pn-iena



Aksi2 dan wajah2 ceria marissa baru bangun dr tidurnya yang lena. Bangun2 saja minum air masak, kunyah vitamin c dan makan keropok.
Minat kereta?
kalau nak tau marissa ni minat sangat kereta mainan. Kebetulan ayah dia ada koleksi kereta, apalagi serah kat dia lah sekarang ni. Hari2 dok angkut kereta mainan tu ke hulu hilir. Kalau meronda kat shopping complex pun sama, minat dia pada kereta dr teaddy bear atau mainan kanak2 perempuan.
Sudah menguasai menunggang Motor?
Kebetulan Marissa mempunyai sebiji motosikal police berkuasa tinggi yg dihadiahkan oleh nenek & atok kesayangannya. Tiap2 hari dok menunggang dlm umah, nasib baik dah pandai mengawal pergerakkan dan penggunaan button undur ke depan, kalau tidak habislah tonggang langgang seisi umah ni dibuatnya. Dinding pun jadi mangsa. Dia sekarang ni dok minat basikal pulak. Teringin nak mengayuh lah tu. Kalau dah duduk atas basikal jangan harap nak turun cepat, tunggu lah berjam2. Ayah dia terpaksa ambil troli kecik khas kanak2 punya tu..hah barulah dia bergerak, kalau tidak jenuh lah mengunggu.
Bila nak stop pakai drypers?
Itulah ingatkan nak stop pakai drypers ni. Sekarang ni dalam proses ajar dia membuang di toilet. Masalahnya bila dah terkucil dan ter"yak" skit baru nak bg tau mommy dia ni. Kekadang tu pepandai jer dia buka drypers sendiri, sekali tengok ada isi eehehhee..nak buang sendiri lah kononnya tu. Pandai dah buka pakai seluar sendiri, tengok tahap kerajinan. Kesian juga tengok dia mencangkung lama2 kaki bagaikan mahu terkulai, lenguh kot lama sangat. Masalahnya dia xminat jamban duduk.
Merajuk!
Hari tu dia merajuk, eheh gelihati pulak, time tu kat dalam bilik air nak mandikan dia. Ada lah sebab2nya dia merajuk, lalu dia berlari keluar dr bilik air dan menghempas pintu sambil menangis. Apalagi tektik kunci jer pintunya, lalu marissa memberi salam "assalamualaikum...tok tok tok!" lalu dia mengetuk pintu. "nak mandi lah..!" dia dok terpekik!..
0 Responses