Hari ni sakit tekak, perit saja rasanya. Mood pun tak berapa baik. Dok terpikir nak masak apa, selera pun takder. Nasib baiklah ada mama mkrz leh bg idea. Mula2 igtkan nak ikut sebiji resepi hanieliza tapi terbuat lain lak sikit. Ni dia bihun sup yang dah siap masak tadi ni. Makan panas okaylah. Tumis bwg merah & putih, masukkan daging, kacau masukkan stok ayam,halia, kasi didih sikit air masukkan bihun, tauhu kering, fish ball, last sekali campakkan tomato, daun sup dan bwg goreng.
Hari ni sakit tekak, perit saja rasanya. Mood pun tak berapa baik. Dok terpikir nak masak apa, selera pun takder. Nasib baiklah ada mama mkrz leh bg idea. Mula2 igtkan nak ikut sebiji resepi hanieliza tapi terbuat lain lak sikit. Ni dia bihun sup yang dah siap masak tadi ni. Makan panas okaylah. Tumis bwg merah & putih, masukkan daging, kacau masukkan stok ayam,halia, kasi didih sikit air masukkan bihun, tauhu kering, fish ball, last sekali campakkan tomato, daun sup dan bwg goreng.
Marissa dah pandai m'gunakan mouse! sudah tau mengawal dan mengklik mana2 button. Bukan itu sahaja sekiranya ada ruangan untuk mengisi 'nama' dan 'password' dia akan menaipnya sembarangan. Malahan dia tahu di mana hendak mencari 'website kegemarannya'. Melalui 'favorites' dan klik 'folder marissa' yang terdapat banyak websites pendidikan, games dan sebagainya. Dia akan mengklik pada icon website yang dia sudah kenalinya terutamanya Barbie.com yang menpunyai diaries, games, radio dan banyak lagi kemudahan di situ.
Setelah dia masuk ke website tersebut dia tahu bagaimana untuk menggunakan website tersebut. Dia faham setiap fungsi pada icon dan button serta ruangan kosong yg perlu diisikan. Dia mudah mengenali objek tertentu contohya 'kasut', 'bilik', 'baju', 'seluar' dan byk lagilah. Ini adalah satu website kegemarannya, ada byk lagi yang biasa marissa terjah!. Kami anak beranak asyik berebut laptop sekarang ni. Marissa pandai memujuk sekiranya dia hendak menggunakan laptop. Ayat yang biasa dia gunakan "buka kakak nyanyi" sambil melentuk2 kan kepalanya. Itu hanyalah gimik dia. Setelah dia menguasai laptop jangan harap nak rampas daripada dia memang sukar sekali. Anak ini tersendiri pandai, dia meluangkan waktu melihat teknik ibubapanya menggunakan laptop. Biasanya dia akan mencuri2 guna laptop sekiranya kami tinggal sebentar untuk ke dapur dan melakukan aktiviti lain. Sekiranya dia tidak dapat apa yang dia inginkan, dengan serta-merta dia akan memberontak dan mengganggu sepanjang kita melayari internet.
Favorites marissa sekarang ni karipap. Biasala kalau beli kat gerai dia makan kulit jer, pasal isinya pedas. Kali ni mommy dia buatkan khas untuk dia tak pedas punya. Intinya letak kentang + danging + bwg + sedikit kari + daun sup + garam. Kulitnya dari tepung gandum + tepung bluekey + marjerin + castor + garam. Senang jer kan..cuma karipap ni ada bergelembung tu pasal tak puas hati lagi. Tapi memang oishii..try lah buat utk anak2 kecil. Resepi sebenarnya yang telah dikaji selidik dari mama mkrz macam2 ada. Nampaknya takat ni jer karipap kali ni, lepas ni stop dah, naik jemu dah. Hari2 makan karipap, layan kan si marissa lah ni.
Sejak akhir2 ni, kerap betul berendam dalam baldi. Ketawa riang sambil bermain air. Hati senang kelihatan sangat gembira. Mungkin mencari ketenangan diri untuk hilangkan 'stress'. Manalah tahu kalau anak kecil pun stress, ingat orang dewasa saja ke
Ntah kenapa tiba-tiba mengidam nak makan bubur kacang hijau. Kalau tambah durian lagi sedap. Buat dua versi, makan panas-panas dan jadikan aiskrim.Dulu rajin makan tak rajin membuatnya. Sekarang nak makan buat sendiri lah, boleh makan dengan family walaupun diorang tak berapa gemar. Alhamdulillah dah selamat makan minggu lepas.
