
Inilah aktiviti baby untuk mengisi masa lapangnya. Menulis, melukis, membaca dan melekat dengan labtopnya. Adakalanya dia akan boring dan mengacau mommy nya pula.
Hari ini baby kelihatan amat riang, dia melompat-lompat step by step. Kelakar juga tengok gelagat dia macam tu. Today dia makan dengan berselera skit dari hari kebiasaannya, syukur alhamdulillah.
Perkembangan terbaru
Marissa dah pandai bilang satu dua tiga hingga sepuluh dengan lancar sekali, syukur alhamdulillah. Terharunya kerana sebelum ini dia amat susah nak mengingati nombor dlm bahasa melayu. Dia tidak pernah menghafal tapi rajin mengira, dengan itu secara semula jadi dia dpt mengingatinya. Kalau setakat mengira dlm bahasa english memang dia tak bermasalah langsung, kerana sejak setahun lebih dia dah mula menguasai. Good girl baby.
Berita terkini
Alhamdulillah Marissa tak pelat untuk mengira dalam 'bahasa jepun'. Akhir2 ini ayah dia cuba ajar dlm bahasa jepun pula. Kami amat2 terkejut kerana marissa dpt menyebut dengan lancar sekali cthnya: Ichi(1) ni(2) san(3) yon(4) go(5) roku(6) nana(7) hachi(8) kyuu(9), alamak 10 mcm mana nak sebut ya! aku lupa lah pulak kalau tak silap ju(10) kot. Tapi buat masa ini dia masih lagi konfius untuk membilang kerana adakalanya dia teringat dlm bhs english dan melayu.
Body Segala basic tentang anggota badan marissa sekarang lebih menguasainya. Dia dpt mengingati dan menyebut dengan lancar. Ini bermakna setiap kali kita bertanyakan apa2 saja anggota badan dia dpt menunjuk dengan tepat. Buat masa ini dia lebih selesa berbahasa melayu dan english.

Marissa sejak umurnya melepasi 2 tahun, dia mula menonjolkan sifat-sifat yang amat terserlah kedegilannya. Sifat dan kelakuannya yang nakal itu kadangkala menyebabkan kami sebagai ibubapa terasa tercabar dengan kesabaran yang sekian lama telah dibina. Namun kami masih lagi boleh berfikiran waras untuk mengambil tindakan yang sewajarnya atas perilaku seorang kanak-kanak yang masih dalam proses pembesaran.
Adakalanya pula marissa suka mengikuti apa sahaja gerak-geri yang dilakukan oleh ibubapanya, contohnya menyikat rambut, berbedak, bergincu di hadapan cermin. Dan suka bergaya sambil mengatakan perkataan yang sering disebutnya iaitu 'cantiknya'.
Sekarang ni dia kerap bermain di halaman rumah. Suka beramah mesra dengan kanan kiri jirannya yang sebaya berbangsa india, dan jiran melayunya yang lebih tua dari marissa. Kalau bab nak membuang pun dia dah pandai cakap, adakalanya dia melepaskan isi perutnya di toilet, namun adakalanya dlm drypersnya.
Tentang makanan pula pada mulanya sudah tidak ada masalah lagi, apabila dia senang untuk makan nasi dan sebagainya. Namun sejak 2-3 hari ni angin nafsu makan dia tiba-tiba berubah di tahap kritkal kerana hilang selera menjamah nasi atau bubur yang disediakn untuknya. Selama ni tak ada masalah timbul bab makan ni sebab dia sudah mula memakan makanan yg pedas seperti kari. Mungkin kerana batuk yang kadangkala menggangu kestabilan dirinya. Batuk yang dialaminya tidaklah serius, masih berada dlm kawalan lagi. Cuma dia kerap request kuih kegemarannya pau walaupun isi pau tersebut langsung tidak dijamahnya.

(gambar hiasan)
Sekarang ni aku dok berangan nak buat projek crochet dulu before boleh berangan nak buat projek knit pulak. Yang penting siapkan satu persatu dulu. Biar lambat asal siap. Buat masa sekarang ni aku dok study dulu bab crochet ni. Step by step guide dia semua kena faham betul2 baru boleh start projek aku ni. Alamak rasa macam student lah pulak. Dulu masa zaman sekolah adalah buat projek crochet ni, lepas tu hampeh tinggal terus so otak pun dah zero semula. Adalah basic2 dia yang aku tahu cuma tak selancar dulu2 lah kononnya.
