pn-iena

Semalam marissa menangis kata kaki dia sakit. Tengok-tengok jari kaki dia melecet. Tanya sebab apa boleh jadi macam tu. Dia jawab "lipass (double 's') buat!". Erk! takkan lipas buat. Ni mesti dia gesel2 kat mana sampai jadi macam tu. Sampai hari ni masih sakit lagi. Sapu ubat gel gamat tempat yang melecet tu, baru dia lega.
pn-iena


Alhamdulillah.. akhirnya berkesempatan beli kek birthday marissa. Sebelum ni parents KB yang belikan sambut kat sana. Suka betul marissa kek coklat dia tu. Kami doakan " Semoga Panjang Umur murah rezeki, dan jadi anak yang solehah". Kalau nak tahu marissa sekarang secret admire kat Dr sheikh muszaphar, angkasawan pertama di Malaysia ni.
Ok nanti nak tambah video marissa semasa dlm perjalanan beli kek. Marissa dok menyanyi lagu " Rasa sayang hei, rasa sayang hei..." to be continue...


pn-iena
Susu Dugro 1 plus utk 1-3 tahun berperisa madu, menjadi pilihan marissa untuk cuba berjinak semula dalam dunia meminum susu. Dah lama marissa meninggalkan bidang meminum susunya sejak berumur setahun lebih. Sekarang umurnya telah mencecah 3 tahun. Selama ni pun kami banyak kali mencuba pelbagai jenis susu, namun semuanya sia-sia belaka. Susu Dugro (dumex) menjadi target utama marissa pun disebabkan pengaruh iklan yang disiarkan setiap hari di station tv3. Hanya dengan kata-kata "Pandai mama pilih dugro" membuatkan marissa berminat untuk mencuba keenakkan susu tersebut. Setiap hari marissa hanya mengambil satu sudu susu untuk untuk diminumnya menggunakan cawan dan menghirup melalui sudu plastik bubur MCdonald. Walaupun hanya satu sudu nampak gayanya susu tersebut masih tak dapat dihabiskan. Ianya mengandungi Maxi-Q sytem of nutrients DHA & AA. Iaitu Zat besi, SA, taurina, Inulin, Omega 3 & 6.
Berlainan pula dengan mommy marissa, yang kini pun sedang berjinak dengan susu Anmum untuk wanita mengandung. Kalau dulu sewaktu mengandungkan marissa adat meminum susu ni tak berapa suka tapi berbeza dengan sekarang yang amat menggemari susu tersebut. Kalau dulu suka minum susu perisa coklat berlainan dengan sekarang hanya suka susu berperisa susu sahaja. Anmum sesuai untuk ibu-ibu mengandung susu kurangg lemak. Ianya mengandungi nutri-Q plus EFA: precursor to DHA & AA, Hi-Folate, SA & GA.
pn-iena
Marissa bersama Spongebob Squarepants yang dibelinya semasa meronda di KB Mall kelantan, sambil menikmati Almond london & kuih Makmur. Paling dia suka Almond london tu lah, rasa coklat kan, biasalah budak-budak. Cuma badam dia tu jer marissa ketepikan tak suka makan. Harganya RM10 jer setiap satu jenis. Cuma yang ni dah pun dicampur masa nak bawak balik hari tu. Rasanya memang sedap, cuma nampak kurus tak montel dan gebus. Nampak gayanya memang perabis untuk makan sendiri saja ler.

pn-iena
"Tak nak! tak nak!"

"Jomlah marissa kita bergambar.."

Marissa yang tengah badmood waktu tu memang tak nak bergambar. Kebiasaanya kalau bab bergambar ni memang serah pada marissa sajalah. Entah kenapa di pagi raya tu moody pulak si marissa ni. Mesti gara-gara tidur lewat sebab bermain sakan dengan cousin dia si fatihah tu. Mereka berdua memang berkepit saja siang malam, like twins. Walapun umur sebaya namun size tak sama jauh beza macam langit dan bumi. Kekadang diorang ni suka main gusti perut, hah nak tau macam mana caranya? berlaga perut masing-masing, badan kecik juga yang terpelanting. Itu pun tak serik-serik masih nak main juga. Dipendekkan cerita hari tu memang serba serbi tak kena, nak bergambar punyalah main susah, muka monyok saja. Terpaksa ambik saja sebagai tanda kenangan.
Cuba tengok gambar ni, ni lah rupa marissa yang tengah lepaskan geram. Siap cubit ayah dia dengan sekuat hati. Nasib baik ayah dia bersabar, maklumlah raya eheh. Lepas tu tengok bekas cengkaman keras marissa tu merah gila. Tak padan kecik tapi kalau dah geram macam-macam boleh terjadi.

"grrrrr"

"Adoi! sakitlah.."

Ini lah akibatnya kalau gelakkan dia. Memang cepat panas hati marissa ni. Dia ingat kita ketawakan dia sebab dia buat silap kot, tu yang malu sangat kot.
pn-iena

Tahun ni kami bertiga, yg ke-4 tido kat dlm ni, menyorok ;) eheh. Insya'allah tahun depan kami berempat leh ambil gambar sebagai kenangan. Tak sabar rasanya menunggu saat bahgia tu.

Tahun 2007 kami sekeluarga beraya di kelantan. Sebelum beberapa hari raya aidilfitri menjelang kami telah pulang ke johor terlebih dahulu di bulan puasa. Insya'allah raya haji tahun ni kami di johor. Niat di hati nak beraya di johor cuma saat ni rasa tak larat pula.

Sambutan raya aidilfitri tahun ni sangat meriah. Ramai sanak saudara berkunjung,dan ramai yg buat rumah terbuka. Duit raya marissa pun boleh tahan. Bolehlah buat tambah untuk gelang tangan baru dia nanti.
pn-iena

pn-iena
Birthday Myspace Graphics
~11 Oct 04 05 06 07~
Mommy & Ayah LOVE u So Much!!