pn-iena
Semasa 'Sambutan Hari Bapa' hari tu, kitaorang anak-beranak pergi meraikannya di KFC Giant kinrara.. Ayah yang belikan toy untuk budak2 tu.. suka betul marissa fadli. Yang best kat situ ialah tempat zon permainan. Meriah sangat2 kat situ. Lagi pun area zon pemainan semua boleh main free... melainkan tempat game.. berkereta dan sebagainya. Itulah antara aksi2 marissa Fadli. Oleh kerana keletihan balik lewat malam semua terus terbongkang. Keesokan pagi harinya diorang dok berkubang main air kat luar rumah. Boleh tengok gambar 'masa untuk bercomot' di entry satu lagi ehehehe...

Ada tragedi terjadi pada fadli.. leh mommy ayah tak perasan.. sebab masa tu tengok fadli teruja sangat2.. kita lak sibuk merakam. Bila tengok ulang tayang rupa-rupanya dia dok melompat tu pasal mulut kena kepala kuda laut tu.. Tiba-tiba sahaja Fadli menangis! Sila saksikan di video tersebut... kelam kabut dijadikannya, mulut fadli luka sikit so kuar darah.. lepas tu senyap. Baby boy lah katakan.. Hehehe sihat dah kuat! Alahi cian anak mommy..





ps: Cerita hampir basi pasal baru jer upload gambr dari N73.. tu pasal sekali nak tepek berlepuk lepuk!.. muahahhaa layan kan saja lah ya!

pn-iena

Inilah masanya aktiviti2 harian untuk adik beradik ni bercomotan..ehehhe macam2 gelagat boleh tengok melalui gambar yg di snap oleh mommy. Bolehlah buat kenangan aktiviti masa kecik2 ni kan.. esok2 dah besar boleh tayang semula kat marissa fadli. Bermain air, basikal di halaman rumah. Marissa dengan aksi2 manjanya pink colour gitu. Fadli yang bersedia menyikatkan rambut kakaknya sambil berborak2 melihat keindahan luar yg tak berapa indah. Makan roti buatan mommy yang tidak berapa gebus..ehhehe yummy lah juga. Biskut kanan kiri di tangan fadli. Marissa yg berbedak bak tepung gomak, namun dianggapnya ayu sekali.. dan fadli yg bersemangat menikmati nestumnya, walaupun hakikatnya lebih suka makan nasi..ahahaha.. gitulah lebih kurang ek! oklah dah Ketandusan idea nak berceloteh.. layan jer lah gambr2 ni..

pn-iena



Hoyeee!! terima lagi 'One Lovely Blog Award' from amida Dubai. Thanks ya! amida.. sangat2 suka..sangat cantik! pantun dua kerat "bangun pagi-pagi, yeaa dapat award lagi.."


Okies nak tujukan award ni kepada anda kenalan2 baru blog terbest!:

pn-iena
Hari ni sebelah petang hujan, tapi tak lebat pun. Cuma guruh je yang berdemtum-dentum kuat. Sejuk sikit cuaca macam ni. Yelah tengahari panas terik. Pokok-pokok pun kelihatan subur.. best tengok anak2 pokok pisang semakin membesar. Pokok limau purut baru nak segar. Kalau tak layu jer daun dia, serai pun ok subur merimbun, halia kunyit ok hidup juga. Tadi ni baru saja tanam kesum.. tak tau lah hidup ke tak tu. Semua tu tanam kat belakang rumah ni yg tak sampai sekangkang kera pun.
Pokok ubi lama dah cabut..hahaha dapatlah ubi yg kurus2 tak gebus langsung.. tapi boleh lah merasa juga. Yang paling best pokok mata kucing makin subur.. kalau lah berbuah alangkah bahgianya...hehehe tak sabar nak memetik, apa tak nya semai dr biji jadi pokok dah ni. Bukan pokok besar..tapi dah mula nak membesarlah ehehehe..
Eh! apa kaitannya gambr di atas dengan cerita ceriti ni? Saja jer nak tunjuk sama tak lukisan orang lidi tu dengan yg marissa lukis? Marissa memang suka melukis dr kecik lagi.. ni antara hasil2 ilham dia. Maklumlah belum sekolah tadika lagi. Pepandai sendiri dia melukis.. =)
Kalau kat rumah ni mulut marissa lah paling meriah, riuh rendah. Bila dia takda mulalah rasa sunyi. Nakal pun yer juga. Pandai betul menjawab kalau ditanya. Kadang2 dia pula yang kenakan kita semula siap cakap " pikir dulu..pikir dulu sebelum buat! paham?" sambil tunjuk2 kepala dia. " Hah! marissa tanya ni dengar tak? paham tak?" Amboi2 lawan tokei nampak. Adik dia lah selalu jadi mangsa.. terpinga2 si fadli tu bila kakak dia ckp macam tu.
Fadli ni pulak dah pandai panjat sana sini. Siap tarik kerusi kalau nak panjat meja ke nak buka almari laci habis dia punggah barang keluar. Fadli ni pun minat dengan komputer, kadang2 kita tengah leka guna tiba2 saja ada kat belakang kita dok peluk2. Tak pun dia heret tolak kerusi semata-mata nak guna tekan keyboard dan tekan mouse ni. Pandai pula tiru gaya cara nak guna tu. Kadang2 memang biarkan fadli bersama marissa guna komputer online study. Macam2 website marissa buka. Game pun ada. Yang penting semua tu kita dah save kat folder marissa, so tahu lah dia pilih mana nak buka. Fadli kan kalau dengar lagu2 kat tv..suka hentak2 kan kaki dia..comel betul tengok...ahahhaa setakat remote tv astro pun tau tekan dah..
pn-iena
Rajin betul "News @ ER!C" ngantar Email berita sensasi terkini pasal eric ni.. Kalau siapa2 berminat boleh lah terjah ke sana. Iklan free kat blog ni. Kalau dapat diskaun best ni.. ekekekek belum habak kat hubby kot2 dia berkenan boleh gak terjah sana...