Nak dipendekkan cerita entah macam mana sejak jadi mommy si marissa ni, tiba2 keinginan untuk bercrochet ni timbul semula. Dok belek2 projek orang2 yang lama dan baru, semuanya membakar semangat aku untuk sama2 menjoinkan diri dalam dunia crochet ni. Alangkah seronoknya kalau impian ini tercapai.
Buat masa ini aku akan mentelaah dulu ilmu untuk berkarya dlm dunia crochet, selepas itu aku akan beli barang2 keperluan untuk melaksanakan tugasan yang aku sendiri wujudkan ini. Setakat ni adalah aku beli majalah crochet ni bertajuk ' woman own present #19 Country Afghans' okay gak lah isi kandungan majalah ni.
Selain tu aku dok research kat internet, sambil2 tu adalah rakan2 yang perihatin dok bagi info pasal crochet ni. Thanks pada yg sudi support me!
Memories 1
Kami sekeluarga baru pulang dari swiss-garden & spa, kuantan pada hari sabtu yang lalu. Kebetulan semasa berada di sana hotel tersebut dlm proses kemaskini. Suasana agak bising dan kelamkabut bunyi mesin, pertukangan dan staff-staff yang sibuk mengemas kawasan yang diperbaiki. Untuk lari dari kebisingan dan kebingitan itu kami lari ke pantai. Di situ agak tenang dengan deruan ombak yang mencengkam di jiwa.
Hati aku tersentuh apabila terpandang deretan seperti bungkusan yang menjadi tembok kepada pasir-pasir yang putih dan gebu itu. Hakisan telah berlaku rupanya menyebabkan bayk pasir telah hilang ditelan ombak yang deras yang seperti kelaparan. Namun keindahan dan ketenangan tetap utuh teguh untuk dinikmakti. Syukur alhamdulillah pantai tetap cantik, permandangan tetap ceria dan berseri.
Banyak memories telah kami rakamkan di sini


Gedebak gedebuk! dah nak masuk awal tahun 2007. Umur marissa pun semakin meningkat, tahun depan 2007 masuklah 3 tahun. Wah! dah semakin membesar anak aku yer! Sekejapnya masa berlalu, macam tak percaya saja! Adek jangan nakal-nakal ya! mommy love u!
Kesihatan Marissa
Syukur alhamdulillah akhirnya marissa sembuh dari demam. Sejak sabtu lalu baru hari ini(khamis) marissa betul-betul sihat, cuma batuknya baru berkurangan sikit, selsema dia pun dia masih ada lagi ni. Kesian beberapa hari yang lalu nampak sangat marissa kelesuan dan tak bertenaga langsung. Makanan lansung tak nak dijamahnya. Sekarang ni walaupun dia tak nak makan nasi atau bubur sekurag-kurangnya makan juga makanan lain.
Pada masa ni marissa baru tertidur, alhamdulillah nampak lena sangat mungkin dengan keadaan cuaca sekarang ni yang musim hujan, keadaan rumah menjadi aman dingin dan terhindar dari debu-debu yang selalu menyesakkan nafas ini.
Ubat-ubat marissa terlalu banyak untuk demam kali ini. Contohnya: ubat batuk,demam,selsema,tahan muntah,antibiotik,selsema, waduh semuanya membuatkan marissa mual loya-loya tekak kerana terpaksa telan ubat-ubat itu walaupun dalam bentuk cecair. setiap kali nak kasi dia ubat mesti menjerit-jerit meronta-ronta tak nak, terpaksalah paksa juga dia telan ubat tu dengan apa cara sekalipun supaya cepat sembuh.
Alhamdulillah yang penting sekarang marissa bersansur sihat. Risau juga kalau tak sembuh-sembuh. Biasa kalau marissa demam pun 2-3 hari mesti dah sihat, kali ni lama betul. Badan aku pun sakit-sakit sejak beberapa hari ni, asyik memangku mendukung dia, malam tak lena tidur, baru nak lelap marissa dok batuk-batuk, pastu menangis lah sebab tak tahan nak menanggungnya, kesian sunggih tengok keadaan dia waktu tu.
Cuppy Cake
You're my Honeybunch, Sugarplum Pumpy-umpy-umpkin, You're my Sweetie Pie You're my Cuppycake, Gumdrop Snoogums-Boogums, You're the Apple of my Eye And I love you so and I want you to know That I'll always be right here And I love to sing sweet songs to you Because you are so dear
Marissa tiba2 datang cium pipi aku, kuat dan boleh tahan lama pulak tu, siap bunyi "muahhhh!!!". Kenapa? aku sendiri tak tahu kenapa. Tiba2 saja dia cium, tu yang tersentuh hati aku (Oooo so sweet!). Jarang dan sukar nak dapat ciuman daripada marissa sendiri. Kalau kita suruh dia cium dia buat saja, Tapi yang ini lain, dia sendiri yang nak cium tak payah kita suruh2 dia. Pelik? ntah pelik ke tidak, macam pelik sebabnya susah betul nak jelaskan. Hanya yang dah ada anak akan faham bila menghadapi situasi bergini.
