pn-iena
Ibu bapa tidak wajar paksa zuriat baca bahan tak sesuai usia, boleh cetus rasa bosan terhadap buku
Buku saranan bacaan daripada Presiden Persatuan Masyarakat Mengenai Membaca dan Menulis di Singapura, Serene Wee:
Pembacaan mudah
  • Amelia Bedelia - Peggy Parish
  • Frog & Toad - Arnold Lobel
  • Henry and Mudge - Cynthia Rylant
  • Miss Nelson is Missing - Harry Allard
  • Mooty and Grandma - Jessie Wee
  • When Feet Talk - Serene Wee
  • One Fish, Two Fish, Red Fish, Blue Fish - Dr Seuss
  • The True Story of the Three Little Pigs - Jon Scieszka
  • Willy the Wimp - Anthony Browne

Pembacaan bebas

  • A Light in the Attic - Shel Silverstein
  • Charlotte's Web - E. B. White
  • Encyclopedia Brown - Donald J. Sobol
  • Freckle Juice - Judy Blume
  • How to Eat Fried Worms - Thomas Rockwell
  • James and the Giant Peach - Roald Dahl
  • Ramona Quimbly - Beverly Cleary

INFO: Memupuk tabiat membaca

Boleh dilakukan:

  • Biarkan anak melihat tabiat membaca anda di dalam aktiviti harian seperti mencoret di dalam diari, menulis nota atau kad.
  • Galakkan anak membaca dan memuji sekiranya dia melakukan perkara berkenaan.
  • Galakkan mereka menulis dan membaca buku cerita, surat dan sebagainya.
  • Teruskan membaca dan bahan tulisan seperti buku, majalah, pensil dan kertas seharusnya mudah di capai.
  • Selalulah membaca dan berbincang dengan anak mengenai buku yang dibaca.

Jangan lakukan:

  • Paksa anak membaca.
  • Terlalu risau atau bimbang mengenai perkembangan bacaan anak anda.
  • Membandingkan anak anda dengan kanak-kanak yang lain.
  • Bertanya soalan untuk menguji apa yang anak anda sudah belajar.
  • Jadikan masa membaca sesuatu yang menakutkan seperti usah menggunakan masa membaca sebagai salah satu daripada bentuk hukuman.

(sumber:*bharian.com)

pn-iena

Spekulasi, fitnah contoh tutur kata boleh memprakperandakan ummah

AMALAN memfitnah, tuduh menuduh, menyindir, menyebarkan khabar angin, emel layang atau berita palsu, perkataan lucah, mendedahkan keburukan orang lain dan berprasangka buruk semakin menjalar serta membarah dalam masyarakat Islam.

Semua amalan itu umumnya datang daripada lidah yang tidak bertulang yang lebih berbahaya daripada mata pedang yang terhunus hingga memungkinkan akibat buruk kepada manusia seluruhnya.

Oleh itu, Islam daripada awal lagi mengingatkan ummah mengenai bahaya penyalahgunaan nikmat lidah yang dianugerah Allah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah) angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati).” (Surah al-Baqarah, ayat 217)

Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Kebanyakan dosa anak Adam adalah kerana lidahnya.” (Hadis riwayat Tabrani dan Baihaqi) Perlu diinsafi walaupun lidah adalah anggota tubuh badan manusia yang kecil menghiasi kesempurnaan kejadian makhluk Allah, namun lidah mempunyai peranan agak besar dalam kehidupan manusia. sambungannya lagi..

(sumber*bharian.com)

pn-iena

Last xtvt May 07

Sampai juga Alor Gajah, Melaka. Semata -mata nak melawat baby kawan cik su marissa di sana. Kalau tak bila lah nak jejak kaki ke sana. Suka sangat marissa dpt tengok baby boy tu, comel sangat berat dia 2.8kg. Terpaksa masuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan penyakit kuning.

Balik KL singgah IKEA Damansara. Best sangat kat sana mommy marissa yang teruja. Takder keje ambik gambar marissa yg tak reti dok diam tu.

