang masalah. Pendapat dan pandangan anak di peringkat ini perlu dihormati dan dipertimbangkan.

~Usahakan supaya mereka mempunyai kegiatan berfaedah seperti mengikuti kursus ilmu pengetahuan, membabitkan diri dalam olahraga dan jangan izinkan mereka keluar malam tanpa sebarang sebab.

(sumber:*bharian.com)

pn-iena
Ibu bapa tidak wajar paksa zuriat baca bahan tak sesuai usia, boleh cetus rasa bosan terhadap buku
Buku saranan bacaan daripada Presiden Persatuan Masyarakat Mengenai Membaca dan Menulis di Singapura, Serene Wee:
Pembacaan mudah
  • Amelia Bedelia - Peggy Parish
  • Frog & Toad - Arnold Lobel
  • Henry and Mudge - Cynthia Rylant
  • Miss Nelson is Missing - Harry Allard
  • Mooty and Grandma - Jessie Wee
  • When Feet Talk - Serene Wee
  • One Fish, Two Fish, Red Fish, Blue Fish - Dr Seuss
  • The True Story of the Three Little Pigs - Jon Scieszka
  • Willy the Wimp - Anthony Browne

Pembacaan bebas

  • A Light in the Attic - Shel Silverstein
  • Charlotte's Web - E. B. White
  • Encyclopedia Brown - Donald J. Sobol
  • Freckle Juice - Judy Blume
  • How to Eat Fried Worms - Thomas Rockwell
  • James and the Giant Peach - Roald Dahl
  • Ramona Quimbly - Beverly Cleary

INFO: Memupuk tabiat membaca

Boleh dilakukan:

  • Biarkan anak melihat tabiat membaca anda di dalam aktiviti harian seperti mencoret di dalam diari, menulis nota atau kad.
  • Galakkan anak membaca dan memuji sekiranya dia melakukan perkara berkenaan.
  • Galakkan mereka menulis dan membaca buku cerita, surat dan sebagainya.
  • Teruskan membaca dan bahan tulisan seperti buku, majalah, pensil dan kertas seharusnya mudah di capai.
  • Selalulah membaca dan berbincang dengan anak mengenai buku yang dibaca.

Jangan lakukan:

  • Paksa anak membaca.
  • Terlalu risau atau bimbang mengenai perkembangan bacaan anak anda.
  • Membandingkan anak anda dengan kanak-kanak yang lain.
  • Bertanya soalan untuk menguji apa yang anak anda sudah belajar.
  • Jadikan masa membaca sesuatu yang menakutkan seperti usah menggunakan masa membaca sebagai salah satu daripada bentuk hukuman.

(sumber:*bharian.com)

pn-iena

Spekulasi, fitnah contoh tutur kata boleh memprakperandakan ummah

AMALAN memfitnah, tuduh menuduh, menyindir, menyebarkan khabar angin, emel layang atau berita palsu, perkataan lucah, mendedahkan keburukan orang lain dan berprasangka buruk semakin menjalar serta membarah dalam masyarakat Islam.

Semua amalan itu umumnya datang daripada lidah yang tidak bertulang yang lebih berbahaya daripada mata pedang yang terhunus hingga memungkinkan akibat buruk kepada manusia seluruhnya.

Oleh itu, Islam daripada awal lagi mengingatkan ummah mengenai bahaya penyalahgunaan nikmat lidah yang dianugerah Allah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah) angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati).” (Surah al-Baqarah, ayat 217)

Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Kebanyakan dosa anak Adam adalah kerana lidahnya.” (Hadis riwayat Tabrani dan Baihaqi) Perlu diinsafi walaupun lidah adalah anggota tubuh badan manusia yang kecil menghiasi kesempurnaan kejadian makhluk Allah, namun lidah mempunyai peranan agak besar dalam kehidupan manusia. sambungannya lagi..

(sumber*bharian.com)

pn-iena

Last xtvt May 07

Sampai juga Alor Gajah, Melaka. Semata -mata nak melawat baby kawan cik su marissa di sana. Kalau tak bila lah nak jejak kaki ke sana. Suka sangat marissa dpt tengok baby boy tu, comel sangat berat dia 2.8kg. Terpaksa masuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan penyakit kuning.

