FAKTA
Kelebihan tarian
Dengan menari, anda boleh membakar kalori sama banyak seperti jika anda berjalan, berenang atau berbasikal. Dalam tempoh kira-kira setengah jam menari, antara 200 hingga 400 kalori dapat dibakar.
Senaman tarian yang kerap dapat memperlahankan kadar degupan jantung, merendahkan tekanan darah dan mengawal kandungan kolestrol.
Pakar mengesyorkan senaman selama 30 minit hingga 40 minit, tiga atau empat kali seminggu. Aktiviti menari juga boleh membantu, bergantung sejauh mana tenaga digunakan dalam tarian dan kekerapan individu mengamalkannya.
Gerakan sisi dalam kebanyakan tarian dapat menguatkan tulang dan mengelakkan proses pereputan atau osteoperosis.
Jika anda baru menjalani pembedahan jantung atau lutut, pergerakan adalah sebahagian daripada proses pemulihan yang perlu dilakukan. Menari adalah alternatif positif menggantikan aerobik atau joging.
Menari adalah aktiviti yang mengandungi komponen sosial yang baik dibandingkan aktiviti kecergasan lain. Ia memberi peluang untuk membangunkan ikatan sosial yang seterusnya membentuk keyakinan diri dan pemikiran positif.
Tarian meningkatkan keyakinan, motivasi dan sosial individu.
(sumber*bharian.com)