Berikut adalah beberapa perspektif persahabatan yang boleh dicontohi :-
Pilih daripada kalangan yang berakal. Ini bermaksud, orang yang tidak jahil terhadap selok-belok agama. Di samping itu, untuk bersahabat, dia seharusnya tahu mengenai keperluan manusia lain.
Seorang yang mempunyai akhlak baik dan budi pekerti mulia iaitu mempunyai keimanan dan memiliki cukup pertimbangan wajar dalam semua tindakannya.
Sahabat yang tidak diperdaya nafsu dan keinginan ketika melewati usia persahabatan, tidak liar, pemarah, iri hati dan mana-mana sifat negatif lain.
Jangan sekali-kali mendekati dan cuba bersahabat dengan seseorang yang bersifat fasik. Maksudnya, seorang yang hidupnya digelumangi dosa.
*sumber: hmetro.com.my*