pn-iena

Alhamdulillah... tak sangka dah ada anak dara berusia 7 tahun. Cepatnya masa berlalu. Marissa sekarang meneruskan pelajaran di alam persekolahan,Sekolah Rendah. Rasanya baru sahaja Sekolah Tadika. Tiba-tiba dah Sekolah Rendah pula. Ini bermakna kita dah semakin berusia. Lagilah besar cabaran nak membesarkan marissa. Dah tak boleh nak kelentong, sebabnya dia memang dah matang. Tahu yang mana betul atau salah.

Yang penting marissa betul-betul berdikari. Menyusun sendiri buku-buku mengikut jadual yang diberi. Tapi mommy dia semakkan juga lah takut kalau ada tersilap buku. Hantar dia pun sampai depan pintu pagar sahaja. Ada sekali tu tengok dari jauh dia menikmati makanan di kantin, tapi hati seorang ibu bila nampak sahaja mesti terdetik nak melihat apa yang di makannya. Rupanya mee goreng pedas, kesian muka berpeluh, lagilah bibir merah menyala, sah-sah tengah kepedasan. Itu lah kali pertama dan terakhir marissa menikmati makanan di kantin. Lepas tu terus bawakan bekal hari-hari. Lagipun masa tu memang permintaan dia nak merasa makanan di kantin. Akhirnya terucap dari mulut dia "marissa tak nak beli kat kantin lagi lah.." hehehe tahu tak apa..
0 Responses