pn-iena
The rules:

1•Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.
Amida@fida ni member cyber pernah jumpa semasa gathering WNC di Palace Of The Golden Horses. Dulu dok Korea, sekarang dok Dubai. Mempunyai sepasang pemata hati. Sangat2 terer memasak boleh tgk kat blog dia. Moderator WNC juga hehehe

2• Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies.
Sila jenguk link sini :

3• Pick your ten (10) most deserving receipients and describe them.

4• Leave a comment on the receipients’ blog to tell them they’ve been tagged.

5• Paste the award badge in your sidebar.
pn-iena
NAMA-NAMA TIMANGAN ANDA:
Full name Marina.. makcik2 ada panggil ‘yang’(sayang) boleh tersama lak dengan si dia... xpun 'kak iena'. Time student dulu nama orentasi ‘minah’ sabar jer lah…nak kena senior2 ni..tapi ada gak panggil ‘maria mariana’ pepandai je kan. Time bersalinkan budak2 tu nurse panggil ‘puan’ ahahah tu jadi pn-iena…Eh berapa byk nama timang timangan daaaa..
ANDA SEORANG YANG :
Manja sangat2..ops! kantoi.. anak sulong tapi manja ngalahkan adik beradik, jeles diorang tu…Di sah kan oleh hubby sendiri selalu ckap “mommy ni manja lah…"Muahahha.. tapi tegas pada anak2.. suka pada kesenian juga
INSAN TERISTIMEWA?? DESCRIBE APA YANG MEMBUATKAN DIA TERLALU ISTIMEWA DIMATA ANDA
Nenek sebelah mak dari kecik melekat ngan dia..nenek seorang yg penyayang.. hubby anak2 istimewa sangat2 melengkapkan perjalanan kehidupan ini
LAGU KESUKAAN ANDA:
Dari dulu sampai sekarang…'First Love by Utada Hikaru’ nak tau ker ada ler…muahhaaha… tambah satu lagi lagu ‘Lelaki Ini by Anuar Zain…’ sebab ada ler muahahaha
MAKANAN KESUKAAN ANDA??
Segala masakan berkaitan Masak lemak cili api…perh…xkisah lah ketam, udang, ayam dan daging,..memang suka!
WARNA KESUKAAN ANDA :
merah, putih
SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS:
Bila ada yg mungkir janji..mmg stress betul…
TIGA BENDA YANG MESTI ADA DALAM BEG ANDA:
Benda penting! pampers,botol susu bby fadli punya..ahahah wajib ada…mentang2 beg gedabak..sabar jer ler.. N73 penting tu…
KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS DAN KENAPA??
biarlah rahsia… ahaks ahaks
TAG 6 RAKAN ANDA:
serah pada kengkawan yg rajin jawab tag…sila-sila…
pn-iena

Lukisan yang diwarnakan oleh Marissa secara online

Menduduki tempat ke-3 Category
A ( 3-5 tahun ) dalam pertandingan mewarna kanak2 secara online di forum wanita niaga

Marissa sangat teruja sewaktu menerima hadiah. Tak sabar nak membukanya. Malahan si fadli pun teruja sama. Kesian tengok fadli menanti kakak buka sampul hadiah dan bungkusan dengan sabar. Lepas tu lunyai sampul dan bungkusan tu dikerjakannya. Macam lepas geram pula. Sejak dari hari marissa tahu dia mendapat tempat ke-3 dlm pertandingan tu, hari2 tanpa jemu marissa menanti pak posman hantar surat. Mesti tanya "surat marissa ada tak? hah hadiah buku ada tak?" marissa bertanya dengan penuh perasaan. Apa yag perlu dibuat hanyalah menjelaskan kedudukan sebenar yang hadiah tu lambat lagi sampai atas sebab2 tertentu. Barulah marissa diam tanda mengerti untuk seketika. Esok lusa tulat minggu2 seterusnya dia akan terus bertanya selagi tidak menerima hadiahnya. Syukur akhirnya terima juga hadiah dan sijil tu. Gembira sangat tengok marissa.

