Semalam kami meluangkan masa berkunjung ke Palace Of The Golden Horses Hotel. Tempat lokasinya ialah di Seri Kembangan. Kami ke sana setelah mendapat undangan dari pihak hotel tersebut. Keadaan di sana memang terpikau dan memukau, maklumlah tempat persingahan celebrities dan orang kenamaan. Letih dan sangat penat meronda satu kawasan hotel tu, boleh lah dikatakan melawat sambil berlajar. Untuk jadi membership boleh join Palace Vacation Club byk tempat menarik untuk berholiday dan macam2 aktiviti disediakan. Alkisah Marissa! Pertama ketika marissa duduk di atas kerusi tiba2 saja terjongkong ke bawah dengan keadaan kaki sebelah terangkat. Nasib baik takder apa2, cuma bahagian mulut ada calar merah sikit, mungkin terkena meja sewaktu kejadian tu berlaku. Memang terkejut sebab tak menjangka akan berlaku macam tu. Cepat2 ayah dia angkat dukung pelok kuat2, tapi tiba2 marissa berlari ke arah pintu dan menjerit dengan sekuat hatinya. Sampaikan semua tetamu yang berada di situ terkejut besar. Dengan sepantas kilatnya terpaksalah bawa marissa pergi dari situ untuk menenangkan hatinya. Agaknya kenapa dia berperangai sedemikian? Hanya satu sebab iaitu 'malu'.
Kedua perkara serupa hampir terjadi apabila tiba2 salah seorang staff di situ menarik kerusi marissa yg sedang leka melukis sambil bersenggayut di meja dengan keadaan kakinya di tengah kerusi ketika itu. Dan membuatkan kakinya dihujung kerusi. Memang agak pelik dan kelakar, persoalan yang bermain di fikiran ketika tu, "kenapa tak nampak?"