Bapa sepatutnya kena wujud suasana mesra supaya remaja tidak takut luahkan segala permasalahan
INTI PATI
Tanggungjawab bapa
Bapa perlu melindungi dan memelihara keimanan ahli keluarga supaya tidak hanyut dalam arus kehidupan bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.
Bapa patut wujudkan suasana mesra dengan anak sejak kecil lagi, bertanya khabar dan perkembangan anak supaya ruang perhubungan sentiasa terbuka antara anak dengan bapa.
Bapa yang prihatin akan sentiasa menjadikan pendidikan anak suatu keutamaan. Anak perlu didedahkan dengan contoh cemerlang seperti ulama dan orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Anak perlu didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama serta budaya memberi dan menjawab salam. Anak akan mengikut asuhan solat sebagai cara mengajar dirinya menghargai masa
Tanggungjawab bapa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, termasuk penghayatan agama, keibubapaan selari dengan peredaran zaman untuk memimpin keluarga mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Anak lelaki yang mendapat teladan baik daripada bapanya akan membesar menjadi lelaki berperibadi seimbang dan bakal menjadi suami yang baik serta mendoakan kedua ibu bapanya.
Penulis ialah Pegawai Penyelidik Pusat Syariah Undang-undang dan Sains Politik, Ikim
(sumber*Oleh Mastura Mohd Zain bhrian)
.jpg)
Semalam kami meluangkan masa berkunjung ke
Palace Of The Golden Horses Hotel. Tempat lokasinya ialah di
Seri Kembangan. Kami ke sana setelah mendapat undangan dari pihak hotel tersebut.
Keadaan di sana memang terpikau dan memukau, maklumlah tempat persingahan celebrities dan orang kenamaan. Letih dan sangat penat meronda satu kawasan hotel tu, boleh lah dikatakan melawat sambil berlajar. Untuk jadi membership boleh join
Palace Vacation Club byk tempat menarik untuk berholiday dan macam2 aktiviti disediakan.
Alkisah Marissa! Pertama ketika marissa duduk di atas kerusi tiba2 saja terjongkong ke bawah dengan keadaan kaki sebelah terangkat. Nasib baik takder apa2, cuma bahagian mulut ada calar merah sikit, mungkin terkena meja sewaktu kejadian tu berlaku.
.jpg)
Memang terkejut sebab tak menjangka akan berlaku macam tu. Cepat2 ayah dia angkat dukung pelok kuat2, tapi tiba2 marissa berlari ke arah pintu dan menjerit dengan sekuat hatinya. Sampaikan semua tetamu yang berada di situ terkejut besar. Dengan sepantas kilatnya terpaksalah bawa marissa pergi dari situ untuk menenangkan hatinya. Agaknya kenapa dia berperangai sedemikian? Hanya satu sebab iaitu 'malu'.
Kedua perkara serupa hampir terjadi apabila tiba2 salah seorang staff di situ menarik kerusi marissa yg sedang leka melukis sambil bersenggayut di meja dengan keadaan kakinya di tengah kerusi ketika itu. Dan membuatkan kakinya dihujung kerusi. Memang agak pelik dan kelakar, persoalan yang bermain di fikiran ketika tu, "kenapa tak nampak?"
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya sifat sombong sekalipun hanya seberat debu. Lalu seorang sahabat bertanya: “Sesungguhnya ada orang yang suka pakaian dan kasutnya cantik. Rasulullah SAW menjawab dengan sabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu indah dan suka kepada keindahan. Sombong itu adalah menolak yang hak dan menghina orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)
Firman Allah yang bermaksud: “Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” – (Surah Ibrahim, ayat 7)
(sumber oleh lokman ismail bharian)
Dinner marissa sabtu lepas nuggets, milo & potato. Tambahan seketul peha ayam (dr mmy). Tapau makan kat rumah. Memang berselera sekali dia makan.
Spontan saja salin resepi ni semasa tengok rancangan
"Mmm...Sedapnya Bersama Ayamas Cookshow" di tv3 petang tadi. Ikut olahan bahasa sendiri, maklumlah resepi yang disiarkan cepat sangat memang sukar nak salin. Sambil tengok Chef Wan masak, dok salin terus. Dengar macam chef wan sebut telur dadar