pn-iena

Bayangkanlah Kudup yang sepi Sendiri di lautan lalang
Bayangkanlah sengsara-digalas tatkala Kelopaknya sedang mekar
Datang musim Bersemarak harum Sampai waktu Peragakan hias
Hari bahagia hanyalah angan Yang tak kesampaian Mengundang tangis Keluhan
*Begitulah diriku Dapat kau umpamakan kekasih Yang menangis tak terhenti Didalam-oh
Begitulah diriku Tiada gerangan siapa Tempat nak ku mengadukan Nasibku
Bayu berlagu Berkumandang rintihan Mungkinkah Engkau ku nantikan Mungkinkah kau Pembawa sinaran

pn-iena
FAKTA
Kelebihan tarian

Dengan menari, anda boleh membakar kalori sama banyak seperti jika anda berjalan, berenang atau berbasikal. Dalam tempoh kira-kira setengah jam menari, antara 200 hingga 400 kalori dapat dibakar.
Senaman tarian yang kerap dapat memperlahankan kadar degupan jantung, merendahkan tekanan darah dan mengawal kandungan kolestrol.
Pakar mengesyorkan senaman selama 30 minit hingga 40 minit, tiga atau empat kali seminggu. Aktiviti menari juga boleh membantu, bergantung sejauh mana tenaga digunakan dalam tarian dan kekerapan individu mengamalkannya.
Gerakan sisi dalam kebanyakan tarian dapat menguatkan tulang dan mengelakkan proses pereputan atau osteoperosis.
Jika anda baru menjalani pembedahan jantung atau lutut, pergerakan adalah sebahagian daripada proses pemulihan yang perlu dilakukan. Menari adalah alternatif positif menggantikan aerobik atau joging.
Menari adalah aktiviti yang mengandungi komponen sosial yang baik dibandingkan aktiviti kecergasan lain. Ia memberi peluang untuk membangunkan ikatan sosial yang seterusnya membentuk keyakinan diri dan pemikiran positif.
Tarian meningkatkan keyakinan, motivasi dan sosial individu.
(sumber*bharian.com)
pn-iena
Semalam seharian kami di rumah meluangkan masa bsama keluarga. Sesi beriadah dengan bermain 'playstation' yang sekian lama menyepikan diri di perantauan negeri pahang, jauhkan playstation tu merantau eheh!. Memang terasa seronok sangat, meriah gila. Siap berebut dgn marissa nak main playstation dgn ayah. Marissa asyik nak main game kereta saja setiap kali dia terpandang playstation. Banyak lagi games lain itu juga yang dia minat. Petang2 tu kuar jap temankan ayah gunting rambut, then merayap kejap ke 7eleven dgn keadaan ayah yang gatal2, sian nampak sangat tak selesa. Biasalah beli 'slurpee' kaler biru (marissa gelar aiskrim), glurp! fuh sejuk jer anak tekak, siap letak 2 straw setiap satu bekas slurpee tu ishk siapa punya keje ni kalau tak mommy marissa. Nak balik rumah tu menyempat lak beli 'nasi kerabu', wah lama tak pekena ni sure sedap. Time makan lak ada tulang ikan tercucuk kat dlm kerongkong hambo ni, adeh cisss apa la nasib, bukannya berlaukan ikan pun tapi daging, mcm mana lak ada tulang ni hampeh sampai skrg ada lagi ni tak tau mcm mana nak kuarkan. Malam lepas rancangan buletin tv3, saja jer panggil ayah, tiba2 dia kata "napa lapar yer?!", aik! cam tetau jer. Pastu dengan rela hatinya ayah telah memasakkan kami 'blue berry pancake' yum yum yum memang sedap banget teruja kami makan panas2 pulak tu memang susah ayah nak offerkan diri dia bab ke dapur ni. Ini lah firstime dlm tahun ni (o7) ayah masakkan sesuatu untuk kami, Opss! 2x lah terlupa lak time hambo demam before masuk hospital ler, kena hargai juga walaupun sekadar 'telor goreng'. Terima kasih daun keladi lain kali nak lagi..thank you very much! we love you . Walaubagaimana pun marissa & mommy dia tetap temankan ayah di dapur, huh cekap gak dia memasak, almaklum lah dah biasa hidup di perantauan time bujang2 dulu waktu study kat jepun, kenalah berdikari masak sendiri.
pn-iena
pn-iena

Saja jer main campak2 semua ni tak sangka lak hidup. Ouh! so cute! my little baby bawang putih, halia & kunyit..

pn-iena


Alhamdulillah.. kuat makan betul marissa sekarang ni. Bangun pagi saja minta nasi, mommy dia cepat2 masakkan bubur nasi untuk dia. Tengahari sambung makan lagi, ptg sikit tido, lepas bangun saja makan lagi. Rasanya sebab dia makan vitamin tambahan tu lah, tengok perubahan selera makan yang amat ketara ni. Bagus lah kalau berterusan macam ni, semoga naik sikit berat badan tu. Dan sihat2 sejahtera hendaknya.

