pn-iena
Unik lak tengok pic ni Gurauan dari seorang ayah pada anaknya. Semasa nak snap gambar ni, si ayah dengan tiba2 buat camtu. Terkejut gak masa tu tiba2 jer mencelah!

pn-iena
pn-iena

Nak try buat ayam bakar yg simple ni. Bahannyer halia + bwg putih + sos tiram (ayam) + kicap manis +lada hitam tu saja. Tapi kalau ikut resepi ezah kena tambah kan lagi kunyit + garam + gula/gula melaka yer!. Caranya lumurkan semua bahan tu pada ayam (perap) dan bakar. ehh serai jangan lupa letaknya. Gara2 tengok k.ita masakkan untuk anak angkat omputih dia lah ni..ehehehe
pn-iena

pn-iena

Sukanya marissa balik kg kali ni dapat hadiah dari atok & nenek sebuah basikal purple gitu. Kerap mengayuh, tapi tak sampai 360' lah. Baru nak berjinak2 lah katakan. Memang terkejut marissa bila buka pintu bilik tidur terpampang basikal dengan penuh jajan, air kotak dibakulnya. Kiki & kiko new pet kat rumah tu, apalagi marissa dengan xder rasa gelinya telah memicit perut hamters tu dengan mukanya yg geram banget. Kesiannya hamters tu tak pasal2 jadi sasaran . Selain tu aktiviti marissa ialah berkaraoke dan menonton spiderman.
pn-iena

Makin cantik Danga Bay ni. Tapi kenapa pengunjung kurang? Nak naik keretapi tu pun tak boleh sebab kena cukupkan 10 org baru boleh bergerak, minah kaunter bg tau, sabar jer lah. Jenuh lah nak tunggu. Apa-apa aje ler. Setiap kali balik JB mesti singgah sini, udara pun segar. Memang best sambil perkena bakso RM5 mahalnya
pn-iena
Nak hantar marissa masuk Kem PLKN Desaru ni tak cukup umur so kena reject. Eheh takder lah saja melawat cousin hubby kijo situ.
Sambil2 tu tak lepaskan peluang beradu di tepi pantai dengan ombak yang besar berdentum2, rasa nak bermandi manda jer, tapi apakandaya silap2 pelatih2 dok teropong free lah pulak. 2 jam nak sampai tempat ni punya lah jauh.

Tempat istirehat pun disediakan, lengkap penghawa dingin, tv, katil, bilik air pun ada memang best! pasal ni bilik tuan besaq. Bilik rehat biasa takder tv, lain2 ada. Lepas merasa makanan tengahari pelatih2 situ baru ku tau, lagi sedap lauk di rumah eheh. Pastu kami pun balik ke hotel sri mutiara, jenuh tu 2 jam lagi. Betul ke 2 jam pasal pergi balik sempat dok membuta, terasa memang jauh..
pn-iena
pn-iena
Hari ni sakit tekak, perit saja rasanya. Mood pun tak berapa baik. Dok terpikir nak masak apa, selera pun takder. Nasib baiklah ada mama mkrz leh bg idea. Mula2 igtkan nak ikut sebiji resepi hanieliza tapi terbuat lain lak sikit. Ni dia bihun sup yang dah siap masak tadi ni. Makan panas okaylah. Tumis bwg merah & putih, masukkan daging, kacau masukkan stok ayam,halia, kasi didih sikit air masukkan bihun, tauhu kering, fish ball, last sekali campakkan tomato, daun sup dan bwg goreng.

Siap jer masak bihun sup tu, terus masukkan dlm mangkuk hidangkan untuk marissa dulu. Dia paling suka makan tauhu keringnya.
pn-iena