pn-iena
Petang2 hari minggu ada masa lapang kebiasaannya ajak anak2 main kat taman permainan kawasan perumahan sini. Belakang rumah saja taman permainan ni. Kadang2 tu lalu jalan belakang rumah. Lagi dekat,mengambil masa dlm 5 minit berjalan lenggang kangkung sampai lah. Kalau budak2 ni naik basikal biasanya marissa sampai dulu. Tapi Fadli lebih suka berjalan kaki, senang dia nak berlari sakan. Biasalah ayah tukang layan anak2 dia bermain. Mommy diorang layan buaian, dok hayun laju2 sampai pokok sena! wah!!boleh gitu? Walaupun diorang leka bermaian bila nampak kita berbuaian sibuk semua berlari ke situ juga. Hahha kuat aura mommy. Ayah tukang tolak pula. Eh! Fadli kan pandai bergelungsur tau! tak takut langsung. Gelungsur ikut rentak dia sahaja. Bimbang lah takut terjadi apa2 kan, tu kena kawal sikit. Kalau dah lepas naik atas tempat bermain tu lagilah. Terjerit2 dok memanggil nama fadli, seram takut jatuh! Kakak ada tapi 2 x 5 juga, kadang2 dia yang menangis. Memang membuas lah budak2 bermain kat sini, kanak2 lain tak ramai bertandang. Mungkin pergi ikut ibubapa shopping atau berkelah tempat lain. Kebanyakan kat sini orang tua2 selalu dok melepak petang2 hirup udara segar. Tak ada berapa segar pun sebab msih ada buat projek fasa baru perumahan ni. Belum siap maybe dlm tahun ni mereka2 bakal penghuni situ dpt kunci rumah. Tak lama lagi meriah lah taman ni. Yelah ni taman baru, so sunyi lagi. Tapi yang best kat sini semua jiran kita kenal. Cina india pun bedal sekali, bagus betul semua tak sombong, beramah mesra sepanjang masa. Ini namanya bangsa bersatu! chehwah! Bila lah nak start joging, tempat dah ada mals lah pula ehehe..
pn-iena
Syukur Alhamdulillah.. Dapat meraikan hari kelahiran bersama insan2 tersayang. Kepulangan Ayah dari tempat kerja bukan tangan kosong, malahan membawa kek dan kfc. Maka anak-beranak bersantap dengan meriah sekali. Sambutan biasa saja seperti tahun2 yg lalu. Cuma Tak kesampaian tak ada rezeki nak menyambutnya di Cameron Highland. Dah booking awal tapi tak sangka disebabkan cuti sekolah maka tempat tu penuh lah. Lagipun feedback lambat sangat dah dekat tarikh baru diorang bagi tahu. Niat diorang untuk menunggu sekiranya ada yang membatalkan booking. Tapi tak apa, ada rezeki nanti ganti balik insya'allah untuk holiday. Walaubagaimana pun hati tetap happy.. sebab ada keluarga tercinta bersama sepanjang menjalani kehidupan ini. Doakan kebahgiaan kami sekeluarga. Terima kasih bagi anda rakan2 di sana yg sudi mengucapkan 'happy birthday to me' dan mendoakan yang baik2.. semoga kalian semua jua akan bahgia dan ceria selalu hendaknya.








Semuanya tinggal kenangan.. booking Cameron Highland?





ps: Tiada lagi 15 june 2009 yang boleh dilalui...ianya telah pun berlalu..
pn-iena
Fuh! Sekarang ni keadaan cuaca nak menentu. Tidur malam pun gelisah, tengok anak-anak tergolek-golek kepanasan. Buka kipas seligat yang boleh. Aircond? Tak ada, entah bila nak pasang. Rasa macam bersauna setiap malam, ok juga lah boleh mengeluarkan peluh-peluh tepu tak tepu tu kan. Jimat kos bersauna. Bila keadaan cuaca yang panas macam tu mulalah minum air masak sebanyak yg boleh. Nasib baik 'marissa fadli' kuat minum air masak. Setiap kali terjaga malam wajib minum segelas. Kalau sepuluh kali terjaga? 10 kali lah minum air tu. Siang hari pun cari air masak juga budak-budak ni.

Oleh kerana keadaan cuaca yang berjerebu, panas dan kadang-kadang hujan. Akhirnya 'Ayah' jatuh sakit aka demam, batuk dan selsema. Dah 2 malam tak berdinner, tak lalu nak makan sakit tekak semua. Tidur awal rehatkan diri. Ubat-ubatan ambil di klinik tempat kerja. Doktor siap bagi tahu dah ramai kena selsema sekarang ni kira tengah musim lah. Dalam keadaan macam ni antibodi kena kuat, kalau tidak mudah lah berjangkit. Harap budak-budak ni kuat dan sihat. Diri sendiri pun dah terasa tak sedap badan, tu yang cepat2 telan penadol.