Marissa minum susu?
Uiks selama ni kalau minum jer dah nak termuntah. Tapi pelik lak dah boleh telan separuh gelas susu tu. Caranya pastikan susu tu pekat sikit dan bancuh dengan air panas. Srup sruppp marissa sedut guna sudu. Oklah dr tak minum langsung, tapi pastikan juga susu tu tak sejuk, sebab bila sejuk jer marissa akan buang jejauh..ehehehe..ok tu saja nak inform..
pn-iena
pn-iena
BAGI mereka yang cintakan kedamaian serta keindahan alam semula jadi, jauh daripada hiruk pikuk kota, Swiss Garden Resort Damai Laut (SGRDL) di Lumut, Perak adalah antara lokasi percutian yang menjanjikan kepuasan itu.



Pusat pelancongan bertaraf empat bintang, anak syarikat Swisss Garden International Hotel & Resort itu, hanya dipisahkan dari bandar Lumut oleh Sungai Dinding dan terletak berhadapan pulau peranginan terkenal, Pulau Pangkor.
Resort itu menyediakan beberapa kemudahan seperti gimnasium, pusat penjagaan kanak-kanak, apartmen percutian, kolam renang, padang golf dan bot.
Paling menjadi tumpuan pengunjung ialah bot yang disediakan untuk menjelajah dan meninjau kegiatan serta kehidupan nelayan sepanjang Sungai Sempit yang terletak tidak jauh dari resort.
Dengan menaiki bot, pengunjung boleh melihat sendiri kehidupan nelayan di perkampungan mereka sepanjang memudik sungai serta menghayati keindahan fauna dan flora serta pelbagai spesies haiwan di hutan bakau sepanjang sungai.
Menerusi bot khas yang disediakan, pengunjung juga boleh melihat keindahan Jambatan Tuanku Bainun sepanjang 1.3 kilometer merentasi Sungai Dinding.
Kolam renang pula dibina kira-kira 30 meter dari aras laut. Sambil berenang di kolam, pada masa yang sama pengunjung turut menikmati pemandangan laut yang terbentang luas.
Kemudahan bilik seminar yang dilengkapi sistem bunyi, skrin besar, ‘flipchart’, serta slaid turut disediakan bagi memudah dan melancarkan perjalanan sesuatu majlis.

Pengunjung boleh memilih jenis penginapan daripada 298 bilik yang disediakan seperti eksekutif (11), deluxe (256), junior suite (10), bilik keluarga (20) dan presidential suite (satu).

Semua bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, televisyen, telefon, bar mini dengan bayaran berpatutan.

Bagi mereka yang inginkan kegiatan lasak dan mencabar, trek untuk berjoging dan kegiatan menjelajah hutan di sekitar resort juga disediakan

Pengurus Besar DLGCC, Radzman Tajudin, berkata bagi peminat golf, SGRDL turut menyediakan padang golf yang dinamakan Damai Laut Golf & Country Club (DLGCC) menjanjikan kepuasan kepada setiap pemain walaupun mungkin menghayun di kala mentari terik di atas kepala.

Cuacanya yang berangin dari laut berhampiran dengan pemandangan yang indah bagi pemain golf pastinya menjadi memori yang sukar dilupakan.

Kelab itu disifatkan medan pertarungan golf terunggul di rantau ini serta pusat percutian menarik sejak ia mula beroperasi pada 1998.

DLGCC memiliki 18 lubang direka oleh Ronald Fream dari Amerika Syarikat (AS) turut menawarkan keindahan semula jadi serta pemandangan laut yang menakjubkan.

Katanya, reka bentuk serta kedudukan setiap lubang yang berasaskan pemandangan indah dan kedudukannya berhampiran laut pasti mampu menyuntik semangat pemain bermain dengan lebih baik.

Beliau berkata, tidak keterlaluan jika dikatakan kelab itu sesuai bagi semua kategori pemain sama ada baru atau lama kerana reka bentuknya sesuai untuk semua.Katanya, lubang ketiga yang memiliki jarak 150 meter mungkin dianggap mudah bagi pemain yang pertama kali beraksi di kelab itu.

Namun, jangan mudah percaya pada mata. Hakikatnya, lapangan ini terselit cabaran yang boleh mengecewakan anda jika menganggap jarak itu adalah sesuatu yang mudah.

Lapangan ini dihiasi pokok di sebelah kiri, manakala tasik di sebelah kanan serta kawasan paya di depan.Keadaan itu memaksa seseorang pemain untuk mendapatkan sudut terbaik untuk membuat pukulan supaya tidak dikecundangkan dengan keadaan yang mengelirukan itu.

Oleh itu, seseorang pemain perlu membuat jangkaan yang tepat serta pukulan terbaik bagi mengelakkan daripada terperangkap dengan `jerat' yang berada di lapangan itu.

Lubang empat yang memiliki jarak 350 meter pula adalah medan terbaik bagi seseorang pemain golf untuk menguji pengalaman dan bakat yang dimiliki.
Keadaannya yang berbentuk `dog leg' menghala ke kanan memberi beberapa ruang kepada pemain mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan pukulan.

