pn-iena



Diantara Masjid-masjid dan Taj Mahal yang terdapat di Taman Tamadun Islam @ Taman Monumen, Terengganu

Syukur Alhamduillah, inilah sebahagian penamat aktiviti yang sempat dilakukan bg sesi cuti sekolah penghujung akhir 2011 yang lalu. Kami berkesempatan melawat Taman Monumen di Terengganu. Ianya dipenuhi dengan Masjid-masjid comel yang di bina khas kepada pengujung-pengujung yang sudi hadir melawat di situ. Dari segi pembinaannya dan ukiran memang boleh dikatakan 100% seiras dengan Masjid yang asal. Ada segelintir Masjid yang telah menjadi kenangan kerana masjid tersebut telah lenyap buat selamanya di tempat asal mereka sendiri.

Kalau diberi peluang kami akan pergi melawat sekali lagi di situ. Sungguh indah dan terasa tenang bila berada di sana. Malahan anda juga berpeluang untuk menonton tayangan berkenaan Taj Mahal dan beberapa lagi tempat yang lain. Ianya seakan panggung wayang comel yang kecil tetapi sangat memuaskan hati. Terdapat juga seperti muzium kecil dengan benda-benda purba yang di pamerkan.

Di Taman Tamadun Islam juga anda juga boleh singgah Masjid Kristal yang tersergam gah! sangat menerujakan. Inilah kali pertama kami betul-betul menjejakan kaki di situ.