pn-iena
Marissa bersama adik-adiknya

Tentang Marissa

  • Lama sungguh kita tidak bercerita tentang perkembangan Marissa. Kini dia semakin bersemangat menduduki alam persekolahan sebagai murid tahun 1. Setiap kali pulang ke rumah ada sahaja yang hendak dikongsikan cerita mengenai sekolah, guru dan rakan-rakannya. Ada satu peristiwa di mana dia menceritakan bagaimana seorang murid darjah 1, budak lelaki yang tersangat-sangat nakal kerana telah menarik dan mencabut tudung marissa dan tanpa belas kasihan malahan dipijak2nya tudung tersebut. Sudah semestinya marissa menangis melihat perbuatan yg tidak bermoral itu. Apabila cikgu marah dan bagi nasihat budak itu selamba sahaja seperti tidak mengendahkan cikgunya. Marissa berasa sungguh geram dengan sikap budak itu.
  • Marissa mula bertanya tentang AF9? Ya! dia mempersoalakan tentang rancangan kegemarannya Akademi Fantasia yang diacarakan oleh Aznil atau dikenali sebagai Pak Nil. Sungguh hebat di mata kanak-kanak seusia Marissa apabila menonton rancangan hiburan tersebut. malahan setiap kali lagu berkumandang maka secara spontan dia dan adik beradiknya terus menari mengikut rentak dan irama dengan hati yg teruja dan gembira. Rsanya pelajar yang digemari adalah kesemua pelajar AF9 tersebut. Oh ya! Marisa bertayakan "mommy! bila mariss sudah besar nanti AF tu ada lagi tak?" bersungguh-sungguh dia bertaya. "Mana ada lagi, ni yang last! akan datangtak ada lagi AF. Kenapa?"...tiada jawapan hanya rungutan seperti tidak puas hati...
  • Hari ni marissa jaga adik-adiknya ketika mommy memasak di dapur. sempat dia tidurkan baby faidhi yg sudah berusia setahun itu. Diambilnya bantal diletakan dia atas pehanya, lalu ditiarapkan adiknya di atas bantal tersebut. Sambil ditepuk2 tangan ke atas ponggong adiknya yg comel itu. Sungguh terlena dengan aman si bby faidhi. Kebetulan bby memang sudah mengantuk sangat waktu itu. Maka senanglah ia terlena dibuai mimmpi indah..hehehee~ Terima kasih marissa kerana sudi tolong mommy..
  • Marissa ada bertanya "Mommy dengan ayah macam mana boleh berjumpa?" sambil mengerutkan dahinya penuh persoalan. Erk! tak tahu macam mana nak jelaskan cuma cakap kat dia "Mommy dengan Ayah jumpa kat komputer, guna internet boleh beremail dan berchatting tu....! masa tu Mommy kat Malaysia, Ayah kat Jepun" jelas mommy dengan harapan marisa memahaminya. "OOo macam facebook tu ya mommy?" .. hahaha yolah boleh lah tu marissa.. dulu belum ada FB lagi.. dulu kenal kat 'Alamak.com' entah ada lagi ke tidak ya chat room tu..hehehee di situ lah bermulanya..dan sejarahnya... erk ckp dlm hati saja... Cinta cyber tu, sepanjang perkenalan tak pernah bersua..Namun bila dah jodoh walaupun bertahun lamanya menanti.. sekali berjumpa dari mata turun ke hati...hehehe~



0 Responses