Nyata sekali, SGRDL menjanjikan seribu kenangan kepada pengunjung, yang pasti, mereka yang pernah berkunjung ke sini, akan datang semula kerana di SGRDL benar-benar menjanjikan kepuasan.


Bagaimana ke sana?
Untuk bercuti di resort itu, pengunjung perlu memandu melalui Lebuh Raya Utara-Selatan dan mereka boleh menyusur keluar ke Jelapang (utara Ipoh) dan melalui pekan Pantai Remis sebelum tiba ke pusat peranginan terbabit.Jika anda memandu hingga ke Lumut, anda memerlukan kira-kira 25 minit untuk sampai ke SGRDL.

FAKTA:
Swiss Garden Resort Damai Laut

Kos pembinaan keseluruhan resort seluas 425 hektar itu membabitkan perbelanjaan kira-kira RM200 juta.
Mula beroperasi pada 18 Disember 1997

Pelancong terdiri daripada pelancong tempatan serta luar negara seperti Jepun, Taiwan,Singapura dan Eropah.

Damai Laut Golf & Country Club pernah memenangi tiga anugerah iaitu 'The Best Resort Course', '2nd Most Scenic Hole', 'Hole 15' dan '3rd Most Scenic Golf Course' di Malaysia bagi 2005/2006 oleh majalah Golf Malaysia.

300 bilik disediakan seperti Deluxe Garden, Deluxe Sea View, Executive, Junior, Family dan Presiden Suite.

Ada juga kategori bilik yang diubahsuai iaitu Damai Apartment Suite untuk yang berkeluarga, Honeymoon Suite dan Spa Suite bagi mereka yang inginkan kelainan.

~sumber: bharian.com.my~



~kenangan ketika bercuti di Damai Laut~

pn-iena

pn-iena
Alhamdulillah.. sihat dah marissa sekarang ni. Sejak dua menjak ni dia demam semacam jer, paling ketara di waktu malam, terasa panas suhu badan dia. Bila siang dia kembali okay, biasalah budak camni perlukan antibiotik untuk ketahan diri. Makan ubat demam tapi yang masuk suku jer, yg lain dia dok muntah kan semula tu yg ulang2 demam dia tu.
Malam semalam dia terbangun dari tidur, tiba2 jer dia duduk lalu sambung tidur dengan cara duduk, tapi tu lah nampak kepala dia tersenguk-sengguk, badan pun hampir2 nak tumbang. Bila kita sentuh dia tepis tangan tak kasi diganggu. Kanan kiri kami letakkan bantal, takut dia ternyenyak tidur lalu tumbang. Tak lama tu dengan sendirinya dia meniarap ke bantal lalu tidur, huh lega hati kami. Setiap kali badan dia panas kena lapkan dengan kain lembab, supaya suhu dia tak panas sangat. sambil tu tampal gak byebye-fever dia tu, bagus sejuk jer terasa di dahi marissa.
Pemakanan Normal Semula!
Maksudnya dia dah makan seperti sediakala. Makan nasi okay dah ada nampak perubahan selera dia yg mendadak. Lagilah berlaukkan udang masak lemak kuning, wahh! suka benar dia. Semalam jer pagi minta roti bole tahan laju jer masuk mulut, tapi pastikan kulit tepi dah dibuang. Kalau tidak marissa akan kata "bukak arr, bukak arr".
Bab susu tak Normal lagi!
Bila nampak saja susu dlm paket kecik yg sample dr klinik bg dia dok mintak suh bancuhkan. Tapi dok buat main jer lah, jamah sikit jer. Paham2 jer lah bab susu2 ni yg marissa lemah banyak nak minum. Tapi kalau bagi nestum Nesvista tu kompem abis satu cawan. Tak pun susuu dalam kotak ataupun bg jer lah soya, memang laju.
pn-iena


'CHAMPS M Chewable' for marissa. Berperisa Strawberry. Untuk sehari makan 2 biji sahaja. Alhamdulillah nampaknya marissa gemar memakannya. Rasanya pun sedap, marissa gelar gula2. Stock pun senang nak cari, boleh didapati di farmasi.

pn-iena
Hok alorr kesian anak mommy demam 2-3 ari ni kejap2 demam kejap2 okay. Tadi pi klinik, pi singgah farmasi sekali beli 'bye bye fever' utk dia..supaya goodbye terus fever tu. Lagipun stok beru jer habis. Makan pun kurang lalu sekarang ni.

