Pergi kedai mana pun kalau terjumpa Jacobs Craks ni cepat saja tangan dia menyambar. Paling suka perasa Cream Onion, memang sedap. Kebetulan kami seisi keluarga memang menyukainya. Dapat makan Jacobs Crack memang senyum memanjang lah nampak gayanya. Sekarang ni kalau nak tidur mesti dia tarik leher ayah mommy dia serentak menggunakan kedua belah tangan. Dipeluknya dengan sekuat hati. Kami sekadar tersenyum saja. Marissa cuma kata "sayang". Dapat lah ciuman free bertubi2, sukalah dia. Kadang2 tu sebelum melelapkan mata, marissa suka bercerita. Entahlah macam2 yang dia bebelkan, sambil mata terkebil2. Tangan siap angkat putar2 mundar mandir, macam2 gaya dibuatnya. Sesekali dia sergah! kami ni. Yang paling kecut bila dia tunjuk ke arah dinding sambil berkata " tu tu tu..apa tu?" uikss tak ke cuak kami ni. Tiba2 marissa sambung kata "kipas!!" fuh! lega hati kami, ingatkan nampak apa lah.
Basikal
Kerap berbasikal sekarang ni walaupun dalam rumah. Kaki ligat mengayuh, cuma masih tak sampai 360' setakat separuh kayuhan saja. Suka betul dengan basikal kesayangan dia ni. Nasib baiklah dapat nenek atok yang best!
Tak selera makan nasi
Tiba2 tak selera makan nasi. Biasa makan lauk saja. Kalau ayam goreng, kentang, sosej, sayur campur, daging burger tu makanlah. Kadang2 buatkan dia bubur nasi tu pun makan isi, nasinya kurang. Tak tahulah kenapa.
Nyaring suaranya
Suara marissa ni memang nyaring sangat kalau dia menjerit, boleh sakit telinga siapa mendengarnya berdesing. Penyanyi Ning Baizura boleh dijadikan idola ni tak pun Syafinaz guru vokal tu. Sesekali kedengaran di awal pagi dia bangun dari tidur dok memanggil2 mommy dia ni. Nasib baiklah dengan nada yang rendah, jadi dengar sayup2 saja.