pn-iena




pn-iena

The wife is a witch! But she likes humans and she loves her husband Arisa (Ryoko Yonekura) is fascinated by humans. So much so that she leaves the magic world. But the broom she uses is faulty and winds up in Japan. There she meets Joji Matsui (Taizo Harada) who works at an advertising agency. Joji has been assigned by his boss Ichio Suzuki (Naoto Takenaka) the difficult task of winning over Shiori Nomo (Asami Ishikawa) who is in charge of corporate communications at a client. However a little word from Arisa helps Joji win over Shiori and his agency gets the opportunity to pitch. Arisa and Joji fall in love and marry. Arisa swears never to use magic again as she and Joji begin their strange witch/human married life.However, Arisa's mother, Daria (Mari Natsuki) wants to take Arisa back to her world and uses magic to be a nuisance to the new couple. Arisa has to take care of Joji's boss Suzuki who s in all the time, the prying eyes of their neighbors (Manami Fuji & Shiro Maggy) and the interference of her witch mother.

Casts: Ryoko Yonekura, Taizo Harada, Naoto Takenaka, Asami Ishikawa, Mari Natsuki, Manami Fuji & Shiro Maggy
(dipetik dr 8tv)
Schedule
4:00pm
Japanese Serial Bewitched In Tokyo



ps: sekarang dah episod 7, masih belum terlambat utk menontonnya, cerita ni memang best! Jangan ketinggalan. nak tengok pelakon2 ni masuk sini


pn-iena
Ini sebahagian dr pembelajaran marissa mengenal teknik utk mengira jumlah angka. Baru start mulai hari ni. Dia sungguh berminat dan boleh mengira dengan baik sambil menyebut angka tersebut dengan tepat atas tunjuk ajar teachers nye boowa & kwala. Kita akan lihat perkembangan seterusnya dari masa ke semasa. Hari ni umur marissa 2 thn 3bln 3mgu 5hari.

Lilypie 3rd Birthday Ticker
pn-iena
Ni aku nak bercerita skit. Awal pagi td sebelum ayah marissa pergi kerja kelihatan dia sedang mencari sesuatu. Menggeledah isi seluruh umah. Akhirnya baru aku mengerti rupa2nya dia sedang mecari cermin matanya yg tiba2 hilang. Then kami anak beranak tolong ler mencari. Kitaorg tanya marissa mana cermin mata ayah? dia cuma jawab mata? sebab aku ada ternampak dia pegang cermin mata tu malam tadi sebelum tido. Lepas tu terus lupa tak igt nak minta. Aku mengikuti ke mana saja marissa pergi dari satu tempat ke tempat lain, konon2 tengah mencari lah. Tiba2 marissa menonggeng dan matanya liar mencari sesuatu di bawah tv. Aku pun mengikuti setiap geri apa yg marissa lakukan, eheh memang kelakar. Tiba2 ayah marissa bersuara "tengok ni dah jumpa" dengan tersenyum sambil mengeluarkan isi kandungan dlm plastik putih yg berisi barang mainan marissa terselit seketul cermin mata yg di carinya. Kami tiba2 tergelak besaq' huhhuhuuhu lawaknya. Marissa pun tergelak sama tanpa memahami apa erti sebenarnya. Apa2 ajer lah..
pn-iena

asa mezameru tabi ni
kimi no nukegara ga yoko ni iru
nukumori wo kanjita
itsumo no senaka ga tsumetai
nigawarai wo yamete
omoi ka-ten wo akeyou
mabushisugiru asahi
boku to mainichi no oikakekko da
ano hi miseta nakigao
namida terasu yuuhi kata no nukumori
keshisarou to negau tabi ni
kokoro ga karada ga kimi wo oboeteiru

Your love forever
hitomi wo tojite kimi wo egaku yo sore dake de ii
tatoe kisetsu ga boku no kokoro wo okizari ni shite mo

itsuka ha kimi no koto
nanimo kanjinakunaru no ka na
ima no itami idaite
nemuru hou ga mada ii ka na
ano hi miteta hoshizora
negai kakete futari sagashita hikari ha
mabataku ma ni kieteku no ni
kokoro ha karada ha kimi de kagayaiteru

I wish forever
hitomi wo tojite kimi wo egaku yo sore shika dekinai
tatoe sekai ga boku wo nokoshite sugisarou to shite mo