Layan lagu zaman kanak-kanak....

Anak Itik Tok Wi,
Mandi Di Dalam Kolam,
Sakit Apa Tok Wi,
Sakit sendi Tulang,
Ubat Apa Tok Wi,
Ubat Limau Lelam,
Sakit Apa Tok Wi,
Sakit Sengal Tulang..!!
********************
Enjit-Enjit Semut,
Siapa Sakit Naik Atas,
Enjit-Enjit Semut,
Siapa Sakit Naik Atas,
Pisang Emas Dibawa Belayar,
Masak Sebiji Di Atas Peti,
Hutang Emas Boleh Dibayar,
Hutang Budi DiBawa Mati,
Enjit-Enjit Semut,
Siapa Sakit Naik Atas,
Enjit-Enjit Semut,
Siapa Sakit Naik Atassssss!!.....

Suka betul Marissa Fadli dengar lagu ni hahahhaha....
pn-iena
Gambar baru lepas kuar dari melawat cousin bersalin bby girl. Sangat2 comel, cuma tangan dan kaki agak mengecut dan kulitnya kasar. Mungkin disebabkan atas kelewatan bersalin selama 10 hari. Erk! agak2 ada kaitan ke? Ada amik kenangan gambar bby kat PDA hubby, so lambat lah nak masuk blog. Si marissa pulak tak sabar nak berposing2 depan hospital ni. Sabar jer lah tengok gelagat dia. Fadli tak moh pakai kasut, kepanasan agaknya. Tambahan letih berjalan sakan.
Dalam perjalanan pulang ke rumah selepas melawat cousin bersalin di hospital kajang tu terus singgah ke Putrajaya. Niat di hati nak meronda2 di 'Alamanda' tapi apakan daya budak2 tertido keletihan dalam kereta. Masing2 terlena dengan aman. Berhenti sebentar melihat keindahan tasik dan masjid. Syukur dapat tengok dari jauh pun jadilah. Turun bergilir2 dengan hubby.. ahahha tu sempat amik gambar. Tengah syok2 menghirup udara segar tiba2 sekumpulan mat bangla lalu.. terus tersumbat hidungku.. ehhehehe.. apa lagi blah balik lah. Mulanya nak singgah masjid putrajaya untuk solat asar tapi tiada rezeki.. insya'allah lain kali..


ps: Ni cerita weekend 2 minggu lepas yang lalu.. ehehhee layan..
pn-iena

Sunway Lagoon- Just tengok permandangan dari atas sahaja

Area tempat permainan kanak2 melepak bergame dan sebagainya

Sunway Pyramid ice- Bersedia menunggu permain-main berskating... Marissa & Fadli yang paling seronok. Marissa merajok tak dapat main.

Senario Fadli berkejaran berjalan sakan- Terpaksa pimpin tangan. Kalau tengok senario di gambar ni paham2 jer ler.. budak2 tak kenal pun fadli leh join berlari, sabar jer lerr.. Kalau boleh setiap kedai dia jelajahinya..

Fadli 1 years old - Waduh! fadli ni kalau kasi peluang berjalan sendiri macam ni lah jadinya. Kita penat terkejar-kejar dia sana ke mari... tengok sendiri kat video ni lah puas hati..

pn-iena

Gambar terkini Marissa bergaya dengan rambut barunya yang pendek. Dia nampak manis dan ayu sekali heheh...


Fadli pula bersama hadiah pemberian nenek sebuah basikal cute dan toy dari mommy.. Kek birhday simple sahaja..fadli teruja nak potong kek, kakak pun join sekali. Kenangan gambar 16 april yang lalu sambut birthday fadli genap 1 thn



Pemberian hadiah dari ayah ialah "set Buku Disney Magic English" berkongsi hadiah dengan kakak dia untuk bulan oct nanti

pn-iena
Kalaulah kita buka isi text dalam tu sesuatu yang membawa tuah! Alangkah indahnya hidup ini. Tuah yang bagaimana? Mungkin yang kita inginkan selama ini termakbul. Impian menjadi kenyataan. Alangkah bertuahnya hidup ini jika kita sentiasa dilimpahi dengan tuah. Dulu terpikir juga nak namakan anak lelaki 'tuah' macam 'hang tuah' bukan 'hang jebat!' nanti jadi lain pula ceritanya. Tapi kalau kita senang2 mendapat tuah, mungkin manusia akan menjadi malas untuk berusaha mendapatkan tuah. Tuah boleh di cari? Mestilah boleh, kerja rajin2 kalau bertuah bos kasi up gaji. Kerja rajin2 insya'allah dapat bonus 3 kali ganda setiap tahun. Wah! sungguh bertuah! isteri2 juga tumpang tuah, yummy! leh shopping menghilangkan stress! Boleh lah pi holidays bersama family.


