Sekarang ni tahun 2006. Dah pun masuk bulan October. Tinggal 2,3 bulan lagi nak masuk tahun 2007. Gedebak gedebuk cepatnya masa berlalu. Azam impian tak tercapai lagi. Sambung lah tahun depan. Doa-doakan tercapai jua akhirnya nanti. Biar lambat asal selamat. amin..
Bulan ni(OCT) Birthday MARISSA anak kesayangan aku yang paling nakal, manja, cerdik, rajin, garang, comel, berdikari, jujur dan amanah. Sebab memang kesemua ciri-ciri tersebut ada pada diri dia. Bukan nak riak atau cakap bohong memang ikhlas aku katakan sikap dia memang bergitu. Kebetulan Bithday dia kena bulan puasa. Sebab masa lahirkan dia pun dah nak masuk awal Ramadhan. Waktu tu belum puasa lagi lah, tapi aku lah tak puasa sebulan waktu tu sebabnya tengah berpantang.
Nampaknya sambut Birthday MARISSA sebelah malam lah ya. Sambil-sambil berbuka puasa sambil-sambil meraikan Birthday MARISSA yang ke-2 tahun. Tarikh lahir dia 111004. Lahir di hospital putrajaya, sebelah petang. Semua ni masih dalam perancangan insya'allah nak sambut birthday dia kat rumah saja, tapi kalau ayah dia ajak sambut kat luar okay juga. Kita hanya merancang tuhan yang menentukan. Biasa lah ayat ni.
Kek birthday?

Dok pikir lah ni. Nak belikan yang macam mana ya? Ingatkan nak beli ada tepek muka doraemon & sinchan kartun kegemaran MARISSA. Kena pilih salah satu daripadanya lah, takkan nak tepek dua-dua? dok pikir lagi. huhh malas nak fikir tunggu lah masanya akan tiba jua.
Hadiah?
Aku dah pun belikan dia hadiah. Sekarang(isnin 2 oct) hadiah tu dlm perjalanan ke rumah aku. Tengah tunggu abg posmen datang bwk hadiah MARISSA lah ni. Kalau tak hari ni tiba, esok insya'allah sampai lah tu. Aku belikan apa? Alamak nak bg tau macam tak surprise lah pula. Tapi bukan marissa boleh baca pun kat blog ni, kan? So aku ada gambarnya. Nak tepek kat sini ker tak ek. Eh siapa lah yang tak sabar ni? Uuhh ni hadiah marissa lah. Sabar la menanti, tinggal beberapa hari saja lagi. Aku bg hints sikit barang ni aku beli made in JAPAN, dr shbtku di sana. Tekalah kalau nak teka. Salah betul belakang kira. Dua-dua tak dapat hadiah! kah kah kah kah!! :D jangan marah nanti cepat tua.