Your love forever
hitomi wo tojite kimi wo egaku yo sore dake de ii
tatoe kisetsu ga boku wo nokoshite iro wo kaeyou to mo
kioku no naka ni kimi wo sagasu yo sore dake de ii
nakushita mono wo koeru tsuyosa wo kimi ga kureta kara
kimi ga kureta kara

ps: First time terdengar lagu ni terasa amat tersentuh hati aku. Ia terus menjadi melodi yg melekat di hati hingga kini. Thanks memperkenalkan this song to me!

every morning I a wake to your skin, cast off, lying next to me that back, I once felt warmth from, cold. stop with the wry smile open the heavy curtains the blinding morning light,everyday I try to keep up with it you showed me that day, your face in tears the setting sun that shines on the tears the warmth on my shoulder everytime I wish you gone my heart and body remember you. Your love forever I close my eyes and imagine you, that's enough. even if the season leaves my heart behind. I wonder if one day I'll no longer feel anything for youI think I'd rather fall a sleep with the pain I have now eventhough the light we searched for,wishing upon the starry sky we gazed at that night, disappears in a the blink of an eye, my heart and body shine on with you. I wish forever I close my eyes and imagine you. That's all I can do. even if the world were to leave me behind. Your love forever I close my eyes and imagine you, that's enough. even if the season leaves me behind, and tries to change it's color. I'll search for you in my memory. That's enough. Because you gave me the strength to get over my loss. you gave it to me.

pn-iena


  • First time masak Prawns Mysore. Rasa dia boleh tahan lah maklumlah tekak melayu. Kalau nak tau rasanya cuba lah masak sendiri yer! dari nestle jer ni. Sangat mudah utk masak. Banyak lagi recipes nestle boleh kita cuba buat. Alhamdulillah family suka makan walaupun first time jumpa lauk ni.
pn-iena

Berangan jer ni Marissa menyanyi bersama shinchan dan diberi tepukan gemuruh oleh kaum kerabat Doraemon. Marissa dengan bangganya mendendangkan sebuah lagu yang amat disenangi semua kartun fantasi jepun.
"An An An..tottemo daisuki Doraemon...." disambut oleh shinchan yang comel dan nakal.
Ikuti lah rancangan kartun Doraemon dan shinchan di ntv7, setiap sabtu pada pukul 7-8pm (shinchan-doraemon). Anak2 pasti gembira dan terhibur melihat gelagat kartun kesukaan mereka yang tiada tandingannya. saja nak iklan ehehehe.
Doraemon Song Dance
pn-iena
Jangan salah faham yer. Bukan aku yang buat tapi kenalan cyber. Yang ada bunga2 tu siap dalam masa seminggu jer, bole lah buat selimut. Jenis benang tebal tu, sebab sesuailah dengan keadaan di Jepun. Yang sekelompok termasuk kucing lama dah siap. Puan knit kata kucing tu bukan dia yang buat, tapi mak bapakk kucing. ishk ishk ishkk anak sapa tu? Tumpang gembira tengok projek orang dah siap. Sendiri punya pun tak start lagi. Buat masa sekarang tengah tunggu tuan knit free leh kirim belikan peralatan sesuai utk knit & krocet ni. Rasanya dah tengok kerjatangan org yang cantik macam ni lagi lah membakar semangat nak belajar crochet & knit.
pn-iena
Ayam serai (resepi knorr), Ayam madu, goreng tempe, taugeh & kobis.
Lauk pauk kampung. Alhamdulillah family berselera makan. Marissa suka ayam serai sebab tak pedas. Tempe pun dia bedal, cuma masalahnya kalau bab sayuran susah betul nak jamah.
Nak resepi2 best! layari di sini situ sana sinun macam-macam ada.
pn-iena

Hari ni Wilayah Persekutuan iaitu KL, Putrajaya, Sabah rakyatnya cuti, Selangor tak termasuk dlm list. Kebetulan hari ni juga Thaipusam sepatutnya tak keje lah kan. Hubby pi keje sebab diwajibkan tapi speacial kes lah. Daptlah skit extra money and masuk kul 8am-4pm. Maknanya hari ni kitaorang leh gak kuar merayap.