Perasaan aku? memang seronok, gembira sangat dan amat2 terharu. Dia yang masih kecil pandai menghargai mommy nya. Sangat2 terharu..(serius terharu). Dia cium sambil melemparkan senyuman yang manis sekali. Kemudian dia baring dipangkuan aku. Kemudian dia tunjuk nak tuttt...Opsss pandai nyeee...ambik hati mommy dia then baru mintak tutttt....ahaks ahaks ahaks..tepuk amai2..
Marissa ku sayang..nakal!
Kisah malam semalam
Adui penat melayan karenah marissa sekarang ni. Sejak2 nak masuk 2 tahun ni bertambah-tambah nakal dia. Semalam(kul12 mlm) dia buat hal. Kitaorang tidur dia dok gasak main sorang2. Bila aku terjaga, abis peanut butter dia sapu kat dinding, kerusi,bakul..jenuh aku nak bersihkan semula. Aku tak marah dia, cool lah konon..sabar je. Bila tengok aku tak marah atau tegur dia, mula lah dia nak buat sekali lagi. Kali ni memang aku marah, habis kotor baju dia. Biasalah dia mula buat muka manja dia tu, sedih semacam. Aku buka peti ambik askrim dok makan bersama dia. Suka sangat dia. Lagi pun dah malam, tak elok bising2 menganggu jiran nak tidur je. Makan aiskrim? Eheh tu la pasal tansion kot, tu yang dok bedal. Malas nak pikir.
kisah siang semalam
Berebut pen dan kertas? bayangkan kitaorang berebut pen dan kertas. Agak kelakar? lawak ker? tak jugak, sebabnya memang waktu tu aku nak guna sangat, baru nak tulis dia rampas, dia nak tulis aku rampas..last2 aku mengalah. dia pujuk aku? siapa dia? Lor dengan anak kesayangan aku marissa lah ni. Aku bg kertas lain dia tak nak, dia nak yg aku pakai gak. Manalah tak hangin. Dia datang dekat, aku jauhkan diri, dia dtg pujuk lagi, aku merajuk lagi, last2 dia merajuk aku lak kena pujuk. Ehehehe pandai betul anak aku ni.
Sekarang ni tahun 2006. Dah pun masuk bulan October. Tinggal 2,3 bulan lagi nak masuk tahun 2007. Gedebak gedebuk cepatnya masa berlalu. Azam impian tak tercapai lagi. Sambung lah tahun depan. Doa-doakan tercapai jua akhirnya nanti. Biar lambat asal selamat. amin..
Bulan ni(OCT) Birthday MARISSA anak kesayangan aku yang paling nakal, manja, cerdik, rajin, garang, comel, berdikari, jujur dan amanah. Sebab memang kesemua ciri-ciri tersebut ada pada diri dia. Bukan nak riak atau cakap bohong memang ikhlas aku katakan sikap dia memang bergitu. Kebetulan Bithday dia kena bulan puasa. Sebab masa lahirkan dia pun dah nak masuk awal Ramadhan. Waktu tu belum puasa lagi lah, tapi aku lah tak puasa sebulan waktu tu sebabnya tengah berpantang.
Nampaknya sambut Birthday MARISSA sebelah malam lah ya. Sambil-sambil berbuka puasa sambil-sambil meraikan Birthday MARISSA yang ke-2 tahun. Tarikh lahir dia 111004. Lahir di hospital putrajaya, sebelah petang. Semua ni masih dalam perancangan insya'allah nak sambut birthday dia kat rumah saja, tapi kalau ayah dia ajak sambut kat luar okay juga. Kita hanya merancang tuhan yang menentukan. Biasa lah ayat ni.
Kek birthday?
Dok pikir lah ni. Nak belikan yang macam mana ya? Ingatkan nak beli ada tepek muka doraemon & sinchan kartun kegemaran MARISSA. Kena pilih salah satu daripadanya lah, takkan nak tepek dua-dua? dok pikir lagi. huhh malas nak fikir tunggu lah masanya akan tiba jua.
Hadiah?
