pn-iena

Alhamdulillah...Tahun 2011, 16 April maka genap umur Fadli 3 tahun. Sekejap sahaja masa berlalu. Dah ada anak bujang rupanya. Kalau depan camera memang pandai dia berposing, ikut perangai kakak dia lah tu. Bila hantar kakak ke sekolah mesti bawa bag sangkut belakang, siap nak pergi ke sekolah juga. Apa kakak buat semua dia nak buat sama.

Yang tak best ada satu tabiat fadli tak boleh jumpa charger handphone atau benda-benda yang berkaitan dengan wayar, habis lah dia buat main. Macam2 boleh dia aksi boleh lakukan sampaikan rosak. Imaginasi dia juga kuat, sangat-sangat kuat, benda yang kita tak terfikir dia boleh lakukan. Contohnya bila di cantumkan sesuatu benda itu akan dijadikan mirip vacuum, spanar dan macam2 lagilah. Kalau di perhatikan dia macam suka bab-bab engineer seperti electrical n elektronic. Kenapa? Sebab habis pengisar, pembakar roti, dan berkaitan barangan eletrik dia jadikan mainan. HuhUuHuu itulah fadli....
pn-iena

Alhamdulillah... tak sangka dah ada anak dara berusia 7 tahun. Cepatnya masa berlalu. Marissa sekarang meneruskan pelajaran di alam persekolahan,Sekolah Rendah. Rasanya baru sahaja Sekolah Tadika. Tiba-tiba dah Sekolah Rendah pula. Ini bermakna kita dah semakin berusia. Lagilah besar cabaran nak membesarkan marissa. Dah tak boleh nak kelentong, sebabnya dia memang dah matang. Tahu yang mana betul atau salah.

Yang penting marissa betul-betul berdikari. Menyusun sendiri buku-buku mengikut jadual yang diberi. Tapi mommy dia semakkan juga lah takut kalau ada tersilap buku. Hantar dia pun sampai depan pintu pagar sahaja. Ada sekali tu tengok dari jauh dia menikmati makanan di kantin, tapi hati seorang ibu bila nampak sahaja mesti terdetik nak melihat apa yang di makannya. Rupanya mee goreng pedas, kesian muka berpeluh, lagilah bibir merah menyala, sah-sah tengah kepedasan. Itu lah kali pertama dan terakhir marissa menikmati makanan di kantin. Lepas tu terus bawakan bekal hari-hari. Lagipun masa tu memang permintaan dia nak merasa makanan di kantin. Akhirnya terucap dari mulut dia "marissa tak nak beli kat kantin lagi lah.." hehehe tahu tak apa..
pn-iena



Syukur Alhamdulillah walaupun lahir tak cukup bulan nampak nya baby faidhi tetap aktif dan membesar dengan jayanya. Alhamdulillah kesihatannya juga amat memberangsangkan dan baik seperti biasa. Setakat ni tiada apa2 masalah dengan dirinya. Cuma masih buat checkup kat hospital untuk mengetahui kesihatan dan perkembangannya sehingga menjangkau umur 2 tahun nanti. Tu dia semakin cerdik nak dan berangan si faidhi ni nak membaca buku kesayangan kakak dia. Macam paham saja dok membaca tu. Nasib baik buku tu jenis keras dan tebal..kalau tak macam biasa dilumat-lumatnya kertas2 yang di depan mata.
pn-iena

Menerokai Destinasi sambil menikmati percutian cuti-cuti Malaysia di

  • Kelantan -Kota Bharu
  • Terengganu -Batu Buruk Beach Resort, Masjid Kristal
  • Melaka - Afamosa Resort, Bandaraya Bersejarah.