Spekulasi, fitnah contoh tutur kata boleh memprakperandakan ummah
AMALAN memfitnah, tuduh menuduh, menyindir, menyebarkan khabar angin, emel layang atau berita palsu, perkataan lucah, mendedahkan keburukan orang lain dan berprasangka buruk semakin menjalar serta membarah dalam masyarakat Islam.
Semua amalan itu umumnya datang daripada lidah yang tidak bertulang yang lebih berbahaya daripada mata pedang yang terhunus hingga memungkinkan akibat buruk kepada manusia seluruhnya.
Oleh itu, Islam daripada awal lagi mengingatkan ummah mengenai bahaya penyalahgunaan nikmat lidah yang dianugerah Allah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah) angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati).” (Surah al-Baqarah, ayat 217)
Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Kebanyakan dosa anak Adam adalah kerana lidahnya.” (Hadis riwayat Tabrani dan Baihaqi) Perlu diinsafi walaupun lidah adalah anggota tubuh badan manusia yang kecil menghiasi kesempurnaan kejadian makhluk Allah, namun lidah mempunyai peranan agak besar dalam kehidupan manusia. sambungannya lagi..
(sumber*bharian.com)