pn-iena

Semalam kami pergi ke PWTC. Dapatlah tengok 'Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007'.

Marissa mengambil kesempatan membeli beberapa buah buku kegemarannya. Anak mommy ni kalau tak dapat buku tu dia berlari sambil membawa buku jejauh, nasib baik sempat tangkap dia, ishk tak menyempat bayar dulu.

Kebetulan pula terdapat kaunter untuk pendaftaran 'Perpustakaan Negara Malaysia', apa lagi kami sekeluarga pun tak lepaskan peluang untuk mendaftarkan diri, kebetulan percuma setelah pukul 3 petang. Dapatlah cenderahati keychain dan pen.

Sempena 'Hari Ibu',Ayah tidak melepaskan peluang membeli sesuatu untuk kami sekeluarga sebuah 'Kamus Eletronik Multi Fungsi Berprestasi Tinggi',. Kandungan utamanya ialah Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Dwibahasa Dewan, rujukan kamus BM dan kamus BI-BM terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Harga asal rm498 beserta percuma Beg jenama Benetto. Mungkin jumaat ni baru barangnya sampai ke rumah memalui pos ekspress, almaklumlah permintaan byk so stok pun habis. Apa-apa pun thanks Ayah.

Berakhirlah aktiviti bulan April07.

0 Responses