Terima kasih kerana sudi menjadi santapan kami sekeluarga
Kelazatan tidak terkata sehingga menjilat jari
Alangkah bahagianya kami sekeluarga
King's yang melahirkan chesee kek blueberry terima kasih byk
Tanpa chesee kek blueberry hambarlah sambutan birthday ini
Lilin terima kasih kerana sudi menyinari hidup ini
Cahaya lilin menerangkan lagi azam hidup ini hati ini
Maaf pada 3 btg lilin hanya kamu yg ku nyalakan api
Hanya 3 permintaanku kali ini, moga tercapai hendakknya
Sekadar mewakili dan tiada niat tersirat menyurat ataupun mengurat
sebagai kekuatan untuk menggapai impian yg semakin menjadi realiti
Strawberry kecil2 cili padi
hamboi apasal ko masam sekali
merah segar bugar cantik berseri
rupa2nya rasamu macam tu sekali >0<
Hanya sekadar tatapan gambar dapat ku hidangkan
Sila2 lah jamu mata
Agak2 terliur beli lah sendiri :P
Sampai bilapun kek tetap menjadi penyeri
Cuci mulut untuk kemanisan diri
Riang girang kami memotong kek bersama
Masih tergiang2 di telinga ini
gelak tawa kami sekeluarga
ini juga penyeri hidup gundah gulana :)

Keluarga besaq keciq walau di mana jua berada
Terima kasih banyak kerana sudi memberi ucapan sempena birthday ini
Tiada terkata dengan ucapan2 drmu semua..
Hanya ucapan terima kasih berjutaan terima kasih ku hulurkan pada anda semua!
~thanks Adek coz sudi nyanyikan lagu birthday utk mommy~
~LOve Adek & Ayah forever~