Alkisah nak habak sikit ni, tangan marissa terseliuh mlm semalam (29 jan). Ketika kejadian tu marissa dok leka bermain, macam biasa suka senggayut di leher ayah dia. Kebetulan ketika itu ayah dia tak lah melayan sangat sebab sedang leka tengok cerita kelakar cina tajuknya 'black ros' kalau tak silap. Secara tak sengaja tiba2 terdengar bunyi "kreeeek!" alamak menjerit marissa kesakitan.
Nasib baik ptg tu(30 jan) okay dah. Itu pun malam dia tidur tak lena asyik mengerang, mungkin terasa sakit. Aku pun tak lena tidur asyik dok sapu minyak gamat kat pergelangan dia sampai bahu pelan2 urut. Kalau terkuat sikit mula lah dia menggerang semula. Sebelum tengahari ayah dia call tanya khabar, kalau keadaan marissa still sakit ingat nak pi hospital x-ray, ye lah takut kalau retak tulang tu.
Kesian kalau tengok keadaan marissa ketika mula2 kena tu, tak boleh nak gerak tangan sikit pun. Pagi tu ayah dia pi keje dia dok lambai tangan kiri. Sebab tangan kanan dia yang terseliuh. Kebetulan before tengahari tu tangan dia tiba2 okay, boleh dah gerak pegang makanan mainan dia. Siap main2 lagi. Tu yang dok tangkap gambar aktiviti dia, memang sah lah dah okay. Alhamdulillah..semoga semuanya selamat..amin