Marissa dah pandai m'gunakan mouse! sudah tau mengawal dan mengklik mana2 button. Bukan itu sahaja sekiranya ada ruangan untuk mengisi 'nama' dan 'password' dia akan menaipnya sembarangan. Malahan dia tahu di mana hendak mencari 'website kegemarannya'. Melalui 'favorites' dan klik 'folder marissa' yang terdapat banyak websites pendidikan, games dan sebagainya. Dia akan mengklik pada icon website yang dia sudah kenalinya terutamanya Barbie.com yang menpunyai diaries, games, radio dan banyak lagi kemudahan di situ. Setelah dia masuk ke website tersebut dia tahu bagaimana untuk menggunakan website tersebut. Dia faham setiap fungsi pada icon dan button serta ruangan kosong yg perlu diisikan. Dia mudah mengenali objek tertentu contohya 'kasut', 'bilik', 'baju', 'seluar' dan byk lagilah. Ini adalah satu website kegemarannya, ada byk lagi yang biasa marissa terjah!. Kami anak beranak asyik berebut laptop sekarang ni. Marissa pandai memujuk sekiranya dia hendak menggunakan laptop. Ayat yang biasa dia gunakan "buka kakak nyanyi" sambil melentuk2 kan kepalanya. Itu hanyalah gimik dia. Setelah dia menguasai laptop jangan harap nak rampas daripada dia memang sukar sekali. Anak ini tersendiri pandai, dia meluangkan waktu melihat teknik ibubapanya menggunakan laptop. Biasanya dia akan mencuri2 guna laptop sekiranya kami tinggal sebentar untuk ke dapur dan melakukan aktiviti lain. Sekiranya dia tidak dapat apa yang dia inginkan, dengan serta-merta dia akan memberontak dan mengganggu sepanjang kita melayari internet.