

Antara cara perlu dilakukan ibu bapa dalam mendidik remaja ialah:
~Mendalami ilmu agama dengan pelbagai cara sama ada diajar oleh orang tua sendiri ataupun orang lain seperti guru agama supaya mereka sentiasa cenderung melakukan ibadat. Ini kerana ibadat yang diajarkan Islam mengandungi daya dan wasilah untuk mengasuh serta mendidik lahir batin manusia menjadi manusia yang sebenarnya.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang-orang yang beriman dan diikuti oleh anak cucu mereka dengan cara beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga) dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun daripada pahala amalan mereka. Tiap-tiap seorang bergantung pada amalan yang ia telah kerjakan.” (Surah al-Thur, ayat 21)
~Ibu bapa mesti mendidik remaja dengan cara lemah lembut dan pandai mengambil hati anak dalam memberi tunjuk ajar atau teguran supaya jiwa mereka tidak mudah tersentuh.
Ini kerana pada peringkat jiwa mereka mudah tersentuh dan memberontak jika terdapat sesuatu perkara yang bertentangan dengan jiwa mereka. Anak tidak boleh dimarahi atau ditengking dengan cara negatif. Kebebasan wajar diberikan kepada anak remaja dalam melakukan sesuatu perkara selagi ia tidak bertentangan ajaran Islam.
~Ibu bapa hendaklah mengawasi pergaulan anak kerana pergaulan banyak mempengaruhi sifat anak terutama ketika mereka meniti usia remaja.
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan muhrim perlu dihalang bagi mengelak berlaku perkara tidak diingini. Pengawasan dan kawalan ibu bapa patut diperketatkan supaya anak remaja melalui kehidupan mengikut batas ditetapkan.
Remaja adalah golongan paling mudah digoda syaitan. Umpamanya dalam pergaulan membabitkan percampuran lelaki dan perempuan, syaitan akan menyelinap dan menggoda supaya melakukan perbuatan sumbang seperti bercumbu-cumbuan, asyik dalam percintaan, khalwat, rogol dan zina.
~Ibu bapa hendaklah menanamkan sifat cintakan Allah kepada anak remaja. Melalui nasihat ini juga diharapkan remaja dapat melakukan sesuatu yang baik yang dikehendaki Allah, menjauhkan diri daripada semua perbuatan keji kerana tahu dan yakin Allah sentiasa melihat perbuatannya.
~Ibu bapa harus menunjukkan kasih sayang kepada mereka dan bersikap diplomasi mengendalikan sebarang masalah. Pendapat dan pandangan anak di peringkat ini perlu dihormati dan dipertimbangkan.
~Usahakan supaya mereka mempunyai kegiatan berfaedah seperti mengikuti kursus ilmu pengetahuan, membabitkan diri dalam olahraga dan jangan izinkan mereka keluar malam tanpa sebarang sebab.
(sumber:*bharian.com)
Pembacaan bebas
INFO: Memupuk tabiat membaca
Boleh dilakukan:
Jangan lakukan:
(sumber:*bharian.com)
Spekulasi, fitnah contoh tutur kata boleh memprakperandakan ummah
AMALAN memfitnah, tuduh menuduh, menyindir, menyebarkan khabar angin, emel layang atau berita palsu, perkataan lucah, mendedahkan keburukan orang lain dan berprasangka buruk semakin menjalar serta membarah dalam masyarakat Islam.
Semua amalan itu umumnya datang daripada lidah yang tidak bertulang yang lebih berbahaya daripada mata pedang yang terhunus hingga memungkinkan akibat buruk kepada manusia seluruhnya.
Oleh itu, Islam daripada awal lagi mengingatkan ummah mengenai bahaya penyalahgunaan nikmat lidah yang dianugerah Allah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah) angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati).” (Surah al-Baqarah, ayat 217)
Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Kebanyakan dosa anak Adam adalah kerana lidahnya.” (Hadis riwayat Tabrani dan Baihaqi) Perlu diinsafi walaupun lidah adalah anggota tubuh badan manusia yang kecil menghiasi kesempurnaan kejadian makhluk Allah, namun lidah mempunyai peranan agak besar dalam kehidupan manusia. sambungannya lagi..
(sumber*bharian.com)
Last xtvt May 07
Sampai juga Alor Gajah, Melaka. Semata -mata nak melawat baby kawan cik su marissa di sana. Kalau tak bila lah nak jejak kaki ke sana. Suka sangat marissa dpt tengok baby boy tu, comel sangat berat dia 2.8kg. Terpaksa masuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan penyakit kuning.
Balik KL singgah IKEA Damansara. Best sangat kat sana mommy marissa yang teruja. Takder keje ambik gambar marissa yg tak reti dok diam tu.
Bayangkanlah Kudup yang sepi Sendiri di lautan lalang
Bayangkanlah sengsara-digalas tatkala Kelopaknya sedang mekar
Datang musim Bersemarak harum Sampai waktu Peragakan hias
Hari bahagia hanyalah angan Yang tak kesampaian Mengundang tangis Keluhan
*Begitulah diriku Dapat kau umpamakan kekasih Yang menangis tak terhenti Didalam-oh
Begitulah diriku Tiada gerangan siapa Tempat nak ku mengadukan Nasibku
Bayu berlagu Berkumandang rintihan Mungkinkah Engkau ku nantikan Mungkinkah kau Pembawa sinaran
Saja jer main campak2 semua ni tak sangka lak hidup. Ouh! so cute! my little baby bawang putih, halia & kunyit..
Pengunjung boleh memilih jenis penginapan daripada 298 bilik yang disediakan seperti eksekutif (11), deluxe (256), junior suite (10), bilik keluarga (20) dan presidential suite (satu).
Semua bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, televisyen, telefon, bar mini dengan bayaran berpatutan.
Bagi mereka yang inginkan kegiatan lasak dan mencabar, trek untuk berjoging dan kegiatan menjelajah hutan di sekitar resort juga disediakan
Pengurus Besar DLGCC, Radzman Tajudin, berkata bagi peminat golf, SGRDL turut menyediakan padang golf yang dinamakan Damai Laut Golf & Country Club (DLGCC) menjanjikan kepuasan kepada setiap pemain walaupun mungkin menghayun di kala mentari terik di atas kepala.
Cuacanya yang berangin dari laut berhampiran dengan pemandangan yang indah bagi pemain golf pastinya menjadi memori yang sukar dilupakan.
'CHAMPS M Chewable' for marissa. Berperisa Strawberry. Untuk sehari makan 2 biji sahaja. Alhamdulillah nampaknya marissa gemar memakannya. Rasanya pun sedap, marissa gelar gula2. Stock pun senang nak cari, boleh didapati di farmasi.
Suka marissa bersama dengan 'Wild Planet' pemberian dr ayah dia. Dah lama ayah dia simpan, kebetulan semalam kami sekeluarga bergotong-royong membersihkan bilik komputer, so terjumpa lah khazanah lama yg terperuk dlm kotak simpanan. Walaubagaimapun ianya masih kelihatan baru kerana tak diguna selama ini. Wild Planet ni made in japan, dibeli sewaktu berada di jepun. Sekarang ni marissa dah tau gunakan so boleh lah bg dia main. Cara menggunakannya tekan button yg melekat kat pemegang like pistol tu, then dengarkanlah bunyi yg nyata dr persekitaran atau suara sendiri dr bentuk bulat warna hijau tu.