Balik KL singgah IKEA Damansara. Best sangat kat sana mommy marissa yang teruja. Takder keje ambik gambar marissa yg tak reti dok diam tu.

pn-iena

Bayangkanlah Kudup yang sepi Sendiri di lautan lalang
Bayangkanlah sengsara-digalas tatkala Kelopaknya sedang mekar
Datang musim Bersemarak harum Sampai waktu Peragakan hias
Hari bahagia hanyalah angan Yang tak kesampaian Mengundang tangis Keluhan
*Begitulah diriku Dapat kau umpamakan kekasih Yang menangis tak terhenti Didalam-oh
Begitulah diriku Tiada gerangan siapa Tempat nak ku mengadukan Nasibku
Bayu berlagu Berkumandang rintihan Mungkinkah Engkau ku nantikan Mungkinkah kau Pembawa sinaran

pn-iena
FAKTA
Kelebihan tarian

Dengan menari, anda boleh membakar kalori sama banyak seperti jika anda berjalan, berenang atau berbasikal. Dalam tempoh kira-kira setengah jam menari, antara 200 hingga 400 kalori dapat dibakar.
Senaman tarian yang kerap dapat memperlahankan kadar degupan jantung, merendahkan tekanan darah dan mengawal kandungan kolestrol.
Pakar mengesyorkan senaman selama 30 minit hingga 40 minit, tiga atau empat kali seminggu. Aktiviti menari juga boleh membantu, bergantung sejauh mana tenaga digunakan dalam tarian dan kekerapan individu mengamalkannya.
Gerakan sisi dalam kebanyakan tarian dapat menguatkan tulang dan mengelakkan proses pereputan atau osteoperosis.
Jika anda baru menjalani pembedahan jantung atau lutut, pergerakan adalah sebahagian daripada proses pemulihan yang perlu dilakukan. Menari adalah alternatif positif menggantikan aerobik atau joging.
Menari adalah aktiviti yang mengandungi komponen sosial yang baik dibandingkan aktiviti kecergasan lain. Ia memberi peluang untuk membangunkan ikatan sosial yang seterusnya membentuk keyakinan diri dan pemikiran positif.
Tarian meningkatkan keyakinan, motivasi dan sosial individu.
(sumber*bharian.com)
pn-iena
Semalam seharian kami di rumah meluangkan masa bsama keluarga. Sesi beriadah dengan bermain 'playstation' yang sekian lama menyepikan diri di perantauan negeri pahang, jauhkan playstation tu merantau eheh!. Memang terasa seronok sangat, meriah gila. Siap berebut dgn marissa nak main playstation dgn ayah. Marissa asyik nak main game kereta saja setiap kali dia terpandang playstation. Banyak lagi games lain itu juga yang dia minat. Petang2 tu kuar jap temankan ayah gunting rambut, then merayap kejap ke 7eleven dgn keadaan ayah yang gatal2, sian nampak sangat tak selesa. Biasalah beli 'slurpee' kaler biru (marissa gelar aiskrim), glurp! fuh sejuk jer anak tekak, siap letak 2 straw setiap satu bekas slurpee tu ishk siapa punya keje ni kalau tak mommy marissa. Nak balik rumah tu menyempat lak beli 'nasi kerabu', wah lama tak pekena ni sure sedap. Time makan lak ada tulang ikan tercucuk kat dlm kerongkong hambo ni, adeh cisss apa la nasib, bukannya berlaukan ikan pun tapi daging, mcm mana lak ada tulang ni hampeh sampai skrg ada lagi ni tak tau mcm mana nak kuarkan. Malam lepas rancangan buletin tv3, saja jer panggil ayah, tiba2 dia kata "napa lapar yer?!", aik! cam tetau jer. Pastu dengan rela hatinya ayah telah memasakkan kami 'blue berry pancake' yum yum yum memang sedap banget teruja kami makan panas2 pulak tu memang susah ayah nak offerkan diri dia bab ke dapur ni. Ini lah firstime dlm tahun ni (o7) ayah masakkan sesuatu untuk kami, Opss! 2x lah terlupa lak time hambo demam before masuk hospital ler, kena hargai juga walaupun sekadar 'telor goreng'. Terima kasih daun keladi lain kali nak lagi..thank you very much! we love you . Walaubagaimana pun marissa & mommy dia tetap temankan ayah di dapur, huh cekap gak dia memasak, almaklum lah dah biasa hidup di perantauan time bujang2 dulu waktu study kat jepun, kenalah berdikari masak sendiri.
pn-iena
pn-iena