Eek! kengkawan this blog just information about my daughter yer, eheh ada yg complain ni awat citer anak jer :) hambo takder citer untuk diri sendiri... biarlah rahsia kuang kuang kuang.. jangan maree friendssss.. Adalah nanti hambo tepek citer dua tiga kerat apa2 aja supaya tak jemu dek mata memandang sambil membaca ;)

Tadi ayah marissa balik kejap ke rumah semata-mata nak antar anak kesayangan kami ke klinik. Pastu makan2 kat KFC, cheh! menyempat pula dok makan kat situ ek!. Tak apa janji marissa selera sikit makan peha ayam kfc tu.

Insya'allah (xkompem lagi) ada rezeki dan kalau tak ada hal yg melintang semua jalan ngan lancar terpaksalah ayah marissa 'outstation jepun' sana. Bulan berapa tak tau lagi..tu ler last year cancel pasal ada hal family. Hah kan hambo dah kata citer pasal hambo mmg tak ada.. Apa pun alhamdulillah sihat dah marissa tadi ni lepas makan ubat demam..
pn-iena

Suka marissa bersama dengan 'Wild Planet' pemberian dr ayah dia. Dah lama ayah dia simpan, kebetulan semalam kami sekeluarga bergotong-royong membersihkan bilik komputer, so terjumpa lah khazanah lama yg terperuk dlm kotak simpanan. Walaubagaimapun ianya masih kelihatan baru kerana tak diguna selama ini. Wild Planet ni made in japan, dibeli sewaktu berada di jepun. Sekarang ni marissa dah tau gunakan so boleh lah bg dia main. Cara menggunakannya tekan button yg melekat kat pemegang like pistol tu, then dengarkanlah bunyi yg nyata dr persekitaran atau suara sendiri dr bentuk bulat warna hijau tu.

pn-iena
Berikut adalah beberapa perspektif persahabatan yang boleh dicontohi :-
Pilih daripada kalangan yang berakal. Ini bermaksud, orang yang tidak jahil terhadap selok-belok agama. Di samping itu, untuk bersahabat, dia seharusnya tahu mengenai keperluan manusia lain.
Seorang yang mempunyai akhlak baik dan budi pekerti mulia iaitu mempunyai keimanan dan memiliki cukup pertimbangan wajar dalam semua tindakannya.
Sahabat yang tidak diperdaya nafsu dan keinginan ketika melewati usia persahabatan, tidak liar, pemarah, iri hati dan mana-mana sifat negatif lain.
Jangan sekali-kali mendekati dan cuba bersahabat dengan seseorang yang bersifat fasik. Maksudnya, seorang yang hidupnya digelumangi dosa.
*sumber: hmetro.com.my*
pn-iena

Semalam kami pergi ke PWTC. Dapatlah tengok 'Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007'.

Marissa mengambil kesempatan membeli beberapa buah buku kegemarannya. Anak mommy ni kalau tak dapat buku tu dia berlari sambil membawa buku jejauh, nasib baik sempat tangkap dia, ishk tak menyempat bayar dulu.

Kebetulan pula terdapat kaunter untuk pendaftaran 'Perpustakaan Negara Malaysia', apa lagi kami sekeluarga pun tak lepaskan peluang untuk mendaftarkan diri, kebetulan percuma setelah pukul 3 petang. Dapatlah cenderahati keychain dan pen.

Sempena 'Hari Ibu',Ayah tidak melepaskan peluang membeli sesuatu untuk kami sekeluarga sebuah 'Kamus Eletronik Multi Fungsi Berprestasi Tinggi',. Kandungan utamanya ialah Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Dwibahasa Dewan, rujukan kamus BM dan kamus BI-BM terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Harga asal rm498 beserta percuma Beg jenama Benetto. Mungkin jumaat ni baru barangnya sampai ke rumah memalui pos ekspress, almaklumlah permintaan byk so stok pun habis. Apa-apa pun thanks Ayah.

Berakhirlah aktiviti bulan April07.

pn-iena
Marissa atau nama manjanya adek@baby . Seorang anak yang paling manja sesangat, mentang-mentanglah anak tunggal buat masa ini. Tapi tak semua yang dia minta akan dapat, lagipun memang kami didik dia macam tu supaya dia pandai berdikari.
Perkembangan terkini!
Dah pandai bodek ayah dia kalau nak makan aiskrim. Mommy dia tumpang ngendeng jer.. 2 x 5 lah tu. Payah betul sekarang ni nak makan nasi lebih byk makan lauk jer terutamanya ayam tak pun telor putihnya saja kuning tolak tepi masuk mulut ayah atau mommy dia lah. Rajin melukis mengala sekarang, nak kata menulis pun rupa cam melukis gak. Lagu yg dia sering ikut nyanyi kat tv citer kaizer,puteri,farah fauzana,cuaca tv3, tv9 dekat dihati dan byk lagi lah, boleh dikatakan apa-apa saja yg muzik dia nyanyi sama.
pn-iena



