pn-iena


Marissa sejak umurnya melepasi 2 tahun, dia mula menonjolkan sifat-sifat yang amat terserlah kedegilannya. Sifat dan kelakuannya yang nakal itu kadangkala menyebabkan kami sebagai ibubapa terasa tercabar dengan kesabaran yang sekian lama telah dibina. Namun kami masih lagi boleh berfikiran waras untuk mengambil tindakan yang sewajarnya atas perilaku seorang kanak-kanak yang masih dalam proses pembesaran.

Adakalanya pula marissa suka mengikuti apa sahaja gerak-geri yang dilakukan oleh ibubapanya, contohnya menyikat rambut, berbedak, bergincu di hadapan cermin. Dan suka bergaya sambil mengatakan perkataan yang sering disebutnya iaitu 'cantiknya'.

Sekarang ni dia kerap bermain di halaman rumah. Suka beramah mesra dengan kanan kiri jirannya yang sebaya berbangsa india, dan jiran melayunya yang lebih tua dari marissa. Kalau bab nak membuang pun dia dah pandai cakap, adakalanya dia melepaskan isi perutnya di toilet, namun adakalanya dlm drypersnya.

Tentang makanan pula pada mulanya sudah tidak ada masalah lagi, apabila dia senang untuk makan nasi dan sebagainya. Namun sejak 2-3 hari ni angin nafsu makan dia tiba-tiba berubah di tahap kritkal kerana hilang selera menjamah nasi atau bubur yang disediakn untuknya. Selama ni tak ada masalah timbul bab makan ni sebab dia sudah mula memakan makanan yg pedas seperti kari. Mungkin kerana batuk yang kadangkala menggangu kestabilan dirinya. Batuk yang dialaminya tidaklah serius, masih berada dlm kawalan lagi. Cuma dia kerap request kuih kegemarannya pau walaupun isi pau tersebut langsung tidak dijamahnya.
0 Responses