pn-iena

Wah! lama rasanya tak bersiaran langsung menggunakan blog yang sedia ada sejak dulu lagi ni ya. Bertahun rasanya tak menyentuh keyboad untuk melembutkan jari jemariku yang semakin menggembu ini. Syukur alhamdulillah hari ini hati terbuka untuk menaipkan sesuatu pada blog yang sekian lamanya terbiar ini, nampak bersawang berkulat tikus lipas bermaharajarela di sini. Soh soh soh! waduh2 sampai hati ko ya buat sarang kat sini nah amik ni 20sen pi main jauh-jauh!. 

Alhamdulillah raya tahun ni kami anak beranak beraya di JB, rumah mak abah ku yang tersayang. Tahun ni semakin meriah sambutan kerana dapat sabut birthday suami tersayang sekali sewaktu beraya sakan hari tu pada 22 ogos. Sungguh kebetulan terkena pada bulan syawal apalagi mak mertua suami ku(mak ku lah) beria-ia sediakn kek birthday khas untuk menantu kesayangannya tu. hehehe sungguh gumbira kekanda ya..

Disamping menyambut bulan syawal yang penuh mulia tu, kami juga kan bakal menyambut baby baru.. InsyaAllah tarikh jatuh pada 1/1/2013... wahhh betul2 sambut orang baru ni hehehee... tu kalau betul2 terkena pada tarikhnya lah ikut due. Mana yang bertanya yang terperasan tu, yang sudi bertanya-tanya tu mesti dah dapat tahu dulu kan. Kalau yang buat-buat tak perasan tu nasiblah, tak bertanya maka tak tahulah kan. InsyaAllah cukup 4 orang anak sudah lepas ni kena tutup kilang...kena fokus nak membesarkan semua anak-anak kesayangan ku ini. Harap-harap semuanya akan menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat serta menjadi anak-anak yang soleh dan solehah...amin

okaylah jumpa lagi disiaran lain kali lain waktu.. kalau ada rezeki kita berjumpa lagi ya.. cheh! perasan jer, padahal semua blogers dah lari dari blog ni pasal dah berabad tak berupdate  kan kan kan.. kalau ada yg terbaca tu sila-sila lah komen ek.. bg salam ker..hehhehee oklay Assalamualaikum..semoga kalian semua sihat-sihat bekalo...amin