Huh! nakalnya Marissa di tesco malam tadi. Tak boleh nak bergerak pantas ada saja tempat persinggahan dia untuk cuci mata dia tu dengan permainan-permainan yang tersergam gah di rak-rak yg tersedia ada. Kami sebagai ibubapanya hanya mampu melihat tingkahlaku dan gelagat marissa yang macam2 tu. Sangat-sangat nakal tak nak dipimpin nak jalan sendiri melainkan belikan dia sesuatu baru dia duduk sebentar di troli sambil membelek barang apa yg dimiliki. Suka Marissa ayah dia belikan buku untuk colouring dan telah pun dirasmikan malam tadi di rumah bila dia tak sabar-sabar nak mengala. Akhirnya inilah hasilnya..


Teknik2 mengala..


Gambar baru jer ambik tadi ni, so bila buat demo semula dah jadi lain lak cara pegang kaler tu sampai dua batang, padahal malam tadi marissa guna sebatang jer tiap kali menukar warna2 pilihan hatinya..
pn-iena
Ayat Quran bersulam, satu-satunya di dunia

LAHORE: Manuskrip-manuskrip awal al-Quran, dari mula wahyu diturunkan, ditulis dengan tangan atas pelbagai jenis bahan, dan kualitinya meningkat dari generasi ke generasi.
Ayat-ayat al-Quran yang disulam membentuk satu teks al-Quran yang dipamerkan di Badshahi menjadi daya tarikan pengunjung. (foto Bernama)
~sumber: mstar.com.my~
pn-iena


Mou daijoubu shinpai nai to nakisou na watashi no soba de
itsumo kawaranai egao de sasayaite kureta
mada mada mada yareru yo datte itsu demo kagayaiteru
toki ni wa isogisugite miushinau koto mo aru yo shikatanai
zutto mimamotte iru karatte egao de
itsumo no you ni dakishimeta
anata no egao ni nando tasukerareta darou
arigatou arigatou Best FriendKonna ni takusan no shiawase kanjiru toki wa shunkan de
koko ni iru subete no nakama kara saikou no purezento
mada mada mada yareru yo datte itsu demo minna soba ni iru
kitto ima koko de yari togerareru koto sonna koto mo chikara ni kawaru
zutto mimamotte iru karatte egao de
itsumo no you ni dakishimeta
minna no egao ni nando tasukerareta darou
arigatou arigatou Best FriendToki ni wa isogisugite miushinau koto mo aru yo shikatanai
zutto mimamotte iru karatte egao de
itsumo no you ni dakishimeta
anata no egao ni nando tasukerareta darou
arigatou arigatou Best FriendZutto zutto zutto Best Friend


I don't have to worry anymore, cause you will be by my side when I cry
You always smile at me
I am blessed because you always shine before me
Things that we have missed hastily at time, that's the way it is
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
Your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best FriendThese plenty happiness that I felt at this moment
All the friends that I have here, you the best present
I am blessed because you always be by our side
Surely things that I have accomplished here, those things too give me strength (change to strength)
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
All of your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best FriendThings that we have missed hastily at time, that's the way it is
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
Your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best FriendAlways always always my Best Friend

pn-iena



Image hosted at bigoo images


pn-iena
Habis lah marissa dok kerjakan bedak dia tu, habis carpet mommy dia. Nak buat macam mana tengah nakal yang teramat ni. Tepek jer lah kat sini biar besar nanti dia tengok sendiri :) Huhuhuhu..


pn-iena
Sukanya marissa dpt doraemon... "i love doraemon.. thanks ayah"! Balik dr keje tadi ayah dia bg..tersenyum lebar marissa..happy lah tu.. dia minat tang gambar doraemon jer.. hahaha setakat biskut tak ada pun tak per.. tak moh!
pn-iena
pn-iena
Kelakar tengok Marissa pakai baju dia utk dijadikan tudung. Patutlah dia dok senyap jer,sekali tengok2 dia dah siap ngan projek dia, huh ada2 jer lah marissa ni. Macam mana agaknya budak sekecik ini boleh dapat idea cam tu? Erm memang xterpikir langsung. Pandai pulak dia mengayakannya sambil memeluk handabag hitam dia tu. Bag tu ler yg marissa gunakan untuk menyimpan segala khazanah dia termasuk hset hijau kesayangannya tu.





pn-iena


Bahan2nya: Bawang merah&putih&goreng, ayam, sayur campur + kacang panjang, kicap, sos cili, kiub sup tulang, daun sup, tomato & timun.
pn-iena



Favorite ayah marissa ni..termasuklah anak kesayngan dia marisa ni... Sedap rasa dia tak pekat.. cuba lah beli pasti nak lagi.. ehehee 2 kotak sekali beli tu..
pn-iena