Marissa bangun awal, so tadi dok mengacau ayah dia breakfast. Macam biasa marissa dok membontot ayah dia terpaksa bwk sekali dlm kereta. After tata melambai tangannya dengan girang, dia terus sambung pulak projek melukis bersama mommynya. Tajuk lukisan 'tapak tangan kaki marissa'. Sebabnya letak saja tapak tangan & kaki dia then lukis ikut bentuknya. Selesai tugasan terus sambung breakfast semula.

Nak tengok gmbr lebih jelas sila klik!



pn-iena
Alkisah nak habak sikit ni, tangan marissa terseliuh mlm semalam (29 jan). Ketika kejadian tu marissa dok leka bermain, macam biasa suka senggayut di leher ayah dia. Kebetulan ketika itu ayah dia tak lah melayan sangat sebab sedang leka tengok cerita kelakar cina tajuknya 'black ros' kalau tak silap. Secara tak sengaja tiba2 terdengar bunyi "kreeeek!" alamak menjerit marissa kesakitan.
Nasib baik ptg tu(30 jan) okay dah. Itu pun malam dia tidur tak lena asyik mengerang, mungkin terasa sakit. Aku pun tak lena tidur asyik dok sapu minyak gamat kat pergelangan dia sampai bahu pelan2 urut. Kalau terkuat sikit mula lah dia menggerang semula. Sebelum tengahari ayah dia call tanya khabar, kalau keadaan marissa still sakit ingat nak pi hospital x-ray, ye lah takut kalau retak tulang tu.
Kesian kalau tengok keadaan marissa ketika mula2 kena tu, tak boleh nak gerak tangan sikit pun. Pagi tu ayah dia pi keje dia dok lambai tangan kiri. Sebab tangan kanan dia yang terseliuh. Kebetulan before tengahari tu tangan dia tiba2 okay, boleh dah gerak pegang makanan mainan dia. Siap main2 lagi. Tu yang dok tangkap gambar aktiviti dia, memang sah lah dah okay. Alhamdulillah..semoga semuanya selamat..amin
pn-iena



iklan bedak,dakwat,roti,drypers,mickey,dutch lady & bibir milk

(fotoshoot: today)
pn-iena
Kejuruteraan Awam merupakan bidang yang mak ucu marissa akan melanjutkan perlajarannya di Sek. Men. Teknik Batu Pahat, Johor. Diantara subject wajid yang perlu diambil Subject Teras & Elektif iaitu Fizik, Kimia, Lukisan Kejuruteraan, Matematik Tambahan, Pengajian Kejuruteraan Awam.

Ketibaan kami di jb pada hari sabtu yang lalu dpt melihat sendiri betapa sibuknya mak ucu marissa membuat persiapan terakhir utk meneruskan perjuangannya dalam dunia baru yg akan ditempuhinya. Permohonan memalui online utk menceburi bidang yang diimpikan telah menjadi kenyataan dan betul2 merialisasikan impiannya apabila rezeki telah menyebelahinya bersama bestfriendnyer.

Syukur Alhamdulillah walaupun result PMR yang lalu tidak memungkinkan dia mendapat score A utk kesemua subject yang diambil di sek. men. namun itu tidak menjadi halangan utk memberikan dia terus berjaya. Kemesraan Marissa bersama mk ucunya walaupun dlm masa yang singkat itu amat berharga dan bermakna, kerana kami terpaksa pulang terlebih dahulu.

Hari ini (isnin 29 january) merupakan pertama kali mak ucu marissa menjejakkan kaki ke dunia barunya dan merupakan hari pendaftaran bagi student2 baru bg memulakan perjuangan dlm bidang yang diceburi. Buat yang terbaik dan semoga berjaya! buktikan anak malaysia boleh!!
pn-iena


Inilah aktiviti baby untuk mengisi masa lapangnya. Menulis, melukis, membaca dan melekat dengan labtopnya. Adakalanya dia akan boring dan mengacau mommy nya pula.

Hari ini baby kelihatan amat riang, dia melompat-lompat step by step. Kelakar juga tengok gelagat dia macam tu. Today dia makan dengan berselera skit dari hari kebiasaannya, syukur alhamdulillah.

pn-iena
Perkembangan terbaru
Marissa dah pandai bilang satu dua tiga hingga sepuluh dengan lancar sekali, syukur alhamdulillah. Terharunya kerana sebelum ini dia amat susah nak mengingati nombor dlm bahasa melayu. Dia tidak pernah menghafal tapi rajin mengira, dengan itu secara semula jadi dia dpt mengingatinya. Kalau setakat mengira dlm bahasa english memang dia tak bermasalah langsung, kerana sejak setahun lebih dia dah mula menguasai. Good girl baby.