Kalau diri ini bertuah mungkin akan mendapat kejutan dari yang tersayang. Kejutan semasa ulangtahun kelahiran yang bakal menjelma pertengahan bulan june ini. Alangkah bertuah kalau dapat merehatkan diri disuatu tempat yang indah. Buat masa ini itu saja yang terfikir. Kalau bertuah lagi dapatlah hadiah tambahan. Kalau bertuah lagi, eheh boleh tambah anak lagi... chewah!! ikut suka saja. Yang penting diri ini amat bertuah mempunyai sebuah 'keluarga bahagia'. Atas berkat doa kedua orang tua agar anak2 mereka kekal bahagia dunia dan akhirat. Dan segala rahmat yang dilimpahkan oleh yang maha esa.
pn-iena
krrr..krrr.. tu cara nak panggil ayam , nak bagi makan. Seronokkan dapat bermain dengan anak2 ayam yang comel loteh tu. Zaman kanak2 dulu puas pegang ayam..kejar ayam tangkap ayam untuk disembelih pun yer! ahaha memang seronoklah zaman kanak2. Kalau setakat anak kucing siap boleh buat macam anak patung siap berbalut dengan kain selimut. Meow! Meowww.. anak kucing tu kena dera ke terseksa agaknya? Hahah! rimaslah kan kita dodoi2 macam tu. Siap buat buai tu, sah! lemas kucing2 tu. Bila pikir2 Semula, ruginya anak2 aku tak dapat merasa suasana kampung macam tu. Balik kg JB pun dah kira kawasan taman perumahan, bukan nya suasana kg pun. Kalau balik KB pun sama juga, eh! tak sama pernah tengok kambing merayap kat bandar, pernah tgk lembu2 byk gila, pernah tengok monyet memetik buah kelapa, pernah tengok lembu kena korban. Cuma tak dapat sentuh ler.


Marissa memang takut dengan kucing.. kalau nak pun tengok dari jauh, dekat2 mahunya melalak. Lagi satu lipas... dia mmg fobia dengan lipas sejak dr kecik, berlari sakan bila kena kejar lipas.. ahaha! lipas tu sebenaranya nak cari jalan keluar, kebetulan marissa depan dia mmg ler bertebung.. Setakat ni bby Fadli tak takut dengan binatang apapun..semua dia main pegang, maunya kena cekik binatang2 tu dikerjakan fadli...Heheheh


Macam mana nak semai kasih? semai kecintaan antara keluarga, antara suami isteri serta antara ibubapa anak2. Seringkali kita terleka adakah cukup benar kasih sayang yang dicurahkan kepada insan2 yang hampir dengan kita. Seringkali kita mengabaikan kasih sayang yang sentiasa mengejar kita. Bila ada kes2 gosip dunia hiburan tentang kerentakan rumahtangga hati ini memberontak ingin mengatahui kisah2 selanjutnya tentang pengakhiran kisah mereka. Sebagai seorang isteri, sesungguhnya kalau disebut pasal bermadu minta amat dijauhi. Walaupun ianya sah dlm islam yg lelaki boleh berkahwin lebih dari satu. Relakah kita bermadu kasih? Sedangkan setelah bertahun2 lamanya kita berdampingan dengannya secara sendirian. Orang yang jahil atau yang berpedoman iman teguh pun juga boleh terlalai dengan kasih sayang dari insan2 luar. Insan2 luar yang digelar orang ke-tiga dalam mengganggu kerharmonian sesebuah kekeluargaan tu. Murni sungguh ke niat tu bila meruntuhkan mahligai orang? Semata-mata untuk bina mahligai sendiri atas dasar pentingkan diri sendiri? Paling benci! dengan makhluk yang tidak berhati perut macam tu. Bila Allah bg akal tu guna lah sebaik mungkin, bila Allah bg otak tu fikir baik buruknya, bila Allah bg mata tu lihat dengan jelasnya, bila Allah bg telinga dengar dengan baik, bila Allah bg mulut tu jgn celupar.. kang ada yg kena cili kang!...


Ada juga yang redha dan pasrah kerana menganggap ianya sudah ditakdirkan. Seperti mana kita selalu dengar " jodoh dan pertemuan ditangan tuhan" tapi tidakkah kita boleh menjauhkan dr melakukan perkara yang boleh sama2 menyakitkan hati kaum hawa sendiri? Tidak bolehkah kita berikhtiar agar tidak terjadi perkara itu. Tapi bila kita dah tawar hati 'perkataan minta dilepaskan akan berlaku' salah siapa? Yang penting kita sama2 jaga keharmonian keluarga kita sebaik mungkin. Insya'allah jodoh kita akan berkekalan hingga akhir hayat.. dunia dan akhirat..
pn-iena
1-copy babge"2009 CUTE'S BLOGGER AWARD"untuk letakkan di blog anda.

