pn-iena
Assalamualaikum. . Teman2 blogger yang dikasihi. Kalau masih ada yang ingat pn iena syukur alhamdulillah. Maklumlah tuan punya blog pena mata bulat ini sibuk dengan urusan perniagaan online yang dah beberapa tahun diceburi dan sejak itu juga ketiadaan masa untuk update blog peribadi yang dah semakin ditelan zaman ini.. hehehe. tapi sejak ada note 2 ni sudah semakin senang utk update blog menerusinya. Pn iena berazam akan mengupdate semula blog ini sekurang-kurangnya 1 post sehari hehehe.. rasa terubat bila dapat menaip sesuatu di blog ini..syukur alhamdulillah
pn-iena
Gambar kenangan Marissa bersama Rakan- rakannya semasa menyambut majlis maulidur rasul. Tahun ini merupakan tahun ke-dua marissa belajar di situ. Syukur alhamdulillah mendapat ustazah-ustazah yang baik dan sangat penyayang. Tidak disangka tahun ini merupakan tahun permulaan marissa melangkah darjah 4 sek agama dan keb. Apa yang paling terujanya di sek keb marissa dilantik sebagai pen.ketua kelas manakala di sek agama sebagai ketua kelas.. syukur alhamdulillah nampak seperti marissa mempunyai sikap dan ciri-ciri seorang pemimpin yang berjaya hehehe..  Untuk badan beruniform pula marissa memilih untuk memasuki bulan sabit merah sekurang-kurangnya menghampirkan diri dengan cita-citanya untuk menjadi seorang doktor pakar suatu hari nanti..amin  ;)
pn-iena
Syukur alhamdulillah.. akhirnya impian menjadi kenyataan untuk memiliki note 2 pink ni. Terima kepada si dia yang sudi menghadiahkan note 2 pink ini sempena annivesary kami yang ke 10 tahun. 

Walaupun design baru terkini note 3 telah berada di pasaran, namun entah mengapa hati ini masih terpaut dengan note 2. Apa yang penting kita gembira. 
Kalau nak tahu sejak note 2 diperkenalkan di pasaran hati ini mmg melonjak-lonjak hendak memilikinya. Cuma dalam hati berkata biarlah satu hari nanti pasti akan ku milikinya hehe. Nah akhirnya telah terbukti. 


pn-iena
Hari ni baru tergerak nak buka blog yang dah lama terbengkalai ni. Masa tak ada nak menaip kat sini. Kesian tgk blog ni tak terurus sudah huhuhu~ tapi bila nak view blog ni tak boleh pula. Ada apa yang tak kena ya? huhuhu