Tinggal sikit saja nak habis vitamin marissa ni. 2 biji sehari jer makan. Kena belikan lagi ni.
pn-iena
Marissa dah pandai m'gunakan mouse! sudah tau mengawal dan mengklik mana2 button. Bukan itu sahaja sekiranya ada ruangan untuk mengisi 'nama' dan 'password' dia akan menaipnya sembarangan. Malahan dia tahu di mana hendak mencari 'website kegemarannya'. Melalui 'favorites' dan klik 'folder marissa' yang terdapat banyak websites pendidikan, games dan sebagainya. Dia akan mengklik pada icon website yang dia sudah kenalinya terutamanya Barbie.com yang menpunyai diaries, games, radio dan banyak lagi kemudahan di situ. Setelah dia masuk ke website tersebut dia tahu bagaimana untuk menggunakan website tersebut. Dia faham setiap fungsi pada icon dan button serta ruangan kosong yg perlu diisikan. Dia mudah mengenali objek tertentu contohya 'kasut', 'bilik', 'baju', 'seluar' dan byk lagilah. Ini adalah satu website kegemarannya, ada byk lagi yang biasa marissa terjah!. Kami anak beranak asyik berebut laptop sekarang ni. Marissa pandai memujuk sekiranya dia hendak menggunakan laptop. Ayat yang biasa dia gunakan "buka kakak nyanyi" sambil melentuk2 kan kepalanya. Itu hanyalah gimik dia. Setelah dia menguasai laptop jangan harap nak rampas daripada dia memang sukar sekali. Anak ini tersendiri pandai, dia meluangkan waktu melihat teknik ibubapanya menggunakan laptop. Biasanya dia akan mencuri2 guna laptop sekiranya kami tinggal sebentar untuk ke dapur dan melakukan aktiviti lain. Sekiranya dia tidak dapat apa yang dia inginkan, dengan serta-merta dia akan memberontak dan mengganggu sepanjang kita melayari internet.
pn-iena
pn-iena
Favorites marissa sekarang ni karipap. Biasala kalau beli kat gerai dia makan kulit jer, pasal isinya pedas. Kali ni mommy dia buatkan khas untuk dia tak pedas punya. Intinya letak kentang + danging + bwg + sedikit kari + daun sup + garam. Kulitnya dari tepung gandum + tepung bluekey + marjerin + castor + garam. Senang jer kan..cuma karipap ni ada bergelembung tu pasal tak puas hati lagi. Tapi memang oishii..try lah buat utk anak2 kecil. Resepi sebenarnya yang telah dikaji selidik dari mama mkrz macam2 ada. Nampaknya takat ni jer karipap kali ni, lepas ni stop dah, naik jemu dah. Hari2 makan karipap, layan kan si marissa lah ni.
pn-iena


Aksi2 menarik sedang makan larut malam pukul 1pg. Sebelum masuk tidur siap minum air masak sebanyak2 nyer. Lepas tu gosok2 dada takleh sedawa. Terpaksalah ajar dia buat2 sedawa..gosok2 dada dan belakang dia..last2 sedawa gak. Baring semula pejam mata, bangun semula..ayat yang terpancul dr mulut marissa "mommy.." senyum simpul sambil sambung kata "laparrr". Arkk lapar? tu yang makan malam2 buta tu... adehh..nasib lah dek, nasi ngan telor mata kerbau jer lah..
pn-iena
Sejak akhir2 ni, kerap betul berendam dalam baldi. Ketawa riang sambil bermain air. Hati senang kelihatan sangat gembira. Mungkin mencari ketenangan diri untuk hilangkan 'stress'. Manalah tahu kalau anak kecil pun stress, ingat orang dewasa saja ke . Ataupun ilham datang tanpa diundang, tiba2 terpikir nak berendam. Mana dia dapat idea tu semua. Ambil baldi isi air duduk dalam tu?
Kebetulan beberapa hari lepas kami terima 'notis gangguan bekalan air' dari pukul 9:30am-4:30pm. Mungkin nampak mommy dia dok punggah baldi isi air penuh-penuh. Dapat idea dari situ la kot. Yelah kita harus bersiap sedia, bak kata perpatah 'sediakan payung sebelum hujan'. Manalah tahu kalau gangguan tu berpanjangan. Selepas saja selenggaraan sesalur tu air nampak merah, kotor betul. Terpaksa tutup semula 'stopcock' Guna air tangki saja sementara menuggu air tu kembali bersih.
pn-iena
Ntah kenapa tiba-tiba mengidam nak makan bubur kacang hijau. Kalau tambah durian lagi sedap. Buat dua versi, makan panas-panas dan jadikan aiskrim.
Dulu rajin makan tak rajin membuatnya. Sekarang nak makan buat sendiri lah, boleh makan dengan family walaupun diorang tak berapa gemar. Alhamdulillah dah selamat makan minggu lepas.
pn-iena
Adakalanya terasa penat melayan teletah anak kecil yang sukar di kawal dengan kenakalannya yang kian menjadi-jadi. Semakin membesar semakin nakal. Pantas sepantas kilat, pantang leka atau lepa sikit ada saja yang dibuatnya. Tengok depan masih ada lagi, toleh kanan tengok semula sudah ghaip hilang sepantas kilat berlari ke pc atau sebagainya. Dinding umah jangan ceritalah habis diconteng. Terlonjak2 terlompat2 berlari2 sepahkan barang mainan sudah menjadi runtin harian. Suka menghadap depan tv yang tak jauh beberapa inci dari anak matanya. Ditegur tidak mahu dipedulikan, mata liar memandang sekadar memusingkan kepalanya, dan masih tetap berdiri gah dihadapan tv. Siapalah yang bertahan dengan sikap bergitu, ditegur berulang kali masih buat tak tau, nak juga dipujuk, dirayu dan dibelai baru lembut hati itu. Pantang terbuka pintu mulalah meluru berlari keluar, pakai selipar terus ke pagar. Seperti burung terlepas dari sangkar. Bernyanyi riang, menari sambil menghirup udara yang tak berapa segar melainkan di waktu pagi. Disuruh masuk tidak mahu, tetap bermain sendiri, datang 'hero' jiran sebelah menghulurkan tangan di celah pagar bersebelahan tepi rumah lalu bersalaman. Walaupun berlainan bangsa, warna dan bahasa tetap mesra. Tiada kata-kata terkeluar hanya diam seribu bahasa, isyarat menjadi penghubung kata. Itulah marissa anakku tercinta.
pn-iena
Kanak-kanak boleh hadapi tekanan jika alami masalah lena tak menentu
FAKTA:
Tiga langkah menggalakkan bayi tidur lena:
~Memandikan bayi dalam tempoh lima minit menggunakan Johnson’s Baby Bath.
~Mengurut lembut seluruh badan bayi selama sekurang-kurangnya dua minit menggunakan Johnson’s Baby Lotion.
~Melakukan aktiviti tanpa menimbulkan suasana bising seperti membaca buku cerita, memeluknya dengan lembut atau membelai.
Kesan fizikal dan emosi yang dapat dilihat ialah:
~Kurang menunjukkan sikap angin/moody.
~Berinteraksi dengan baik.
~Belajar kemahiran bersosial secara positif.
~Meningkatkan kebolehan dalam mempelajari proses pembesaran ketika tidur.
~Membantu mengekalkan proses penerimaan maklumat dengan baik.
~Membesar dengan sihat.
(*sumber:bharian.com)
pn-iena