xtau lah kalau silap dengar eheh! maklumlah hamba cam biskut, kejap ada kejap tak ada. Tengok2 chef wan dok kacau2 telor tu time kat kuali. Lain sikit lah style dia buat. Dah terhidang memang nampak menyelerakan. Teruja nak buat ni.
>Telor Dadar<
Bahan: (a)
Minyak, Lada Merah (hiris), Bawang putih (hiris)
Sosej Black Paper (potong2), Isi Daging Ayam (cincang2)
White Paper (sikit), Kicap(renjis2 sikit), Sos Tiram (renjis2 sikit)
Bwg Merah (hiris bulat2), Daun Bawang, Daun Kucai
Bahan: (b)
Telur 4 biji (dipukul), White Paper (sikit), Kicap (renjis2 sikit)
~>Kemudian GaulkanBahan: (c)Tepung Ubi Kentang (cairkan) Garam (sikit)
Caranya: Tumis & Masak Bahan (a), Masukkan Bahan (b), Bahan (c), Kacau2 & biarkan dalam keadaan basah. Hidangkan.
ps: peringatan boleh semak semula resepi ni di laman web ayamas yer!

Pergi kedai mana pun kalau terjumpa
Jacobs Craks ni cepat saja tangan dia menyambar. Paling suka perasa
Cream Onion, memang sedap. Kebetulan kami seisi keluarga memang menyukainya. Dapat makan Jacobs Crack memang senyum memanjang lah nampak gayanya.

Sekarang ni kalau nak tidur mesti dia tarik leher ayah mommy dia serentak menggunakan kedua belah tangan. Dipeluknya dengan sekuat hati. Kami sekadar tersenyum saja. Marissa cuma kata
"sayang". Dapat lah ciuman free bertubi2, sukalah dia. Kadang2 tu sebelum melelapkan mata, marissa suka bercerita. Entahlah macam2 yang dia bebelkan, sambil mata terkebil2. Tangan siap angkat putar2 mundar mandir, macam2 gaya dibuatnya. Sesekali dia sergah! kami ni. Yang paling kecut bila dia tunjuk ke arah dinding sambil berkata
" tu tu tu..apa tu?" uikss tak ke cuak kami ni. Tiba2 marissa sambung kata
"kipas!!" fuh! lega hati kami, ingatkan nampak apa lah.
Basikal
Kerap berbasikal sekarang ni walaupun dalam rumah. Kaki ligat mengayuh, cuma masih tak sampai 360' setakat separuh kayuhan saja. Suka betul dengan basikal kesayangan dia ni. Nasib baiklah dapat nenek atok yang best!
Tak selera makan nasi
Tiba2 tak selera makan nasi. Biasa makan lauk saja. Kalau ayam goreng, kentang, sosej, sayur campur, daging burger tu makanlah. Kadang2 buatkan dia bubur nasi tu pun makan isi, nasinya kurang. Tak tahulah kenapa.
Nyaring suaranya
Suara marissa ni memang nyaring sangat kalau dia menjerit, boleh sakit telinga siapa mendengarnya berdesing. Penyanyi Ning Baizura boleh dijadikan idola ni tak pun Syafinaz guru vokal tu. Sesekali kedengaran di awal pagi dia bangun dari tidur dok memanggil2 mommy dia ni. Nasib baiklah dengan nada yang rendah, jadi dengar sayup2 saja.
Hari ni genap usia Marissa 2 tahun 9 bulan 1 minggu & 1 hari. Tak lama lagi bulan October 07 genaplah usia dia 3 tahun. Sungguh cepat masa berlalu. Rasanya baru semalam melahirkannya.

Malam tadi marissa tidur lewat sangat! Terpaksa layan mata bersamanya sambil menonton rancangan "Jangan Tidur lagi" di tv3, sampai larut malam. Apalagi terkinja2 marissa menari dan menyanyi. Rancangan tu boleh tahanlah kasi ceria sikit siapa yang dok stress tu, santai gila. Sebelum masuk tidur minum milo dulu, maklumlah 'nesvista' dia habis. Semalam nak keluar hujan pula, terpaksa tunda hari ni. Lepas solat barulah kami masuk tidur. Macam biasalah marissa dok membontot jer, dia sama ngikut solat. Baru nak lelapkan mata tiba-tiba terdengar suara berkata "mommy...sapu ubat!" kelihatan marissa menggosok2 perutnya. Apabila ditepuk perut tu berbunyi, sahlah kembung perut tu. Selesai sapu minyak baby, baru marissa tidur lena. Pagi sebelum solat subuh perut marissa meragam lagi, dok tolong sapukan minyak lagi. Nampaknya dia terus terlena sampai pg ni, ada tidur lagi tu. Tak tau lah pukul berapa bangun nanti.