Adakalanya terasa penat melayan teletah anak kecil yang sukar di kawal dengan kenakalannya yang kian menjadi-jadi. Semakin membesar semakin nakal. Pantas sepantas kilat, pantang leka atau lepa sikit ada saja yang dibuatnya. Tengok depan masih ada lagi, toleh kanan tengok semula sudah ghaip hilang sepantas kilat berlari ke pc atau sebagainya. Dinding umah jangan ceritalah habis diconteng. Terlonjak2 terlompat2 berlari2 sepahkan barang mainan sudah menjadi runtin harian. Suka menghadap depan tv yang tak jauh beberapa inci dari anak matanya. Ditegur tidak mahu dipedulikan, mata liar memandang sekadar memusingkan kepalanya, dan masih tetap berdiri gah dihadapan tv. Siapalah yang bertahan dengan sikap bergitu, ditegur berulang kali masih buat tak tau, nak juga dipujuk, dirayu dan dibelai baru lembut hati itu. Pantang terbuka pintu mulalah meluru berlari keluar, pakai selipar terus ke pagar. Seperti burung terlepas dari sangkar. Bernyanyi riang, menari sambil menghirup udara yang tak berapa segar melainkan di waktu pagi. Disuruh masuk tidak mahu, tetap bermain sendiri, datang 'hero' jiran sebelah menghulurkan tangan di celah pagar bersebelahan tepi rumah lalu bersalaman. Walaupun berlainan bangsa, warna dan bahasa tetap mesra. Tiada kata-kata terkeluar hanya diam seribu bahasa, isyarat menjadi penghubung kata. Itulah marissa anakku tercinta.