pn-iena
Kami sekeluarga ingin mengucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU' & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA' kepada kaum keluaga, saudara mara serta sahabat handai yang mengenali kami di sini. Semoga azam lama dan baru tercapai, dan Semoga berbahgia selalu hendaknya, amin..
pn-iena


Lilypie 3rd Birthday Ticker

Gedebak gedebuk! dah nak masuk awal tahun 2007. Umur marissa pun semakin meningkat, tahun depan 2007 masuklah 3 tahun. Wah! dah semakin membesar anak aku yer! Sekejapnya masa berlalu, macam tak percaya saja! Adek jangan nakal-nakal ya! mommy love u!
pn-iena

pn-iena
pn-iena
Kesihatan Marissa
Syukur alhamdulillah akhirnya marissa sembuh dari demam. Sejak sabtu lalu baru hari ini(khamis) marissa betul-betul sihat, cuma batuknya baru berkurangan sikit, selsema dia pun dia masih ada lagi ni. Kesian beberapa hari yang lalu nampak sangat marissa kelesuan dan tak bertenaga langsung. Makanan lansung tak nak dijamahnya. Sekarang ni walaupun dia tak nak makan nasi atau bubur sekurag-kurangnya makan juga makanan lain.

Pada masa ni marissa baru tertidur, alhamdulillah nampak lena sangat mungkin dengan keadaan cuaca sekarang ni yang musim hujan, keadaan rumah menjadi aman dingin dan terhindar dari debu-debu yang selalu menyesakkan nafas ini.

Ubat-ubat marissa terlalu banyak untuk demam kali ini. Contohnya: ubat batuk,demam,selsema,tahan muntah,antibiotik,selsema, waduh semuanya membuatkan marissa mual loya-loya tekak kerana terpaksa telan ubat-ubat itu walaupun dalam bentuk cecair. setiap kali nak kasi dia ubat mesti menjerit-jerit meronta-ronta tak nak, terpaksalah paksa juga dia telan ubat tu dengan apa cara sekalipun supaya cepat sembuh.

Alhamdulillah yang penting sekarang marissa bersansur sihat. Risau juga kalau tak sembuh-sembuh. Biasa kalau marissa demam pun 2-3 hari mesti dah sihat, kali ni lama betul. Badan aku pun sakit-sakit sejak beberapa hari ni, asyik memangku mendukung dia, malam tak lena tidur, baru nak lelap marissa dok batuk-batuk, pastu menangis lah sebab tak tahan nak menanggungnya, kesian sunggih tengok keadaan dia waktu tu.