Diam tak diam dah besar marissa ni. Kejam celik kejam celik tak lama lagi umur mencecah 3 tahun bulan october ni. Tup tup berangan nak jadi model lak tu. Ambik gambar dia siap berposing2 tu.. tiap kali nak klik dia pi tunju idung lah pipi lah..waduh pandai bergaya betul lah anak bertuah ni.. cuba teka apa melekat kat hidung marissa tu... tu lah dok makan biskut cream pun melekat kat hidung.. dulu ada gak gambr marissa lebih kurang gini...ni dia..ehehe sama tak?
pn-iena
"Suka Marissa ayah dia belikan kaler pensil untuk dia mewarna.Setakat dia guna untuk menconteng-conteng kat buku tu dulu, weekend ni nak beli buku mewarna pulak, bolehlah marissa mengasah bakat dia nanti. Hari2 dok mewarna xder perasaan jemu langsung! nak tdo pun peluk kaler pensil.. marissa marissa nakal sekarang ni, garang pulak tu.. tak padan kecik!.."


pn-iena

pn-iena



First time marissa pakai baju sendiri ni. Mommy dia dok sarongkan jer dulu pastu pi ke lain jap, tengok2 dia dah siap pakai. Fullamak seksi2 jadi lain lak cara pemakaian dia marissa buat. Kreatif betul lah anak mommy ni..ehheee...boleh lah utk kali pertama..lain kali cuba lagi.. chaiYo!!..



chak!..
pn-iena
Web 2.0 ... The Machine is Us/ing Us


Re: Web 2.0 ... The Machine is Us/ing Us
pn-iena



Beruntungnya tuan punya badan dapat merakam saat-saat indah melawat Akashi Kaikyo National Government Park ni. Entah bila ada peluang untuk melihat sendiri keindahan musim bunga tulip di japan. Insya'allah dan doakanlah agar kami sekeluarga dapat bersama untuk merasa sendiri kenikmatannya. Terima kasih orang kobe kerana sudi berkongsi melalui gambar-gambar ini. Kalau marissa ni habislah bunga tulip ni kena petik. Di rumah ni ada juga gambar kenangan hubby masa zaman dia bertapa kat japan dulu dikelilingi bunga-bungaan.

pn-iena


Ni gambar terkini marissa hari ni, tengok dia syok jer tidur apa lagi ambik jer lah. Nampak letih benor, penat bermain agaknya. Hari ni mommy dia masakkan bubur daging semalam bubur ayam. Yang lukisan tu beberapa hari yg lepas time tu ayah nye sibuk buat keje depan laptop, mommy dia lak dok layan marissa sama2 melukis ntah apa2. Yang kura2 tu saja jer jadi model ahaks!.. lama dah tu marissa simpan sejak kecik lagi..kaki sebelah pun dah tempang. Alah mainan free tukar point kad jusco tu kan.. free ker?

pn-iena
Gila-gila pizza...hah ni dia pizza dtg lagi dah.. sanggup jadi mesin uli suami dan anakku. Huh kali ni terus buat dua biji pizza.. sambung terus hingga ke malam. Tanya hubby nak pizza ke? tanya marissa nak pizza tak? dua2 dok angguk2 senyum simpul yer lah tu suka!.. Wokay ni dah kali kedua buat... try buat topping dia lain lah pulak, kali ni tambahkan lada bergala hijau tu then terung jer.. kira permakanan seimbang lah tu kan. Uhuh!.. biasalah seperti biasa buat apa yg ada di dapur tak yah nak susah2 kan diri mari kita menyenangkan diri, janji beres.
Wokay lah ekk walaupun rupanya mu tidak menawan.. namun rasamu tetap menjadi pujaan hati ku.. makan panas2 fuh! hot hot hot!!.. dah dah stop buat pizza..sambung lain tahun pulaks..ahaks! igt slogan ni "tingkatkan prestasi, jaga kesihatan..". Stock bahan pizza pun dah habis... Mozzarella last dah tabur kat pizza tu kena bhg dua so skit2 ler tabur..kalau letak banyak lagi khaw khaw bau dia..
pn-iena
Tak habis lagi baca buku ni.. asyik tergendala jer. Bila nak sambung baca kena start semula dr awal tak tau kenapa kusut nak pikir. Buku ni hubby yang punya time zaman study kot. Nak ikutkan hati sehari jer leh abiskan tu kalau novel hehehee, tapi kalau buku yag cam gini kena byk berfikir berat lah nak abis cepat. Insya'allah kalau ada rezeki boleh abiskan tu, biar lambat asal betul2 paham! Banyak faedah baca buku jenis gini..cuma manusia ni malas nak berfikir, berdenyut2 rasanya kepala ni gara2 nak berfikir..huh!
pn-iena
Date picture taken : 2/17/2006 11:02 AM
~>Lama dah simpan terlupa pula nak tepek kat blog ni.. ;)