Saja jer main campak2 semua ni tak sangka lak hidup. Ouh! so cute! my little baby bawang putih, halia & kunyit..

pn-iena


Alhamdulillah.. kuat makan betul marissa sekarang ni. Bangun pagi saja minta nasi, mommy dia cepat2 masakkan bubur nasi untuk dia. Tengahari sambung makan lagi, ptg sikit tido, lepas bangun saja makan lagi. Rasanya sebab dia makan vitamin tambahan tu lah, tengok perubahan selera makan yang amat ketara ni. Bagus lah kalau berterusan macam ni, semoga naik sikit berat badan tu. Dan sihat2 sejahtera hendaknya.

Marissa minum susu?
Uiks selama ni kalau minum jer dah nak termuntah. Tapi pelik lak dah boleh telan separuh gelas susu tu. Caranya pastikan susu tu pekat sikit dan bancuh dengan air panas. Srup sruppp marissa sedut guna sudu. Oklah dr tak minum langsung, tapi pastikan juga susu tu tak sejuk, sebab bila sejuk jer marissa akan buang jejauh..ehehehe..ok tu saja nak inform..
pn-iena
pn-iena
BAGI mereka yang cintakan kedamaian serta keindahan alam semula jadi, jauh daripada hiruk pikuk kota, Swiss Garden Resort Damai Laut (SGRDL) di Lumut, Perak adalah antara lokasi percutian yang menjanjikan kepuasan itu.



Pusat pelancongan bertaraf empat bintang, anak syarikat Swisss Garden International Hotel & Resort itu, hanya dipisahkan dari bandar Lumut oleh Sungai Dinding dan terletak berhadapan pulau peranginan terkenal, Pulau Pangkor.
Resort itu menyediakan beberapa kemudahan seperti gimnasium, pusat penjagaan kanak-kanak, apartmen percutian, kolam renang, padang golf dan bot.
Paling menjadi tumpuan pengunjung ialah bot yang disediakan untuk menjelajah dan meninjau kegiatan serta kehidupan nelayan sepanjang Sungai Sempit yang terletak tidak jauh dari resort.
Dengan menaiki bot, pengunjung boleh melihat sendiri kehidupan nelayan di perkampungan mereka sepanjang memudik sungai serta menghayati keindahan fauna dan flora serta pelbagai spesies haiwan di hutan bakau sepanjang sungai.
Menerusi bot khas yang disediakan, pengunjung juga boleh melihat keindahan Jambatan Tuanku Bainun sepanjang 1.3 kilometer merentasi Sungai Dinding.
Kolam renang pula dibina kira-kira 30 meter dari aras laut. Sambil berenang di kolam, pada masa yang sama pengunjung turut menikmati pemandangan laut yang terbentang luas.
Kemudahan bilik seminar yang dilengkapi sistem bunyi, skrin besar, ‘flipchart’, serta slaid turut disediakan bagi memudah dan melancarkan perjalanan sesuatu majlis.

Pengunjung boleh memilih jenis penginapan daripada 298 bilik yang disediakan seperti eksekutif (11), deluxe (256), junior suite (10), bilik keluarga (20) dan presidential suite (satu).

Semua bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, televisyen, telefon, bar mini dengan bayaran berpatutan.

Bagi mereka yang inginkan kegiatan lasak dan mencabar, trek untuk berjoging dan kegiatan menjelajah hutan di sekitar resort juga disediakan

Pengurus Besar DLGCC, Radzman Tajudin, berkata bagi peminat golf, SGRDL turut menyediakan padang golf yang dinamakan Damai Laut Golf & Country Club (DLGCC) menjanjikan kepuasan kepada setiap pemain walaupun mungkin menghayun di kala mentari terik di atas kepala.

Cuacanya yang berangin dari laut berhampiran dengan pemandangan yang indah bagi pemain golf pastinya menjadi memori yang sukar dilupakan.

Kelab itu disifatkan medan pertarungan golf terunggul di rantau ini serta pusat percutian menarik sejak ia mula beroperasi pada 1998.

DLGCC memiliki 18 lubang direka oleh Ronald Fream dari Amerika Syarikat (AS) turut menawarkan keindahan semula jadi serta pemandangan laut yang menakjubkan.

