(gambar hiasan)
Sekarang ni aku dok berangan nak buat projek crochet dulu before boleh berangan nak buat projek knit pulak. Yang penting siapkan satu persatu dulu. Biar lambat asal siap. Buat masa sekarang ni aku dok study dulu bab crochet ni. Step by step guide dia semua kena faham betul2 baru boleh start projek aku ni. Alamak rasa macam student lah pulak. Dulu masa zaman sekolah adalah buat projek crochet ni, lepas tu hampeh tinggal terus so otak pun dah zero semula. Adalah basic2 dia yang aku tahu cuma tak selancar dulu2 lah kononnya.
Nak dipendekkan cerita entah macam mana sejak jadi mommy si marissa ni, tiba2 keinginan untuk bercrochet ni timbul semula. Dok belek2 projek orang2 yang lama dan baru, semuanya membakar semangat aku untuk sama2 menjoinkan diri dalam dunia crochet ni. Alangkah seronoknya kalau impian ini tercapai.
Buat masa ini aku akan mentelaah dulu ilmu untuk berkarya dlm dunia crochet, selepas itu aku akan beli barang2 keperluan untuk melaksanakan tugasan yang aku sendiri wujudkan ini. Setakat ni adalah aku beli majalah crochet ni bertajuk ' woman own present #19 Country Afghans' okay gak lah isi kandungan majalah ni.
Selain tu aku dok research kat internet, sambil2 tu adalah rakan2 yang perihatin dok bagi info pasal crochet ni. Thanks pada yg sudi support me!