Aku dah pun belikan dia hadiah. Sekarang(isnin 2 oct) hadiah tu dlm perjalanan ke rumah aku. Tengah tunggu abg posmen datang bwk hadiah MARISSA lah ni. Kalau tak hari ni tiba, esok insya'allah sampai lah tu. Aku belikan apa? Alamak nak bg tau macam tak surprise lah pula. Tapi bukan marissa boleh baca pun kat blog ni, kan? So aku ada gambarnya. Nak tepek kat sini ker tak ek. Eh siapa lah yang tak sabar ni? Uuhh ni hadiah marissa lah. Sabar la menanti, tinggal beberapa hari saja lagi. Aku bg hints sikit barang ni aku beli made in JAPAN, dr shbtku di sana. Tekalah kalau nak teka. Salah betul belakang kira. Dua-dua tak dapat hadiah! kah kah kah kah!! :D jangan marah nanti cepat tua.
Marissa in Kanji.
The kanji used to write your name mean:
ma=Truth ri=Reason sa=Tea
(You are a beautiful princess whose pure heart is committed to truth and reason, and whose presence is like the refreshing taste of green tea.)
Marina in Kanji.
The kanji used to write your name mean:
ma=Truth ri=Genius na=Asia
(You are a beautiful Asian princess with the mind of a genius and a deep understanding of truth.)
->klik here get your name in kanji

Take the 100 Acre Personality Quiz!
Tiba2 saja tergerak hati nak tahu siapa diri ini. Rupa2nya ini kah aku? Dengan menjawab beberapa soalan cepu emas kat situ korang akan tahu siapa diri korang sebenarnya. Not hundred % percaya saja suka2. Tapi best gak ada bender cam gini boleh meningkat lagi nilai2 murni dalam diri. Yerk! ihik aku kanga ka?
Wah lama dah aku tak tulis apa2 kat sini. Sebabnya tak ada apa yang nak dicoretkan. Ni pun justnak bercerita tentang anak kesayangan kami marissa@adek@baby ermm tu lah nama panggilan yang selalu kitaorang panggil. kalau sedara mara dia panggil rissa@issa. Padahal nama punya lah pendek, tapi nama panggilan byk lah pulak.
Marissa story!


Sekarang ni umur marissa 1tahun 11bulan. dia punya lah nakal semakin menjadi-jadi. Waduh tak tahan aku nak melayan dia, memang tersangat nakal. Penat sesangat sehari dengan dia di rumah, dengan karenahnya yang bermacam-macam ragam.
pagi aktiviti marissa
Celik je mata bangun dari tdo trus mintak air "num num" tu lah dia sebut setiap pagi..nak minum. Lagi satu di sebut "ayer ayer" air rupanya. Serapan pagi kegemaran dia telor rebus mesti 2 biji sekali dia makan..kekadang telor rebus separuh masak memang dia suka. lepas kenyang dia terus ambik buku kecik dia yg keras tu..dok membaca...a b c. Sambil tu tengok tv tak kiralah rancangan apa pun. tu lah rutin seharian dia sebelah pagi.
Bila ada muzik, iklan kompem ikut nyanyi, menari, meniru gaya. Yang bestnyer tk kira bahasa apa pun dia cuba ikut cakap. cth bhs korea cina india melayu jepun english...ishkk tak kiralah bahasa apa yg kuar kat kaca tv tu kompem dia tiru punya. Biasanya mommy n ayah dia lah jadi tukang gelak. Mana taknyer sambil tgk tv dia suka pegang cermin tv tu..suka sentuh apa yg ada dlm tv tu..kadang dia ulur tangan siap mintak "nak nak nak".
Marissa ni kalau dah bercakp memang petah..cuma still byk baby talk lah..bhs dia..hanya dia yg betol2 paham. kalau nak bukak ataupun nak tutup sesuatu dia suka ckp" kak rrr kak arrr" stail budak besor nyer gaya ckp...bukak arr..takpun "kak anggg".... Biasanya dia suka buka tutup lampu kat umah ni..takpun kipas nyer button.
Dia dah pandai melompat-lompat, benyanyi sakan tau, menari siap goleng2(cam citer industan lak), ketawa kuat, makan pun kuat sekarg..cuma berat nya jer kurang bertambah..maybe sekrg 11kg ada kot.
oklah to be continue......
Minat banget kat keychain sakura ni. comei jerk. kirim ngan member nak design dan colour ni. Alhamdulillah akhirnya dapat juga.

Bersih dan comot...
pandai dah guna handphone ayah dia..
masa ni tengah tengok
video.
Ni betol2 tengah comot..
sebok makan coklat tak ingat dunia.. abis satu botol dia keje kan..
waduh..marissa..tu kan nak sapu kat roti..
abis dah... huh siap pegang sudu dia tu..
dari ataass bawah..abis comot...
eeeeeeEe comotnya anak mommy... cayang dia! muah!