pn-iena
Erk! terlupa lah nak pakaikan marissa pampers masa tidur malam tadi. Fuh! selamat tak terkucil dalam seluar, kalau tidak abislah basah. Bangun awal pagi tadi masa ayah nak pi keje, suh marissa buang air kecil. Tapi dah beberapa hari ni check setiap pagi walaupun pakai pampers malam, mmg tetap kering. Pagi2 tu lah biasanya dia buang air kecil. Maknanya dia dah pandai menahan dan mengawal masa2 untuk membuang. Biasanya tunggu marissa tidur baru pakaikan pampers tu sebab mmg nak latih dia ke toilet sendiri. Alhamdulillah lah nampak misi semakin menjadi. Cuma siang ni waktu nak jalan2(dlm kereta atau tempat shopping complex) takut dia tak tahan nak terbuang air kecil pulak sementara menunggu kita cari toilet.
Sekarang ni pun marissa kerap berendam dalam baldi, marissa gelar mandi kolam. Kalau dah berendam tu berjam-jam siap penuh buih dalam baldi tu. Habislah sabun mandi ayah dia kerjakan. Lagi satu shower marissa gelar mandi hujan. Kalau mandi tu memang melompat2 sambil nyanyi.
pn-iena
~Palace Of The Golden Horses Hotel~
~Mines Cruise~
pn-iena

Yang ni masa hari sabtu lepas, pi ke 'Midvalley' temankan pakcik wan marissa jumpa kawan dia. Lepas tu masing-masing bawa diri, tinggal kan kat situ pandai2 lah balik naik lrt. Kebetulan diorang nak pi 'klcc', jalan2 sambil shopping. Biasalah kalau guna handphone ayah lambat skit nak download ke laptop ni.

Sempat juga bawa marissa melawat ke 'Pets Wonderland'. Suka marissa dpt jumpa macam2 pets kesayangan kat sana. Tak ketinggalan juga meronda2 ke 'MegaKidz' and 'ToyCity'. Dah penat berjalan2 sana sini, terasa lapar apalagi pi beli 'sushi' makanan kegemaran marissa. Kenyang perut dah tak larat nak berjalan marissa pun balik dengan hati yang riang.
pn-iena

Horayy!! marissa bawa pakcik wan dia melawat mines. Cuma tak ada rezeki nak masuk ke 'Mines Wonderland' atas sebab2 tertentu. Takper lah kalau ada masa nanti boleh datang lagi. Penat seharian melayan karenah marissa meronda-ronda 'Mines Shopping Fair' sambil bermain games. Yang paling marissa seronok dpt jam tangan baru tu. Senyum sampai ke telinga marissa. Kat rumah ni pun asyik dok pakai jer. Dia gelar jam tu "jam An An @Jam emon" (Jam Doraemon).
pn-iena
Garden City, Smart Lifestyle at Bandar Puteri.

Petang beberapa (toing! toing! ????) weekend yang lalu, kami jalan2 kat Town Park. Sebelum tu makan pizza hut kat dlm kereta. Marissa pun tak larat nak berjalan. Kami try pijak batu2 tu untuk kesihatan diri, mommy marissa tak berani nak pijak batu2 kecik sakit gila. Berani pijak yang besar2 jer . Kat situ ada jambatan gantung. Town Park ni memang sesuai sangat lah untuk beriadah. Tempatnya pun aman dan damai. Angin yang sepoi2 berlalu betul2 menyegarkan badan. Yang penting ada taman permainan kanak2 suka betul marissa.
pn-iena

Walaupun baru bangun tidur :
  • Mata tetap bulat
  • Senyuman tetap manis
  • Rambut tetap kemas
  • Tetap pandai bergaya
  • Tetap Selsema (malam susah nak tidur hidung tersumbat)
pn-iena
check jap! pandangan sisi senget jer!
oklah ni..agak2 tiang hijau sebatang tu apa funngsi dia?

Agak2 jatuh tak?