2-Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda?
Ros & Yan yang sekarang menetap di bumi matahari terbit, sakura, yuki (salji), doremon, hagemaru.. Ros di Tokyo & Yan di Hikarigaoka, Jepun. Paling best! masuk blog diorang ni penuh dengan masakan yang enak2! yummy!! memang terkenal dengan kerajinan memasak. Cerita -ceriti kehidupan family dan anak2 yang kawai (cute miut) Lagi.. husband Ros senior hubby semasa di UM dulu before masing2 study ke Jepun. Husband Yan Orang Jepun fuiYooO.. tak caya tanya sendiri lah..

3-Setiap blogger mesti menyatakan beberapa fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di tag).

fakta & hobi:
Sila semak sini Tag: From Ros Tokyo Japan Cheh! boleh gitu boleh lah lebih kurang jer...Melukis, memblog, berholidays, berkaitan komputer, IT , searching internet.. Mentang2 lah budak IT Cheh! Novel (suka pinjam jer! beli jarang2), cium anak2 bertalu2 "sedapnya sedut pipi fadli.. ehehehe marissa tu pipi keras sedut jugak lah.. "

4-Anda perlu memilih 6 award seterusnya dan menyatakan pada mereka diblog anda....'The blogger Award Friendship goes to':
Kepada anda2 Nama2 yg pernah disebut2 sampai tersedak utk menerima awards2 yg lalu & yg sentiasa menjengguk blog dan sudi memberi komen serba sedikit serta sudi meninggalkan jejak di chat box... Sila lah yer...
pn-iena
Petang ni hujan selebat-lebatnya. Entah kenapa rasa malas mula menular keseluruh jiwa. Tak pula teringin untuk tidur. Bahkan semakin rancak melayari internet. Nasib baik tiada guruh atau petir kalau tidak memang kena offkan broadband ni. Hah! sesekali terjeling juga ke jendela ala2 slading tu. Sudah dibuka seluas-seluasnya segar sekali menghirup udara yang segar, angin masuk melalui jendela,ah!terasa aman sekali.

Sesekali memandang dua beradik si kakak dan adik sibuk bermain di atas sofa. Amboi berpelukan bergurauan, si kakak buat adik macam teady bear sabar sajalah melihat gelagat mereka. Ah! aku pula asyik melayan YM kengkawan yg sudi berborak sekali sekala. Sambil2 tu singgah blog2 kenalan manalah tau ada info2 terkini.

Hujan membuatkan aku terkenangkan kampung halaman jauh nun di sana. Teringat dulu2 bermandi-manda hujan. Memang tak takut demam. Sesekali kaki terpijak cacing yang gebus, huh!geli geliman rasanya. Namun hati tiba2 berubah bila melihat anak2 ikan berenangan,hati semakin riang dan girang. Terdengar jeritan!arwah nenek suruh masuk ke rumah. risau kalau cucu2 nya demam. Ah! semua tu tinggal kenangan.

Kisah anak2ku. Fadli kini semakin membesar sihat. 16 april lalu genap setahun umurnya. Sekarang ni semakin nakal, jatuh bangun sendiri, menangis diam sendiri, sungguh berdikari. Ahah! sekarang sudah pandai bersalaman, siap cium tangan lagi, habis basah tangan orang. Apa yang dilihat akan diikutnya sungguh cekap sekali. Biasanya dia suka meniru gaya kakaknya, sampaikan ngadap cermin dan bersikat pun tiru sekali. Kalau menari, goyang ponggong tepuk tangan dengan rancak sekali. Lagilah bila si kakak rajin melayan, semakin rancak lagi.

Naik basikal? Fadli memang dah pandai naik basikal. Basikal hadiah hari jadinya yg ke-1thn daripada nenek jb. Basikal tu sungguh comel macam tuan diri juga. Gambar2 tu ada tersimpan dlm n73 ni. Nantilah tunggu kerajinan diri baru masukan all gambar yang tersimpan tu. Kalau naik basikal panjat dr belakang baru duduk ke depan. Kalau mengayuh tu pakai kaki saja, dah macam kartun apa tu yg naik kereta pakai kaki jer. Siapa tahu sila angkat keyboard! terima kasih.

Bab Makan. Baby fadli ni bg sahaja apa makanan memang dia berselera saja. Sekarang ni dah mula makan nasi, lauk pauk macm kakak dia. Apa kakak dia makan dia pun makan. Gula2 yg lembut tu pun dia bedal. Memang kena latih gosok gigi takut rosak gigi tu. Rempenyek pun dia makan..ahahha mommy dia yg bg boleh gitu?. Manja tau si fadli ni kalau nak tidur kena cium bau mommy dia..lepas baring2 maka terlelaplah mata tu. Cuma time ada rancangan raja lawak dan Akademi Fantasia kebiasaannya fadli akan terlelap sendiri. Tahniah! pada Hafiz af7 juara AF musim ni. Tahniah juga pada Aril, sebabnya kami sekeluarga meminati mereka berdua. Hehe diary dan konsert tak pernah ketinggalan mmg sentiasa mengikuti perkembangan. Weh! dah lari tajuk ni.

