pn-iena



kek Kahwin Adik

Sangat comel bila menatap wajah kek ini. rasa nak tertidur diatasnya kerana kek ini berbentuk bantal. Teringin untuk merasanya namun apakandaya tiada rezeki untuk menjamahnya kerana keadaan yang kelam kabut diketika itu. Hanya ingat bergambar ke sana ke mari untuk dijadikan kenangan di atas perkahwinan adik bersama pasangannya orang sarawak.




Ini pula adalah pelamin anganku..di Dewan Hikmah. Eh! pelamin mempelai pasangan pengantin yang sedondon berwarna merah sebagai tema di majlis perkahwinan mereka. Memang sangat menarik dan meriah ketika itu. Nampaknya pengantin sedang menunggu orang untuk bertepung tawar.. ahah termasuklah yg sedang menaip ini.. sekali buat entah apa2 lah pasal 'first time'merenjis2 ni.. hehehe~ Tapi

bab paling sebak ialah ketika memeluk adikku diketika itu rasanya bagaikan sebutir mutiara jatuh satu persatu tanda kegembiraan kerana akhirnya selamat sudah diijabkabulkan. Sensitif lah pulak.. huhuhuu~

Suasana ketika makan-makan. Oleh kerana lambat sangat 'open table' maka muka semua sudah muncung kerana perut asyik berkeroncong hehee~ apabila makanan sudah terhidang tanpa melengahkan masa kami makan terus tanpa segan silunya.. jemput2 makan semua. Tengok si Fadli juga berselera makan nasi sebab kebetulan baru bangun tidur semestinya lapar jua.




Kami beramai-ramai merakam gambar sebagai kenangan ketika sampai di bangunan Jabatan Agama Islam Sarawak. Di ketika ini kami menghantar bakal pengantin untuk bernikah di sini. Tempat bilik nikah juga disediakan dan biasanya ada beberapa pasangan lain turut serta berada di dalam bilik itu. Seronok juga bila tengok ramai pasangan bakal diijabkabulkan oleh imam ke tok kadi? di situ hehehee~ Ketika ini pengantin lelaki di dalam bilik itu tempat yg sedang kami bergambar ini..




Ini pula kenangan sewaktu berada di Kuching International Airport. Bukan senang nak bergambar sekeluarga macam ini. Nampak gayanya si Fadli pun tak bg tumpuan sepenuhnya hehee~ Marissa saja yg peace gembira. Baby Faidhi relax jer.. hehee~
2 Responses
  1. memang cantik kek tu kan, nak makan pun rasa sayang


  2. pn-iena Says:

    Mamasyaza..kan kan kan.. hhehe tgk jer lah nampak gayanya.. hehehe~