Yes! tak jatuh.. bangunan apa lak ni?

pn-iena
Misi menjadi

Ketika gambar ni di petik Marissa tengah makan jemput-jemput kosong sambil minum dugro.

Akhirnya dugro marissa habis. kami telah membelikannya lagi untuk kali ke dua. Alhamdulillah dah besar ni boleh pulak telan susu formula tu. Sikit2 minum pun jadilah dari tak minum langsung. Ingat lagi kalau kecik2 dulu memang tak boleh nak telan susu2 ni tak kiralah brand apa pun sebab dia akan muntah.

Marissa sekarang dah tak pakai pampers. Alhamdulillah akhirnya menjadi juga kali ni setelah 3 tahun menunggu. Marissa akan dipakaikan pampers sewaktu dia tidur dan nak kuar jalan2, takut terkucil lak waktu tu kan. Sekarang ni masih dalam latihan lagi.

Latih tubi nyanyi lagu bahasa jepun Atashinchi . Alhamdulillah dia boleh nyanyi, dan ayah marissa (merangkap guru besar) kata kalau dibuang background muzik tu, nyanyian marissa boleh difahami. Tunggu yer kami telah merakamkannya di handphone ayah marissa. Kalau berkesempatan kami akan tepek di sini. Kata Cik su marissa setelah mendengar rakaman nyanyian tersebut melalui sms "patutlah tak reti cakap melayu..ehehe"