Marissa? Ok pasal marissa pula. Dah berangan teramat nak pi sekolah tadika. Hari2 ckp nak pi sekolah. Tahun ni 11 oct genap lah umurnya 5thn. Bukan tak nak hantar sekolah tadika biar cukup rehat. Senang sikit nak pi holidays. Tapi tahun depan mmg akan hantar dia tadika lah. Ayah budak2 ni kata nak belikan mommy kereta.. betul ke? kalau dah alang-alang nak belikan tu dapat honda jazz jadi ler, ngidam dah lama ni.. hahahaa sure ayah bebel lepas ni.. dah bg betis nak peha.. kang ada kena baham! Bukan apa senang nak hantar marissa tadika ulang alik.

Marissa nyanyi lagu jepun? Yer betul lagu2 kartun kat astro yg jepun2 tu semua dia hafal, dia boleh nyanyi sama tu. Marissa memang minat kartun2 jepun dr kecik lagi. dulu doremon, atashinci, ni pula ninja lah utraman lah! hagemaru lah.. huh! macam2 lah lagi byk sgt kartun astro ni, naik pening kepala asyik berebut tukar channel ngan marissa ni. Lagu english yg pernah dengar marissa nyanyi 'high school musical' tu jer.. opss! terpaksa stop fadli merengek nak nenen dah ni... daaa
pn-iena





Bestfriend hubby semasa training di Germany selama 3 month. Baru saja balik Malaysia. Kalau tak hubby sampai juga ke sana, memandang kan wife dia tak kasi.. eheheh terpaksa membatalkan niat dia. Bukan apa lama sangat tu dok sana. Boleh jadi gila meroyan kena tinggal lama2. Tak percaya tanya faizal dok teringat anak & wife dia setiap masa. Tapi wife dia doktor so busy tak kisah sangat lah, kalau yg housewife ni apa kes... hahh.. sendiri mau ingat lah.. keh keh keh.. Yang penting hubby still keje company jepun.. tak payah gatal2 nak tukar company german lak.. ekonomi gawat ni..

ps: zal aku letak pic germany ko kat sini ek... jangan marah..
pn-iena

1. When was your engagement?

Jap! selak album checking tarikh Ahah! 21hb june 2003, sepatutnya '15 june' ikut my birthday tapi ada sebab2 tertentu yg tak dapat dielakkan maka relakan hati saja

2.When is your marriage anniversary?

Ada 2 tarikh sebabnya 6 Dec 2003 nikah & 7 Dec 2003 sanding

3.How long have you known your spouse?

Lebih kurang 3 tahun lebih lah..

4. How long did you date before you got engaged?

Susahnya nak jawab! cerita sikit lah yer. Kisah antara dua benua ni. Masa tu masing2 tengah study. Pertengahan Tahun 1999 berkenalan melalui chatting, terus beremail dan berutusan surat sampai 2001. Pada tahun 2000 tu dah declare pun. Dalam tempoh berkawan tak pernah bersua muka. Tukar2 gambr jer. First time jumpa pertengahan tahun 2001 setelah si dia grad dari Nagaouka University of Technology, Japan. Kasi peluang dia bekerja dulu pastu tahun 2003 kitaorang melangsungkan majlis pertunangan dan perkahwinan lah.. habis cerita semua ahaha

5. Where did you meet your spouse?

Chatting.. meh habak kat alamak.com pastu baru sambung mirc pastu tukar ym.. hik hik hik

6. Do you have any children?

Sepasang dah sekarang ni.. Marissa (5 thn) Muhammad Fadli (1 thn)

7. Do you have any pets?

Takde

8. Do you own or rent?

Baru saja pindah umah sendiri

9. Do you live in the country, city/town?

Selangor, Malaysia

10. What is your favorite activity you do together?

Banyaklah jugak antaranya Travelling, Ronda2 dalam kereta honda ascot

11. Do you have a favorite vacation spot?

Pernah tgk cerita duyung, pelakon maya karin ngan apek..hah kat situ lah..

12. How many siblings do you have including in-laws?

Belah kita 6 orang adik beradik, belah hubby 2 orang adik beradik = 8 orang semua sekali

13. What mosque do you attend?

Semua masjid ada keistimewaaanya.. Kalau boleh nak jejak kesemuanya round in the world

15. What town is your current address?

Taman Putra impiana, puchong, selangor.

16. Do you work or stay home?

housewife & business online secara kecil-kecilan

17. Where did you go for your honeymoon?

Genting Higland

18. Leave a piece of marriage advice

Happy family, ceria, bawa berbincang dlm segala hal dan yang penting kena ada persefahaman diantara satu sama lain serta bertolak ansur. Terima kebaikan dan keburukan pasangan anda seadanya.. Ayat power "kentut time bencinta wangi, dah kawen bushukk" ahahaha

