Malam tadi kebetulan kami tidur lewat, termasuklah si kecik tu sekali. Masing2 ada aktiviti sendiri. Kebetulan baru saja nak terlena terdengar suara bercakap "cari handphone tak jumpa tadi" pastu dengar sambungan lagi "jumpa kat dlm bakul belakang basikal" tengok2 si ayah dok sengeh2. Terpaksa dia call berkali2 cari punca bunyi tu kat mana, akhirnya jumpa kat dlm bakul basikal marissa. Siapa punya kerja kalau tak si kecik ni. Tergelak gak sekejap, pastu teringat beberapa hari lepas pun ada terkena perkara yang sama. Dok puas cari handphone hambo ni tak jumpa. Try call gak dengar samar2 bunyi tu.. kebetulan bateri pun lemah, nasib baik nampak cahaya dr bakul basikal tu. Lepas ni kalau kehilangan brg kena check kat situ dulu. Macam2 khazanah dia simpan kat situ.