Berita terkini
Alhamdulillah Marissa tak pelat untuk mengira dalam 'bahasa jepun'. Akhir2 ini ayah dia cuba ajar dlm bahasa jepun pula. Kami amat2 terkejut kerana marissa dpt menyebut dengan lancar sekali cthnya: Ichi(1) ni(2) san(3) yon(4) go(5) roku(6) nana(7) hachi(8) kyuu(9), alamak 10 mcm mana nak sebut ya! aku lupa lah pulak kalau tak silap ju(10) kot. Tapi buat masa ini dia masih lagi konfius untuk membilang kerana adakalanya dia teringat dlm bhs english dan melayu.
Body Segala basic tentang anggota badan marissa sekarang lebih menguasainya. Dia dpt mengingati dan menyebut dengan lancar. Ini bermakna setiap kali kita bertanyakan apa2 saja anggota badan dia dpt menunjuk dengan tepat. Buat masa ini dia lebih selesa berbahasa melayu dan english.
pn-iena


Duck Song
quiek! arrk! quiek! arrk! quiek! quiek quiek! ....
can u walk like a duck
arrk!
can u swim like a duck
arrk!
can u fly like a duck
arrk!
can u talk like a duck
quiek! quiek! quiek! quiek! quiek!...


ps: Lebih kurang lah lyric dia gitu ek! Nak tau kena dengar sendirilah kat sini
pn-iena


Selamat Menyambut Awal Muharram
& Maal Hijrah 1428H.





(dipetik dari: islam.gov.my)
pn-iena


Aktiviti masa lapang baby biasanya mengacau mommy dia sedang tenet. Mesti dia nak join juga. Terpaksalah bagi dia main dolphin game sekejap, tak pun sekarang ni minat dengan duck song dia tu. Biasalah kalau kita tak bagi mulalah dia meragam, so before berlakunya konflik lebih baik bagi dia guna laptop aku ni dulu. Jadi bagi anda yang ada anak kecik tu, boleh lah buka website tadi tu.
pn-iena


Marissa sejak umurnya melepasi 2 tahun, dia mula menonjolkan sifat-sifat yang amat terserlah kedegilannya. Sifat dan kelakuannya yang nakal itu kadangkala menyebabkan kami sebagai ibubapa terasa tercabar dengan kesabaran yang sekian lama telah dibina. Namun kami masih lagi boleh berfikiran waras untuk mengambil tindakan yang sewajarnya atas perilaku seorang kanak-kanak yang masih dalam proses pembesaran.

Adakalanya pula marissa suka mengikuti apa sahaja gerak-geri yang dilakukan oleh ibubapanya, contohnya menyikat rambut, berbedak, bergincu di hadapan cermin. Dan suka bergaya sambil mengatakan perkataan yang sering disebutnya iaitu 'cantiknya'.

Sekarang ni dia kerap bermain di halaman rumah. Suka beramah mesra dengan kanan kiri jirannya yang sebaya berbangsa india, dan jiran melayunya yang lebih tua dari marissa. Kalau bab nak membuang pun dia dah pandai cakap, adakalanya dia melepaskan isi perutnya di toilet, namun adakalanya dlm drypersnya.

Tentang makanan pula pada mulanya sudah tidak ada masalah lagi, apabila dia senang untuk makan nasi dan sebagainya. Namun sejak 2-3 hari ni angin nafsu makan dia tiba-tiba berubah di tahap kritkal kerana hilang selera menjamah nasi atau bubur yang disediakn untuknya. Selama ni tak ada masalah timbul bab makan ni sebab dia sudah mula memakan makanan yg pedas seperti kari. Mungkin kerana batuk yang kadangkala menggangu kestabilan dirinya. Batuk yang dialaminya tidaklah serius, masih berada dlm kawalan lagi. Cuma dia kerap request kuih kegemarannya pau walaupun isi pau tersebut langsung tidak dijamahnya.
pn-iena