Adakalanya terasa penat melayan teletah anak kecil yang sukar di kawal dengan kenakalannya yang kian menjadi-jadi. Semakin membesar semakin nakal. Pantas sepantas kilat, pantang leka atau lepa sikit ada saja yang dibuatnya. Tengok depan masih ada lagi, toleh kanan tengok semula sudah ghaip hilang sepantas kilat berlari ke pc atau sebagainya. Dinding umah jangan ceritalah habis diconteng. Terlonjak2 terlompat2 berlari2 sepahkan barang mainan sudah menjadi runtin harian. Suka menghadap depan tv yang tak jauh beberapa inci dari anak matanya. Ditegur tidak mahu dipedulikan, mata liar memandang sekadar memusingkan kepalanya, dan masih tetap berdiri gah dihadapan tv. Siapalah yang bertahan dengan sikap bergitu, ditegur berulang kali masih buat tak tau, nak juga dipujuk, dirayu dan dibelai baru lembut hati itu. Pantang terbuka pintu mulalah meluru berlari keluar, pakai selipar terus ke pagar. Seperti burung terlepas dari sangkar. Bernyanyi riang, menari sambil menghirup udara yang tak berapa segar melainkan di waktu pagi. Disuruh masuk tidak mahu, tetap bermain sendiri, datang 'hero' jiran sebelah menghulurkan tangan di celah pagar bersebelahan tepi rumah lalu bersalaman. Walaupun berlainan bangsa, warna dan bahasa tetap mesra. Tiada kata-kata terkeluar hanya diam seribu bahasa, isyarat menjadi penghubung kata. Itulah marissa anakku tercinta. ~Memandikan bayi dalam tempoh lima minit menggunakan Johnson’s Baby Bath.
~Mengurut lembut seluruh badan bayi selama sekurang-kurangnya dua minit menggunakan Johnson’s Baby Lotion.
~Melakukan aktiviti tanpa menimbulkan suasana bising seperti membaca buku cerita, memeluknya dengan lembut atau membelai.
~Kurang menunjukkan sikap angin/moody.
~Berinteraksi dengan baik.
~Belajar kemahiran bersosial secara positif.
~Meningkatkan kebolehan dalam mempelajari proses pembesaran ketika tidur.
~Membantu mengekalkan proses penerimaan maklumat dengan baik.
~Membesar dengan sihat.

~thanks Adek coz sudi nyanyikan lagu birthday utk mommy~
~LOve Adek & Ayah forever~
Inilah xtvt marissa di masa lapang. Ntah bila dia dok tangkap camera pun mommy dia tak tau. Pandai jer ambik camera tu, letak lah tinggi mana pun tau jer cara nak ambik. Agaknya mommy dia dok leka kat dapur memasak time tu. Pandai betul dia meluangkan masanya dengan berphotography..huhu anakku.. Semua ni memang hasil kerja dia sendiri, tiada bantuan dr sesiapa pun. Yang gambar muka dia sendiri tu pun dia tangkap sendiri maybe dia dok depan cermin time tu...
Paprik ni lauk semalam. Biasa nak makan beli jer. Sekali sekala masak kat umah sedap juga. Tu jagung rebus sapu skit marjerin sambil dok makan2 tengok movie 'shrek the third', ntah manalah ayah marissa dok download. Memang best! ehehehe
Cara masak paprik : Bwg merah, bwg putih, halia ditumis, masukkan cili boh skit. Kemudian campakkan ayam ( suka hatilahh kalau nak seafood or daging) , dan masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis. campakkan sayuran (daun limau purut,bunga kobis, lobak merah, jagung muda & kacang panjang,tomato), tambahkan sedikit air mengikut citarasa anda. Agak2 mendidih dan masak..sila angkat dan hidangkan yer!..makan ngan nasi panas2 pun sedap..ataupun nasi goreng..yum yum yum..
(Sumber*mesra.net)

bila mula2 dengar nama tu disebut. "shuek! shuek!" dia cuba mengulanginya, sampaikan nak terbelit lidah tu apabila dia cuba menyebutnya. Yang pastinya dia mula minat dengan shrek. Kebetulan malam bila tu tv3 ada siarkan cerita shrek yg pertama. Memang tak berganjak marissa menonton di depan tv, cuma sesekali dia belari untuk membasahkan tekaknya dengan air masak "gup gup gup" laju betul dia menenguk air tu, mungkin xmahu terlepas sambungan cerita shrek. Mommy & Ayah dia biasalah buat keje masing2, berapa kali mahu tengok lah..
Hari ni nak cuba tanam biji kacang panjang. Kebetulan beli kacang panjang hari tu gebu2 tengok, tu nak test tanam tu. Biji dia merah basar2 lak tu. Tak tau lah menjadi ke tidak. Sesiapa ada petua tolong2 kongsi ek!
Mula2 kenal takki ni masa tengok clip video "first love" utada hikaru tahun 1999. Lepastu tengok lakonan dia dalam cerita Majo no jouken 魔女の条件. Dok hangat bercinta dengan sensei dia sendiri. Time tu dia kawaii sangat budak2 lagikan. Sekarang ni muka keras skit tapi still kawaii gak lah. Ehehehe
Selit sikit pasal marissa ni peminat kecik si takki ni. Marissa gelar abg, hamboi2!!.. suka benar tepuk2 pipi guna kedua tangan dia ikut stail takki.. adehh adehh apa2 aje lah marissa ni..
Nak tengok Photo Takki dulu dan kini..