pn-iena
Alhamdulillah..PizzaHot! sempoi jer ni. First time buat pizza perisa sos pizza daging hancur(pandai2 sendiri jer). Nak buat sos pizza..tumis bwg merah putih then masukkan daging hancur then campak tomato, sos tomato,sos cili skit..jadi lah sos bila dia dah pekat skit.
Tambahkan sosej ngan tuna mayones pedas (dlm tin) tu ek utk topping pizza. Agak2 nak masak tu taburkan mozarella ikut suka nak letak byk mana pun.. Ni buat ikut bahan yg ada kat dapur jer, nak sedap lagi tambah lah bhn2 biasa org buat pizza tu..cth lada bergala hijau merah, nenas dan yg sewaktu dengannya lah.. Yang penting menjadi dan sedap di makan.. hot hot hot!!..
opss utk buat kulit pizza campurkan tepung yis garam castor gaul sebati the campak air minyak kemudian gaulkan hingga sebati menjadi doh. Uli hingga licin dan elastic perap 1-2 jam then barulah buat kulit pizza tu. Senang citer nk resepi pizza search lah mesti jumpa..chaiyo!
pn-iena
pn-iena
Sekarang ni marissa cuba berjinak-jinak memaksa diri untuk minum susu 'dutch lady 1 2 3 berperisa coklat' setelah sekian lamanya tak minum susu seperti kanak-kanak sebaya dia. Ianya mengandungi 'DHA SA & AA '. Nampaknya marissa sekadar jamah sedikit saja. Berbagai cara sudah dicuba untuk menambat selera dia tapi semuanya hampa. Try gak masukkan susu ke dalam bekas yg ada straw, kemudian campurkan dgn air sejuk & ais sekali. Tetapi marissa minum untuk beberapa kali sedut saja, lepas tu dia campak jauh-jauh. Tak tau apa sebabnya kadangkala selepas minum susu dia akan terasa hendak muntah. Berlainan pula dengan nestum 'nesVita' ni. Ianya berperisa madu telah berjaya menambat hari marissa. Pada mulanya mmg tak perasan yang dia menyukainya. Kebetulan dia ternampak 1 peket kecil nesVista ni, kemudian terus meminta supaya membancuhnya. Hah dengan tak disangka-sangka dan diduga marissa telah menghabiskan nestum satu cawan besar. Alangkah gembiranya hati aku ketika itu. Kemudian dia meminta lagi dan lagi... Sebenarnya baru semalam dia start minum nesVista ni.. tapi dah beberapa kali dia request sejak semalam tu. Before tidur pun dia minum lagi.
~gambar terkini pagi tadi sedang minum 'nesVista' ~
pn-iena
Another opportunity to win a FREE make over by Eric

To all friends and fans,

It was highly appreciated that all of you made the effort to join the "Deko Bersama Eric" audition at 1 Utama last Saturday and Sunday. Noted that not all of you had the chance for the audition because there was a limit to the number of people Eric could audition in a day. For your information there was approximately 6,500 people turning up for the entire 2 days of the audition.

Due to the overwhelming response, we are giving you another opportunity to win a FREE make over by Eric on "Deko Bersama Eric". All you have to do is be a ONECARD member with 1 Utama and submit your Deko Bersama Eric entry forms to 1 Utama's Customer Service Centre, Ground Floor, HighStreet. Please remember to attach a picture of the area that requires the makeover.

click here to obtain the entry forms.

For more information, please visit
http://www.ericleong.com.my/

Note: Submissions of the forms are from 1st April to 10th April 2007.

pn-iena

klik sini untuk mendapatkan resepi 'telur masak gurih'. Rasanya tak pedas lebih kurang macam masak lemak kuning tapi ada lagi bahan-bahan tambahan dia seperti daun limau purut, serai, asam dan ketumbar. Alhamdulillah memang kena dengan selera marissa maklumlah tak pedas. Lama tak makan telur puyuh hilang dah segala rindu bila pekana masak gurih ni. Cubalah pasti hendak lagi.

pn-iena

Distance

Being of close has nothing to do with distance,

It has everything to do with the heart,

We're never really far apart, You and I,

for we are kindred spirits and have enough,

memories to last for the rest of our lives...

pn-iena
Nasi lemak + sambal petai udang + ayam goreng (time rajin buat ayam goreng berempah) berselera makan panas-panas.... ikut selera tekak masing-masing lah yer..tepuk dada tanya selera