(gambar hiasan)
Sekarang ni aku dok berangan nak buat projek crochet dulu before boleh berangan nak buat projek knit pulak. Yang penting siapkan satu persatu dulu. Biar lambat asal siap. Buat masa sekarang ni aku dok study dulu bab crochet ni. Step by step guide dia semua kena faham betul2 baru boleh start projek aku ni. Alamak rasa macam student lah pulak. Dulu masa zaman sekolah adalah buat projek crochet ni, lepas tu hampeh tinggal terus so otak pun dah zero semula. Adalah basic2 dia yang aku tahu cuma tak selancar dulu2 lah kononnya.
Nak dipendekkan cerita entah macam mana sejak jadi mommy si marissa ni, tiba2 keinginan untuk bercrochet ni timbul semula. Dok belek2 projek orang2 yang lama dan baru, semuanya membakar semangat aku untuk sama2 menjoinkan diri dalam dunia crochet ni. Alangkah seronoknya kalau impian ini tercapai.
Buat masa ini aku akan mentelaah dulu ilmu untuk berkarya dlm dunia crochet, selepas itu aku akan beli barang2 keperluan untuk melaksanakan tugasan yang aku sendiri wujudkan ini. Setakat ni adalah aku beli majalah crochet ni bertajuk ' woman own present #19 Country Afghans' okay gak lah isi kandungan majalah ni.
Selain tu aku dok research kat internet, sambil2 tu adalah rakan2 yang perihatin dok bagi info pasal crochet ni. Thanks pada yg sudi support me!
pn-iena
Memories 2
pn-iena
Memories 1



Kami sekeluarga baru pulang dari swiss-garden & spa, kuantan pada hari sabtu yang lalu. Kebetulan semasa berada di sana hotel tersebut dlm proses kemaskini. Suasana agak bising dan kelamkabut bunyi mesin, pertukangan dan staff-staff yang sibuk mengemas kawasan yang diperbaiki. Untuk lari dari kebisingan dan kebingitan itu kami lari ke pantai. Di situ agak tenang dengan deruan ombak yang mencengkam di jiwa.

Hati aku tersentuh apabila terpandang deretan seperti bungkusan yang menjadi tembok kepada pasir-pasir yang putih dan gebu itu. Hakisan telah berlaku rupanya menyebabkan bayk pasir telah hilang ditelan ombak yang deras yang seperti kelaparan. Namun keindahan dan ketenangan tetap utuh teguh untuk dinikmakti. Syukur alhamdulillah pantai tetap cantik, permandangan tetap ceria dan berseri.

Banyak memories telah kami rakamkan di sini
pn-iena
Swiss-Garden Resort & Spa Kuantan.
Bermula dari Kelantan - Terengganu - Pahang (tempat destinasi)
pn-iena
Kami sekeluarga ingin mengucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU' & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA' kepada kaum keluaga, saudara mara serta sahabat handai yang mengenali kami di sini. Semoga azam lama dan baru tercapai, dan Semoga berbahgia selalu hendaknya, amin..
pn-iena


Lilypie 3rd Birthday Ticker

Gedebak gedebuk! dah nak masuk awal tahun 2007. Umur marissa pun semakin meningkat, tahun depan 2007 masuklah 3 tahun. Wah! dah semakin membesar anak aku yer! Sekejapnya masa berlalu, macam tak percaya saja! Adek jangan nakal-nakal ya! mommy love u!
pn-iena

pn-iena
pn-iena
Kesihatan Marissa
Syukur alhamdulillah akhirnya marissa sembuh dari demam. Sejak sabtu lalu baru hari ini(khamis) marissa betul-betul sihat, cuma batuknya baru berkurangan sikit, selsema dia pun dia masih ada lagi ni. Kesian beberapa hari yang lalu nampak sangat marissa kelesuan dan tak bertenaga langsung. Makanan lansung tak nak dijamahnya. Sekarang ni walaupun dia tak nak makan nasi atau bubur sekurag-kurangnya makan juga makanan lain.

Pada masa ni marissa baru tertidur, alhamdulillah nampak lena sangat mungkin dengan keadaan cuaca sekarang ni yang musim hujan, keadaan rumah menjadi aman dingin dan terhindar dari debu-debu yang selalu menyesakkan nafas ini.

