pn-iena


Sejak papan iklan shrek terpampang di mana2 saja, marissa mula bertanya " apa tu apa tu?" macam biasalah. "Shrek!" marissa terdiam bila mula2 dengar nama tu disebut. "shuek! shuek!" dia cuba mengulanginya, sampaikan nak terbelit lidah tu apabila dia cuba menyebutnya. Yang pastinya dia mula minat dengan shrek. Kebetulan malam bila tu tv3 ada siarkan cerita shrek yg pertama. Memang tak berganjak marissa menonton di depan tv, cuma sesekali dia belari untuk membasahkan tekaknya dengan air masak "gup gup gup" laju betul dia menenguk air tu, mungkin xmahu terlepas sambungan cerita shrek. Mommy & Ayah dia biasalah buat keje masing2, berapa kali mahu tengok lah..
0 Responses