Ayah..
U r the best!
HaPpY FaTher'S DaY!!

~with love Adek & Mommy~

Iklan feberet hubby & Marissa.. Gatsby-Takuya Kimura.. Tak tahan gelak tang rambut tu lah.. selamba gaban jer... Biasa kuar iklan ni time tengok 'drama engine' di 8tv

pn-iena
Chesee kek blueberry..
Terima kasih kerana sudi menjadi santapan kami sekeluarga
Kelazatan tidak terkata sehingga menjilat jari
Alangkah bahagianya kami sekeluarga
King's yang melahirkan chesee kek blueberry terima kasih byk
Tanpa chesee kek blueberry hambarlah sambutan birthday ini


Lilin terima kasih kerana sudi menyinari hidup ini
Cahaya lilin menerangkan lagi azam hidup ini hati ini
Maaf pada 3 btg lilin hanya kamu yg ku nyalakan api
Hanya 3 permintaanku kali ini, moga tercapai hendakknya
Sekadar mewakili dan tiada niat tersirat menyurat ataupun mengurat
sebagai kekuatan untuk menggapai impian yg semakin menjadi realiti


Strawberry kecil2 cili padi
hamboi apasal ko masam sekali
merah segar bugar cantik berseri
rupa2nya rasamu macam tu sekali >0<


Jemput makan pada yang menziarahi 'Pena Mata Bulat' ku ini
Hanya sekadar tatapan gambar dapat ku hidangkan
Sila2 lah jamu mata
Agak2 terliur beli lah sendiri :P
Sampai bilapun kek tetap menjadi penyeri
Cuci mulut untuk kemanisan diri
Riang girang kami memotong kek bersama
Masih tergiang2 di telinga ini
gelak tawa kami sekeluarga
ini juga penyeri hidup gundah gulana :)


Terima kasih pada teman2 sahabat handai rakan taulan kenal kenalan cyber semua (terutamanya di forum2 dan ym)
Keluarga besaq keciq walau di mana jua berada
Terima kasih banyak kerana sudi memberi ucapan sempena birthday ini
Tiada terkata dengan ucapan2 drmu semua..
Hanya ucapan terima kasih berjutaan terima kasih ku hulurkan pada anda semua!


~thanks Adek coz sudi nyanyikan lagu birthday utk mommy~
~LOve Adek & Ayah forever~