Ubat-ubat marissa terlalu banyak untuk demam kali ini. Contohnya: ubat batuk,demam,selsema,tahan muntah,antibiotik,selsema, waduh semuanya membuatkan marissa mual loya-loya tekak kerana terpaksa telan ubat-ubat itu walaupun dalam bentuk cecair. setiap kali nak kasi dia ubat mesti menjerit-jerit meronta-ronta tak nak, terpaksalah paksa juga dia telan ubat tu dengan apa cara sekalipun supaya cepat sembuh.

Alhamdulillah yang penting sekarang marissa bersansur sihat. Risau juga kalau tak sembuh-sembuh. Biasa kalau marissa demam pun 2-3 hari mesti dah sihat, kali ni lama betul. Badan aku pun sakit-sakit sejak beberapa hari ni, asyik memangku mendukung dia, malam tak lena tidur, baru nak lelap marissa dok batuk-batuk, pastu menangis lah sebab tak tahan nak menanggungnya, kesian sunggih tengok keadaan dia waktu tu.

pn-iena
pn-iena
pn-iena
pn-iena
Selamat tiba jemaah umrah di KLIA. Marissa sempat membelek majalah sambil didukung oleh cik su nya.
Ni sepupu marissa, saja duduk di kerusi roda padahal sihat walafiat. Saja melayan marissa yang tengah keboringan tu, sambil2 belek dia punya kamera baru. Waktu dan ketika ni kitaorang sedang beristirehat sementara menunggu flight ke KB bagi jemaah umrah saja. Kitaorang cuma menyambut dan menemankan saja di KLIA.

Ketika gambar ini dirakam marissa dok main tangkap gambar dengan sedara dia di KLIA. Almaklumlah baru dapat kamera dari atok sedaranya setelah selesai membuat umrah semasa bulan ramadhan. Sangat bagus isi dalam kamera tu terdapat gambar2 kenangan indah di mekah. Yang disebelah dok tengok marissa tu untie dia(sepupu hubby), agaknya tengok marissa asyik beria-ia menangkap gambar konon-kononnya lah.

pn-iena

pn-iena
pn-iena

pn-iena
pn-iena


Cuppy Cake
You're my Honeybunch, Sugarplum Pumpy-umpy-umpkin, You're my Sweetie Pie You're my Cuppycake, Gumdrop Snoogums-Boogums, You're the Apple of my Eye And I love you so and I want you to know That I'll always be right here And I love to sing sweet songs to you Because you are so dear


Doraemon Theme
konna koto ii na dekitara ii na anna yume konna yume ippai aru kedo
minna minna minna kanaete kureru fushigina POKKE de kanaete kureru sora wo jiyuu ni tobitai na
(hai! takekoputaa!)
AN AN AN tottemo daisuki DORAEMON
shukudai touban shiken ni otsukai anna koto konna koto taihen dakedo
minna minna minna tasukete kureru benrina dougu de tasukete kureru omocha no heitai da
(sore! tototsugeki!)
AN AN ANtottemo daisuki DORAEMON
anna toko ii na iketara ii na kono kuni ano shima takusan aru kedo
minna minna minna ikasete kurerumirai no kikai de kanaete kureru sekai ryokou ni ikitai na
(ufufufu... doko demo DOA!)
AN AN ANtottemo daisuki DORAEMON
AN AN ANtottemo daisuki DORAEMON

