pn-iena
Sekarang ni marissa cuba berjinak-jinak memaksa diri untuk minum susu 'dutch lady 1 2 3 berperisa coklat' setelah sekian lamanya tak minum susu seperti kanak-kanak sebaya dia. Ianya mengandungi 'DHA SA & AA '. Nampaknya marissa sekadar jamah sedikit saja. Berbagai cara sudah dicuba untuk menambat selera dia tapi semuanya hampa. Try gak masukkan susu ke dalam bekas yg ada straw, kemudian campurkan dgn air sejuk & ais sekali. Tetapi marissa minum untuk beberapa kali sedut saja, lepas tu dia campak jauh-jauh. Tak tau apa sebabnya kadangkala selepas minum susu dia akan terasa hendak muntah. Berlainan pula dengan nestum 'nesVita' ni. Ianya berperisa madu telah berjaya menambat hari marissa. Pada mulanya mmg tak perasan yang dia menyukainya. Kebetulan dia ternampak 1 peket kecil nesVista ni, kemudian terus meminta supaya membancuhnya. Hah dengan tak disangka-sangka dan diduga marissa telah menghabiskan nestum satu cawan besar. Alangkah gembiranya hati aku ketika itu. Kemudian dia meminta lagi dan lagi... Sebenarnya baru semalam dia start minum nesVista ni.. tapi dah beberapa kali dia request sejak semalam tu. Before tidur pun dia minum lagi.
~gambar terkini pagi tadi sedang minum 'nesVista' ~
0 Responses