pn-iena

Family Favorites cartoon & song ~~Atashinchi~~

pn-iena
SAYA berusia 26 tahun dan kini hamil pertama kali. Saya ingin tahu mengenai tanda kelahiran bayi kerana saya kerap mengalami bisa sakit pinggang di awal 36 minggu. Adakah ia hanya disebabkan bayi sudah membesar atau tanda bayi bakal lahir? Menerusi pembacaan saya sebelum ini, adakah benar wanita hendak bersalin akan berasa seperti hendak membuang air besar?
Adakah benar minggu terakhir bayi adalah 40 minggu? Apakah yang akan berlaku jika masih tidak rasa sakit bersalin selepas 40 minggu?
IBU INGIN TAHU,
Shah Alam, Selangor.
Jawapan
PENGALAMAN sakit bersalin berbeza-beza bagi setiap wanita. Ada yang merasakan seperti perut memulas hendak membuang air besar, sakit belakang, perut seperti akan pecah dan seumpamanya. Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks. Pengecutan rahim ini berlaku jarang-jarang, sekitar setiap 30 minit dan mengambil tempoh beberapa saat saja serta tidak menyakitkan. Ini berbeza dengan pengecutan rahim bersalin yang dialami setiap 15 minit namun kemudiannya menjadi lebih kerap (setiap lima atau tiga minit), setiap satu pula semakin panjang tempohnya (sehingga 45 saat) dan disertai dengan kesakitan. Tempoh ini bolehlah dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang. Berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca kesakitan yang anda alami.
Tanda hampir bersalin adalah seperti berikut:
- Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
- Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
- Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
- Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.
Anda juga boleh mempelajari cara mengesan pengecutan otot rahim. Ia juga dapat dilihat dalam carta cardio-tocograph atau CTG yang mencatat pola aktiviti jantung bayi serta pengecutan otot rahim. Ia dilakukan secara melekapkan dua alat berbentuk cakera tebal ke atas puncak rahim dan pada kawasan jantung bayi, alat ini dilekapkan dengan bantuan tali pinggang bergetah dan dibiarkan selama kira-kira 20 minit. Ujian air kencing juga mungkin dilakukan untuk memastikan tiada jangkitan air kencing yang juga boleh mengakibatkan kesakitan yang sama walaupun lazimnya ia lebih kepada sakit bahagian ari-ari.
Selain tanda di atas, anda juga perlu ke hospital jika mengalami keluar air ketuban, pergerakan bayi menjadi kurang kerap, keluar darah atau apa saja masalah yang dialami untuk kepastian doktor. Waktu 40 minggu adalah dikira bermula hari pertama haid terakhir sehingga tarikh jangkaan bersalin. Namun, 90 peratus wanita didapati sudah selamat bersalin sebelum tiba tarikh terbabit, sekitar 10 hari sebelum tarikh itu. Bayi dikatakan cukup bulan apabila mencecah usia 38 minggu kandungan. Bayi pula dikatakan lebih hari jika masih belum dilahirkan selepas tarikh 40 minggu, jika melebihi 42 minggu pula dikatakan lebih masa. Lazimnya bayi selamat jika lahir dalam tempoh 38 hingga 41 minggu, sebaliknya melebihi usia 42 minggu pula dikaitkan dengan risiko kepada bayi. Membenarkan bayi di dalam kandungan melebihi usia 40 minggu memerlukan pengawasan pergerakan bayi, kandungan air ketuban, keadaan uri, aktiviti jantung dan seumpamanya bagi wanita yang tidak mempunyai masalah seperti darah tinggi, kencing manis atau rhesus negatif.
Pada masa sama, jika keadaan terbabit masih memuaskan, kandungan mungkin dibenarkan selama sekitar seminggu bagi memberi peluang jika anda didatangi sakit bersalin sendirinya tanpa perlu dipaksa bersalin (induksi).
Namun, ia lebih bergantung kepada keputusan anda setelah mendapat pandangan doktor anda.
PAKAT SAKIT PUAN bersama Dr. Adilah Ahmat
Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur Jika anda mempunyai sebarang masalah mengenai sakit puan, hubungi kami menerusi :
Pengelola Ruangan Sakit Puan, Harian Metro, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.Faksimili 03-22848390 E-mel: hawa@hmetro.com.my
*sumber: hmetro.com
pn-iena
Akhirnya hari ini masuk hari ke-dua marissa tidak memakai pampers. Hari pertama berjalan dengan lancar. Setiap kali nak 'terkucil' atau 'teryak' cepat2 marissa bagi tahu kat mommy dia sambil berlari ker toilet. Dengan pantas tangan dia buka seluar dan mencangkung di jamban.
Hari ke-dua, kurang lancar pasal ada sekali 'terkucil' dalam seluar. Ini kerana gara2 leka dok mengadap komputer ketika sibuk belajar secara online. Tiba-tiba saja marissa ke dapur sambik berkata "mommy, sa kencing!" erk! tidak!!!!.. cepat2 cuci kan marissa kemudian tanya tempat mana dia terkucil tadi. Dia tunjuk dengan selambanya "kat situ lah"..hamboi2 sabar jer lah.
Tapi setiap kali dia tidur memang cepat2 pakaikan pampers takut terkucil pulak. Okay harap eksperimen ini akan terus menjadi. Pastikan berjaya! Berusaha!!
pn-iena
Malam tadi Dinner PizzaHut. Kebetulan Ayah marissa mengidam nak makan pizza, eheh terbalik lak yer..patutnya mommy yang ngidam, takper lah abaikan. Oleh kerana lapar terus order secara online. Sampai saja kat rumah ni masing-masing terus serbu eheh laparrr. Ini gara-gara penghantaran terlewat sedikit disebabkan penghantar pizza tersesat, maklumlah pekerja baru kot.
Super Supreme: Pepponi, beef cabanossi, chicken meatloaf, capsicum, onion, button mushroom, pineapple and olive


Hawaiian Tuna: Tuna, onion, pineapple and lime mayonaise sauce


Online Odering at http://www.pizzahut.com.my/
pn-iena
Gunalah minyak YU YIE cap limau! pasti tak sakit perut lagi..



pn-iena
Bye bye fever.. Adoi! demam ni
Erk! sakit perut.. Ehek ehek..! ok dah skit.
Ni masa firstday Hari Deepavali, siap pakai baju lawa2 tunggu ayah dia balik keje nak ajak pi jalan2.. sabarlah menunggu sampai pukul 4 ptg.. kesiannya

Gangguan sakit perut semasa nak menyanyi lagu rasa sayang hei.. Selain lagu ni marissa kerap nyanyi lagu 'balik kampung' -sudirman.

pn-iena