pn-iena

Nick name: shizuka

pn-iena
pn-iena
Marissa tiba2 datang cium pipi aku, kuat dan boleh tahan lama pulak tu, siap bunyi "muahhhh!!!". Kenapa? aku sendiri tak tahu kenapa. Tiba2 saja dia cium, tu yang tersentuh hati aku (Oooo so sweet!). Jarang dan sukar nak dapat ciuman daripada marissa sendiri. Kalau kita suruh dia cium dia buat saja, Tapi yang ini lain, dia sendiri yang nak cium tak payah kita suruh2 dia. Pelik? ntah pelik ke tidak, macam pelik sebabnya susah betul nak jelaskan. Hanya yang dah ada anak akan faham bila menghadapi situasi bergini.
Perasaan aku? memang seronok, gembira sangat dan amat2 terharu. Dia yang masih kecil pandai menghargai mommy nya. Sangat2 terharu..(serius terharu). Dia cium sambil melemparkan senyuman yang manis sekali. Kemudian dia baring dipangkuan aku. Kemudian dia tunjuk nak tuttt...Opsss pandai nyeee...ambik hati mommy dia then baru mintak tutttt....ahaks ahaks ahaks..tepuk amai2..
pn-iena
Marissa ku sayang..nakal!
Kisah malam semalam
Adui penat melayan karenah marissa sekarang ni. Sejak2 nak masuk 2 tahun ni bertambah-tambah nakal dia. Semalam(kul12 mlm) dia buat hal. Kitaorang tidur dia dok gasak main sorang2. Bila aku terjaga, abis peanut butter dia sapu kat dinding, kerusi,bakul..jenuh aku nak bersihkan semula. Aku tak marah dia, cool lah konon..sabar je. Bila tengok aku tak marah atau tegur dia, mula lah dia nak buat sekali lagi. Kali ni memang aku marah, habis kotor baju dia. Biasalah dia mula buat muka manja dia tu, sedih semacam. Aku buka peti ambik askrim dok makan bersama dia. Suka sangat dia. Lagi pun dah malam, tak elok bising2 menganggu jiran nak tidur je. Makan aiskrim? Eheh tu la pasal tansion kot, tu yang dok bedal. Malas nak pikir.
kisah siang semalam
Berebut pen dan kertas? bayangkan kitaorang berebut pen dan kertas. Agak kelakar? lawak ker? tak jugak, sebabnya memang waktu tu aku nak guna sangat, baru nak tulis dia rampas, dia nak tulis aku rampas..last2 aku mengalah. dia pujuk aku? siapa dia? Lor dengan anak kesayangan aku marissa lah ni. Aku bg kertas lain dia tak nak, dia nak yg aku pakai gak. Manalah tak hangin. Dia datang dekat, aku jauhkan diri, dia dtg pujuk lagi, aku merajuk lagi, last2 dia merajuk aku lak kena pujuk. Ehehehe pandai betul anak aku ni.
pn-iena
pn-iena
pn-iena





Klik pictures surprise! :)
pn-iena
Sekarang ni tahun 2006. Dah pun masuk bulan October. Tinggal 2,3 bulan lagi nak masuk tahun 2007. Gedebak gedebuk cepatnya masa berlalu. Azam impian tak tercapai lagi. Sambung lah tahun depan. Doa-doakan tercapai jua akhirnya nanti. Biar lambat asal selamat. amin..

Bulan ni(OCT) Birthday MARISSA anak kesayangan aku yang paling nakal, manja, cerdik, rajin, garang, comel, berdikari, jujur dan amanah. Sebab memang kesemua ciri-ciri tersebut ada pada diri dia. Bukan nak riak atau cakap bohong memang ikhlas aku katakan sikap dia memang bergitu. Kebetulan Bithday dia kena bulan puasa. Sebab masa lahirkan dia pun dah nak masuk awal Ramadhan. Waktu tu belum puasa lagi lah, tapi aku lah tak puasa sebulan waktu tu sebabnya tengah berpantang.

Nampaknya sambut Birthday MARISSA sebelah malam lah ya. Sambil-sambil berbuka puasa sambil-sambil meraikan Birthday MARISSA yang ke-2 tahun. Tarikh lahir dia 111004. Lahir di hospital putrajaya, sebelah petang. Semua ni masih dalam perancangan insya'allah nak sambut birthday dia kat rumah saja, tapi kalau ayah dia ajak sambut kat luar okay juga. Kita hanya merancang tuhan yang menentukan. Biasa lah ayat ni.

Kek birthday?
Dok pikir lah ni. Nak belikan yang macam mana ya? Ingatkan nak beli ada tepek muka doraemon & sinchan kartun kegemaran MARISSA. Kena pilih salah satu daripadanya lah, takkan nak tepek dua-dua? dok pikir lagi. huhh malas nak fikir tunggu lah masanya akan tiba jua.
Hadiah?
Aku dah pun belikan dia hadiah. Sekarang(isnin 2 oct) hadiah tu dlm perjalanan ke rumah aku. Tengah tunggu abg posmen datang bwk hadiah MARISSA lah ni. Kalau tak hari ni tiba, esok insya'allah sampai lah tu. Aku belikan apa? Alamak nak bg tau macam tak surprise lah pula. Tapi bukan marissa boleh baca pun kat blog ni, kan? So aku ada gambarnya. Nak tepek kat sini ker tak ek. Eh siapa lah yang tak sabar ni? Uuhh ni hadiah marissa lah. Sabar la menanti, tinggal beberapa hari saja lagi. Aku bg hints sikit barang ni aku beli made in JAPAN, dr shbtku di sana. Tekalah kalau nak teka. Salah betul belakang kira. Dua-dua tak dapat hadiah! kah kah kah kah!! :D jangan marah nanti cepat tua.
pn-iena
---> Sekejap masa berlalu. Sekarang bulan Ramadhan menjelma tiba. Tak lama lagi Hari Raya Aidilfitri menjelma pula. Memang terasa sekejap masa berlalu.

