pn-iena

Alhamdulillah...Tahun 2011, 16 April maka genap umur Fadli 3 tahun. Sekejap sahaja masa berlalu. Dah ada anak bujang rupanya. Kalau depan camera memang pandai dia berposing, ikut perangai kakak dia lah tu. Bila hantar kakak ke sekolah mesti bawa bag sangkut belakang, siap nak pergi ke sekolah juga. Apa kakak buat semua dia nak buat sama.

Yang tak best ada satu tabiat fadli tak boleh jumpa charger handphone atau benda-benda yang berkaitan dengan wayar, habis lah dia buat main. Macam2 boleh dia aksi boleh lakukan sampaikan rosak. Imaginasi dia juga kuat, sangat-sangat kuat, benda yang kita tak terfikir dia boleh lakukan. Contohnya bila di cantumkan sesuatu benda itu akan dijadikan mirip vacuum, spanar dan macam2 lagilah. Kalau di perhatikan dia macam suka bab-bab engineer seperti electrical n elektronic. Kenapa? Sebab habis pengisar, pembakar roti, dan berkaitan barangan eletrik dia jadikan mainan. HuhUuHuu itulah fadli....
0 Responses