























'Faidhi semasa berada di dalam kereta Mommy nya'
Video ini diambil semasa dalam perjalanan untuk membeli-belah di Tesco. Entah apalah yang dibebelkan Faidhi sampai terkeluar perkataan "Mamapeko!!!" ke "Papapeko!!!" memang tidak dapat di kenal pasti.. kelakar betullah Faidhi ni. Sepanjang perjalanan tak henti-henti membebel. Kesian pula sedang sibuk membebel tiba-tiba toy di tangan Faidhi yang dibeli dari IKEA tempohari telah terkena libasan ke matanya terus terdiam dia.. Dan rakaman pun terhenti setakat itu saja.
Sebenarnya ini adalah sebahagian dari kerja harian Faidhi Menemankan Abang dan Mommy menghantar Kakaknya ke Sekolah pada setiap hari. Macam itu jugalah gelagatnya setiap hari bila berada di dalam sangkar kurungannya. Apa yang penting langkah keselamatan telah diambil dengan memakai 'tali pinggang keledar'. Sungguh selesa bila dia dapat duduk sambil menikmati permandangan di luar. Harap Faidhi akan terus ceria dan tidak jemu supaya dia tidak melakukan tindakan yang diluar jangkaan.

Muhammad Faidhi




Alhamdulillah... tak sangka dah ada anak dara berusia 7 tahun. Cepatnya masa berlalu. Marissa sekarang meneruskan pelajaran di alam persekolahan,Sekolah Rendah. Rasanya baru sahaja Sekolah Tadika. Tiba-tiba dah Sekolah Rendah pula. Ini bermakna kita dah semakin berusia. Lagilah besar cabaran nak membesarkan marissa. Dah tak boleh nak kelentong, sebabnya dia memang dah matang. Tahu yang mana betul atau salah. 
Assalamulaikum..