---> khas untuk semua kenalan " Selamat Menyambut Bulan Ramadhan".

---> pesanan "puasa jangan tak puasa" :)
pn-iena
pn-iena

Marissa in Kanji.

The kanji used to write your name mean:

ma=Truth ri=Reason sa=Tea

(You are a beautiful princess whose pure heart is committed to truth and reason, and whose presence is like the refreshing taste of green tea.)

Marina in Kanji.

The kanji used to write your name mean:

ma=Truth ri=Genius na=Asia

(You are a beautiful Asian princess with the mind of a genius and a deep understanding of truth.)

->klik here get your name in kanji

pn-iena

Take the 100 Acre Personality Quiz!
Tiba2 saja tergerak hati nak tahu siapa diri ini. Rupa2nya ini kah aku? Dengan menjawab beberapa soalan cepu emas kat situ korang akan tahu siapa diri korang sebenarnya. Not hundred % percaya saja suka2. Tapi best gak ada bender cam gini boleh meningkat lagi nilai2 murni dalam diri. Yerk! ihik aku kanga ka?
pn-iena
Wah lama dah aku tak tulis apa2 kat sini. Sebabnya tak ada apa yang nak dicoretkan. Ni pun justnak bercerita tentang anak kesayangan kami marissa@adek@baby ermm tu lah nama panggilan yang selalu kitaorang panggil. kalau sedara mara dia panggil rissa@issa. Padahal nama punya lah pendek, tapi nama panggilan byk lah pulak.

Marissa story!
Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker
Sekarang ni umur marissa 1tahun 11bulan. dia punya lah nakal semakin menjadi-jadi. Waduh tak tahan aku nak melayan dia, memang tersangat nakal. Penat sesangat sehari dengan dia di rumah, dengan karenahnya yang bermacam-macam ragam.

pagi aktiviti marissa
Celik je mata bangun dari tdo trus mintak air "num num" tu lah dia sebut setiap pagi..nak minum. Lagi satu di sebut "ayer ayer" air rupanya. Serapan pagi kegemaran dia telor rebus mesti 2 biji sekali dia makan..kekadang telor rebus separuh masak memang dia suka. lepas kenyang dia terus ambik buku kecik dia yg keras tu..dok membaca...a b c. Sambil tu tengok tv tak kiralah rancangan apa pun. tu lah rutin seharian dia sebelah pagi.

Bila ada muzik, iklan kompem ikut nyanyi, menari, meniru gaya. Yang bestnyer tk kira bahasa apa pun dia cuba ikut cakap. cth bhs korea cina india melayu jepun english...ishkk tak kiralah bahasa apa yg kuar kat kaca tv tu kompem dia tiru punya. Biasanya mommy n ayah dia lah jadi tukang gelak. Mana taknyer sambil tgk tv dia suka pegang cermin tv tu..suka sentuh apa yg ada dlm tv tu..kadang dia ulur tangan siap mintak "nak nak nak".

Marissa ni kalau dah bercakp memang petah..cuma still byk baby talk lah..bhs dia..hanya dia yg betol2 paham. kalau nak bukak ataupun nak tutup sesuatu dia suka ckp" kak rrr kak arrr" stail budak besor nyer gaya ckp...bukak arr..takpun "kak anggg".... Biasanya dia suka buka tutup lampu kat umah ni..takpun kipas nyer button.

Dia dah pandai melompat-lompat, benyanyi sakan tau, menari siap goleng2(cam citer industan lak), ketawa kuat, makan pun kuat sekarg..cuma berat nya jer kurang bertambah..maybe sekrg 11kg ada kot.
oklah to be continue......