pn-iena
10/14/2008(jumaat)

Wah! lama rasanya tak menaip sesuatu kat blog. Almaklumlah sejak terputus hubungan dengan streamyx semuanya menjadi sepi. Malas rasanya nak menaip bila memikirkan tak boleh nak melayari internet seperti dulu. Sejak lepas pantang melahirkan anak ke-2 terus tenggelam dari dunia maya. Kebetulan banyak perkara yang perlu diselesaikan dengan urusan sana sini. Alhamdulillah walaupun segala urusan hampir selesai timbul masalah bila pula nak ada kabel telepon rumah.

Nampak gayanya selagi tak boleh nak pasang telepon di rumah tak boleh lah nak sambung streamyx. Kami baru berpindah rumah baru, kebetulan pula taman baru lagi, itu yang bermasalah bila ramai yang tak berpindah lagi. Kebetulan rumah fasa ke-2 akhir tahun ni siap, mungkin developer tunggu semua siap baru nak selesaikan masalah tu.

Apa aktiviti yang dilakukan bila tiada internet?
Eheh! Jangan ditanya, sudah semestinya rutin harian menjaga anak-anak yang comel tu. Malahan yang paling nakal setakat ini. Waduh! Walaupun baru 2 orang anak terasa macam sedozen team bola. Jangan tak percaya fadli 5 bln pun boleh tahan kenakalannya.. manja yang teramat memang memerlukan perhatian sepenuh masa. Lagilah dah pandai meniarap telentang sendiri, ponggong pun dah tertonggeng-tonggeng, itu nampak gayanya bakal2 nak belajar merangkak. Mulut pula tak reti diam ada saja dia bercakap.

Macam-macam memek muka dia buat sekarang ni, kadang-kadang rasa kalakar pula tengok gelagat fadli membesar. Minum susu teramatlah kuatnya, bagi dua2 susu untuk keseimbangan. Tapi rasanya fadli ni nak bagi ‘nenen’ sampai 7 bln atau 1 thn sajalah, sebab sekarang ni pun kalau sekali dia nenen terus ‘kering susu’ ehehe. Fadli masih menyusu ‘Anmun langkah 1’, tak payah tukar selagi dia serasi dengan susu tu, cuma harga susu dah mahal lah sekarang ni tin besor tu jer dah cecah RM50 ke atas.

Anak sulong si Marissa dulu memang puas ‘nenen’ sampai mengandungkan adiknya baru berenti susu badan. Marissa ni lagilah, pun nakal yang teramat sangatnya sejak ada adik ni, manja pun ya juga. Bayangkan lah kalau tinggal sebentar dengan adiknya mesti menangis si kecik tu. Ada saja benda yang dia nak menyakatnya, sentuh sana sini, usik itu ini, kalau benda yang dilarang lagilah dia akan buat. Sabtu (11 oct) ni genap umur marissa 4 thn.
Tapi kenapa ntah si marissa ni buat hal pula kencing sana sini, waduh hangin bersihkan semua tu. Bukannya dia tak tahu nak pergi toilet, masalahnya bila ditanya “kenapa kencing kat situ?” senang saja jawapannya “ kaki marissa tak boleh bergerak” erk! Peliknya. Cuma rasanya sejak kebelakangan hujan lebat saja di sini, mungkin dia rasa sejuk sangat tak dapat nak mengawal diri, tu yang terkucil. Cerita tentang birthday ni, nak bagi hadiah apa ya kat marissa. Kalau setakat kek tu memang dah wajib.

Si marissa ni suka buku-buku, pensil warna tapi dah melambak sangat kat rumah ada lagi yang dia tak sempat nak buat. Tengoklah ajak dia tempat kedai permainan kot-kot ada berkenan apa-apa ke.. hmm akan difikirkan lagi. Tak sangka kali ni marissa menyambut birthday dengan adik tercinta

Aktiviti lain?
Biasalah menanam pokok-pokok yang boleh dijadikan hasil untuk makan. Jangan terkejut kalau jumpa pokok ubi di rumah ni, my FIL yang tanamkan kat belakang rumah tu. Alah kebetulan ada tanah tak sampai sekangkang kera pun, tapi boleh lah nak tanam pokok2 yang comel loteh untuk dibuat santapan.

Pokok-pokok lama yang sebelum ni pun ada hidup segar lagi, cuma belum pindahkan ke tanah lagi, bukan tak nak buat cuma masa jer tak cukup. Nanti tunggu betul2 free baru buat. Kemas rumah, buat yang termampu jer dulu, erk! Terus terang tak larat nak buat sorang-sorang. Rumah 2 tingkat memang leceh! walaupun ada kebaikannya boleh susut beberapa kilo dek turun naik tangga tu

Lain lah kalau ada bibik boleh lah ringankan beban tu sikit. Jiran-jiran kebanyakannya suami isteri bekerja, maka tinggallah bibik-bibik di rumah menguruskan hal perihal urusan rumahtangga ni. Terasa lak diri ni macam bibik. Huk huk huk! Hampeh! Tapi sebagai surirumah tanggungjawab tu lagi besar lagi special betul tak? Tu lah ‘sayang’ dah bagi green light ambil bibik tak nak. Sebabnya? Tak sesuai gitu, rimas kalau ada orang asing dalam rumah ni, tak ada privacy rasanya. Lagipun insya’allah sebagai surirumah memang dah jadi tanggungjawab untuk uruskan hal rumahtangga ni. Betul tak? ikut pendapat masing-masing lah ya.. janji bahagia..amin

Lagi apa buat?
Lagi? Hmm.. bila berehat tangan pun menggatal sms kengkawan yg jauh di mata tapi dekat dihati, boleh lah ajak berbicara sementara mengisi masa yang terluang bertanya khabar berita. Tak pun send login yahoo messenger ke 32235, kena bayar tu..kalau tak silap sekali sms 15sen. Kadang-kadang menggatal juga guna maxis 3G, apalagi check email sajalah yang mampu dibuatnya bila guna handphone N73 ni. Nak buka lebih-lebih kang bil melambung macam sebelum ni, eheh beratus-ratus lemon kena bayar. Dah bincang dengan “Sayang” nak register broadband maxis tetapi masih dalam perancangan lagi belum servay dengan detail.
13/10/08(isnin)
Chak!
Ishkk! main chak !chak! pula. Masih mood gembira lagi ni, sebabnya dah berjaya register maxis broadband. Terima kasih banyak-banyak kat ‘sayang’ yang telah menunaikan hasrat yang lama terpendam ni. Sebenarnya nak masuk streamyx macam biasa guna selama ni, tapi apakandaya masih tak ada rezeki. Okaylah guna broadband ni so boleh online di mana-mana sahaja. Baru register semalam petang, dalam 24 jam baru boleh aktifkannya. Tak sabar nak bersua dengan kenalan di forum atau di mana sahaja, terutamanya yang boleh sama-sama beryahoo messenger. Kalau broadband ni okay insya’allah akan guna untuk selama-lamanya, kalau tidak kembali ke streamyx lah. Buat masa ni, hanya ini sahaja yang terbaik untuk membolehkan melayari internet.