pn-iena
Alhamdulillah.. Baby Faidhi sudah boleh melangkah setapak dua. Kalau dipimpin kedua belah tangan atau sebelah tangan pun sudah boleh. Berdiri tegak memang runtin hariannya. Baby Faidhi memang lambat berjalan kalau nak dibandingkan dengan kakak dan abangnya. Kemungkinan besar disebabkan lahir tidak cukup bulan. kalau nak dikira umurnya belum mencapai satu tahun lagi. Ya memang betul 'Baby See Baby Doo', ini kerana apa sahaja yang kaka dan abangnya lakukan akan menjadi ikutan Faidhi. Contohnya bila kita bertepuk tangan, melambaikan tangan, bernyanyi, bercakap, dan apa sahaja perlakuan yg kita tunjukkan didepannya dia akan cuba sedaya upaya meniru 100% hehehee~ Setakat ni banyak juga perkataan yang Baby Faidhi sudah boleh sebutkan. Contohnya "kakak, abang, bapak!, mama, papa, aya, " bila lah nak sebut nama mommy ni? tak sabar nak tunggu!


Kalau nak diikutkan turutan dr umur 9, 10 dan 11 bulan baby sudah boleh berdiri, dipapah jalan, dan memapah sendiri di dinding, kerusi dan sebagainya. Berkenaan membaca buku? Hmm.. kalau membaca buku itu sejak umur 3 bulan baby Faidhi sudah ada minat dengan buku. kalau diberi pilihan antara buku dan mainan dia akan memilih buku! kenapa tidak percayakah? tidak mengapa itulah yang kami pelik kan juga hehee~


Berkenaan dengan turutan yang ini pula memang semuanya betullah.. 6,7 dan bulan Baby dah mula pandai sitting tall, bites dan talk2.. tapi bahasa baby yg tidak difahami hehehee~


Apa yang perlu kita tahu perkembangan baby setelah menjangkau umur 3,4 dan 5 bulan.


Ok pastikan semua ibubapa checklist perkembangan baby ya!.. hehehe~ daaa..
0 Responses