Katanya, reka bentuk serta kedudukan setiap lubang yang berasaskan pemandangan indah dan kedudukannya berhampiran laut pasti mampu menyuntik semangat pemain bermain dengan lebih baik.

Beliau berkata, tidak keterlaluan jika dikatakan kelab itu sesuai bagi semua kategori pemain sama ada baru atau lama kerana reka bentuknya sesuai untuk semua.Katanya, lubang ketiga yang memiliki jarak 150 meter mungkin dianggap mudah bagi pemain yang pertama kali beraksi di kelab itu.

Namun, jangan mudah percaya pada mata. Hakikatnya, lapangan ini terselit cabaran yang boleh mengecewakan anda jika menganggap jarak itu adalah sesuatu yang mudah.

Lapangan ini dihiasi pokok di sebelah kiri, manakala tasik di sebelah kanan serta kawasan paya di depan.Keadaan itu memaksa seseorang pemain untuk mendapatkan sudut terbaik untuk membuat pukulan supaya tidak dikecundangkan dengan keadaan yang mengelirukan itu.

Oleh itu, seseorang pemain perlu membuat jangkaan yang tepat serta pukulan terbaik bagi mengelakkan daripada terperangkap dengan `jerat' yang berada di lapangan itu.

Lubang empat yang memiliki jarak 350 meter pula adalah medan terbaik bagi seseorang pemain golf untuk menguji pengalaman dan bakat yang dimiliki.
Keadaannya yang berbentuk `dog leg' menghala ke kanan memberi beberapa ruang kepada pemain mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan pukulan.

Nyata sekali, SGRDL menjanjikan seribu kenangan kepada pengunjung, yang pasti, mereka yang pernah berkunjung ke sini, akan datang semula kerana di SGRDL benar-benar menjanjikan kepuasan.


Bagaimana ke sana?
Untuk bercuti di resort itu, pengunjung perlu memandu melalui Lebuh Raya Utara-Selatan dan mereka boleh menyusur keluar ke Jelapang (utara Ipoh) dan melalui pekan Pantai Remis sebelum tiba ke pusat peranginan terbabit.Jika anda memandu hingga ke Lumut, anda memerlukan kira-kira 25 minit untuk sampai ke SGRDL.

FAKTA:
Swiss Garden Resort Damai Laut

Kos pembinaan keseluruhan resort seluas 425 hektar itu membabitkan perbelanjaan kira-kira RM200 juta.
Mula beroperasi pada 18 Disember 1997

Pelancong terdiri daripada pelancong tempatan serta luar negara seperti Jepun, Taiwan,Singapura dan Eropah.

Damai Laut Golf & Country Club pernah memenangi tiga anugerah iaitu 'The Best Resort Course', '2nd Most Scenic Hole', 'Hole 15' dan '3rd Most Scenic Golf Course' di Malaysia bagi 2005/2006 oleh majalah Golf Malaysia.

300 bilik disediakan seperti Deluxe Garden, Deluxe Sea View, Executive, Junior, Family dan Presiden Suite.

Ada juga kategori bilik yang diubahsuai iaitu Damai Apartment Suite untuk yang berkeluarga, Honeymoon Suite dan Spa Suite bagi mereka yang inginkan kelainan.

~sumber: bharian.com.my~



~kenangan ketika bercuti di Damai Laut~

pn-iena

pn-iena
Alhamdulillah.. sihat dah marissa sekarang ni. Sejak dua menjak ni dia demam semacam jer, paling ketara di waktu malam, terasa panas suhu badan dia. Bila siang dia kembali okay, biasalah budak camni perlukan antibiotik untuk ketahan diri. Makan ubat demam tapi yang masuk suku jer, yg lain dia dok muntah kan semula tu yg ulang2 demam dia tu.
Malam semalam dia terbangun dari tidur, tiba2 jer dia duduk lalu sambung tidur dengan cara duduk, tapi tu lah nampak kepala dia tersenguk-sengguk, badan pun hampir2 nak tumbang. Bila kita sentuh dia tepis tangan tak kasi diganggu. Kanan kiri kami letakkan bantal, takut dia ternyenyak tidur lalu tumbang. Tak lama tu dengan sendirinya dia meniarap ke bantal lalu tidur, huh lega hati kami. Setiap kali badan dia panas kena lapkan dengan kain lembab, supaya suhu dia tak panas sangat. sambil tu tampal gak byebye-fever dia tu, bagus sejuk jer terasa di dahi marissa.
Pemakanan Normal Semula!
Maksudnya dia dah makan seperti sediakala. Makan nasi okay dah ada nampak perubahan selera dia yg mendadak. Lagilah berlaukkan udang masak lemak kuning, wahh! suka benar dia. Semalam jer pagi minta roti bole tahan laju jer masuk mulut, tapi pastikan kulit tepi dah dibuang. Kalau tidak marissa akan kata "bukak arr, bukak arr".
Bab susu tak Normal lagi!
Bila nampak saja susu dlm paket kecik yg sample dr klinik bg dia dok mintak suh bancuhkan. Tapi dok buat main jer lah, jamah sikit jer. Paham2 jer lah bab susu2 ni yg marissa lemah banyak nak minum. Tapi kalau bagi nestum Nesvista tu kompem abis satu cawan. Tak pun susuu dalam kotak ataupun bg jer lah soya, memang laju.
pn-iena


'CHAMPS M Chewable' for marissa. Berperisa Strawberry. Untuk sehari makan 2 biji sahaja. Alhamdulillah nampaknya marissa gemar memakannya. Rasanya pun sedap, marissa gelar gula2. Stock pun senang nak cari, boleh didapati di farmasi.

pn-iena
Hok alorr kesian anak mommy demam 2-3 ari ni kejap2 demam kejap2 okay. Tadi pi klinik, pi singgah farmasi sekali beli 'bye bye fever' utk dia..supaya goodbye terus fever tu. Lagipun stok beru jer habis. Makan pun kurang lalu sekarang ni.

Eek! kengkawan this blog just information about my daughter yer, eheh ada yg complain ni awat citer anak jer :) hambo takder citer untuk diri sendiri... biarlah rahsia kuang kuang kuang.. jangan maree friendssss.. Adalah nanti hambo tepek citer dua tiga kerat apa2 aja supaya tak jemu dek mata memandang sambil membaca ;)

Tadi ayah marissa balik kejap ke rumah semata-mata nak antar anak kesayangan kami ke klinik. Pastu makan2 kat KFC, cheh! menyempat pula dok makan kat situ ek!. Tak apa janji marissa selera sikit makan peha ayam kfc tu.

Insya'allah (xkompem lagi) ada rezeki dan kalau tak ada hal yg melintang semua jalan ngan lancar terpaksalah ayah marissa 'outstation jepun' sana. Bulan berapa tak tau lagi..tu ler last year cancel pasal ada hal family. Hah kan hambo dah kata citer pasal hambo mmg tak ada.. Apa pun alhamdulillah sihat dah marissa tadi ni lepas makan ubat demam..
pn-iena

Suka marissa bersama dengan 'Wild Planet' pemberian dr ayah dia. Dah lama ayah dia simpan, kebetulan semalam kami sekeluarga bergotong-royong membersihkan bilik komputer, so terjumpa lah khazanah lama yg terperuk dlm kotak simpanan. Walaubagaimapun ianya masih kelihatan baru kerana tak diguna selama ini. Wild Planet ni made in japan, dibeli sewaktu berada di jepun. Sekarang ni marissa dah tau gunakan so boleh lah bg dia main. Cara menggunakannya tekan button yg melekat kat pemegang like pistol tu, then dengarkanlah bunyi yg nyata dr persekitaran atau suara sendiri dr bentuk bulat warna hijau tu.

pn-iena
Berikut adalah beberapa perspektif persahabatan yang boleh dicontohi :-
Pilih daripada kalangan yang berakal. Ini bermaksud, orang yang tidak jahil terhadap selok-belok agama. Di samping itu, untuk bersahabat, dia seharusnya tahu mengenai keperluan manusia lain.
Seorang yang mempunyai akhlak baik dan budi pekerti mulia iaitu mempunyai keimanan dan memiliki cukup pertimbangan wajar dalam semua tindakannya.
Sahabat yang tidak diperdaya nafsu dan keinginan ketika melewati usia persahabatan, tidak liar, pemarah, iri hati dan mana-mana sifat negatif lain.
Jangan sekali-kali mendekati dan cuba bersahabat dengan seseorang yang bersifat fasik. Maksudnya, seorang yang hidupnya digelumangi dosa.
*sumber: hmetro.com.my*