19. Nak tag sapa yer..sesepe jelah yang sudi jawab tag ni..hihi, sila-sila jangan malu-malu

k dah terkena tag pun..yg lain apa lagi silalah jugak

pn-iena
Semalam gatal tangan gunting rambut si marissa sendiri. Rambut tu dah panjang sangat rasa tak terurus tengok dia, memandangkan dia suka melepaskan rambutnya dari diikat. Dah bermacam2 cara ikat rambut tu tapi akhirnya akan berakhir dengan rambut yang mengerbang. "Sangat2 menyeramkan.. menanah tengok.." eh! dah macam ala-ala sarimah pulak. Akhirnya ambil tindakan yang pantas lalu mencatas rambut marissa sampai area bahu dia. Hahaha cara pemotongan yang sangat2 tidak professional tarik and cut.. Rambut depan siap potong pendek lagi ala-ala ada jambul ayu lah konon.. Marissa suka sikat ketepi jambul tu, dah macam anak dara.. boleh tengok cth gambr tu hehehe. Marissa siap tanya " Eh! Mommy gunting rambut tak sakit kan..? Erk! sakit?
Nantilah ada masa snap picture dia yang nampak semakin manis dan ayu, comel sangat2. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa tak bawak ke saloon? Bukan tak nak bawa masalahnya masa tu takda. Asyik terbuat benda lain jer pun kalau sampai weekend.
Tapi bila pikir2 jimat dah kos gunting rambut ni..ahahaha boleh design rambut marissa sendiri..OOo mentang2 rambut budak kecik sedap jer gunting2..hehe menjadi apa.. cuma sekali buat boleh ler dua kali buat hancuss! Marissa punya teruja sampai saja ayah depan pintu rumah terus cakap " ayah mommy gunting rambut marissa cantik tak?" Erk! cuak ni cuak.. Ayah jawab " Ahah lawa..." siap jeling-jeling mommy.. huhuh nasib baik ayah kata ok.. takder lah pendek sangat. Tapikan bila mommy minta izin gunting rambut yg panjang sangat dah ni, ayah kata "Botak terus lagi bagus!.." Maka hambo tergelak dengan gagap.. he he ha ha ha lawaknya.. igt mawi ke apa? hu hu ha ha
pn-iena

-Marissa & Fadli Semasa Majlis Akad Nikah-


-Gambar Marissa & Fadli Semasa Majlis Persandingan-




-Kami Anak Beranak, Kak Long Sekeluarga, Paksu Ya & Maksu Za Sekeluaga,
Kak Za Sekeluarga, Mak Da & Pak Da Sekeluarga Dan Pasangan Pengantin Outdoor Picture-




-Prof.Hassan & Kak Ha Sekeluarga, Mek Ayu Sekeluarga,
Keluarga Pihak Perempuan Dan Keluarga pihak Lelaki-






-Antara Hantaran Dari Kedua Pihak-


Gambar di Majlis Perkahwinan SIL pada mac lalu. Bersama sebahagian sanak saudara yang hadir dalam majlis persandingan. Yang bergaya sakan si cilik Marissa & Fadli. Semua pictures by Sham Abd. professional photographer


pn-iena



Terima kad dari amida.. Terima kasih... Suka sangat2 cute!.. ' Selamat Hari Ibu' Ucapan khas Untuk Mak yang melahirkanku Dan Umi Yang sudi manjadi Ibu mertuaku.. Moga kalian dipanjangkan umur dan sihat sejahtera.. amin. Tidak lupa untuk anda semua ibu2 Dan yg bakal menjadi ibu..

Sambil2 itu mari kita ramai2 renungkan sejenak ungkapan kata2 di bawah ini sebagai peringatan kepada kita semua..

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak

Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......

Tapi kalau mak sudah tiada....... ...
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibusegera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan olehsiibu.
Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

pn-iena
Prang!!! terbabom!! Adoi!..berdessup kena baling batu ke kayu ke kerusi ke melayang ke kepala..berderai otak rasanya. Tak pasal2 kena balingan percuma. Apa masalah perempuan ni nak baling2 aku ni. Punya lah baik selama ni. Nak curi pakaian dlm aku nak dibomohkan? hampeh nya perempuan. Yang jeles sangat dengan suami aku ni apasal? ko siapa? Perempuan tu isteri laki aku? Haiyak! ni siapa kawen siapa ni...aku ke dia ke laki aku ke laki dia ni? aku pening buntu2 otak ni tak leh nak berfikir.
Arggh..! sah sah! perempuan tu isteri laki aku. Tapi dlm kes ni bila masa pula aku kawen dengan laki aku ni.. Ni semua perasaan sahaja. Aku yang berkhayal. Aku ni kekasih suami dia. Rupanya aku ni kekasih sejati laki dia. Cuma mak bapak dia dah jodohkan dia dengan perempuan tu. Apa motif aku dlm rumah tu. Siapa jemput aku ni? Tiba2 aku ada dlm rumah tu pelik betul. Anak kecik tu anak siapa? lor anak diorang.. tak suka tak suka ada gak anak sorang.
Kekasih aku tu sayang betul dekat aku. Di manja2 kan di belai2! hampeh! dah ada bini nak layan aku lak. Ni semua kes cemburu! DessssZzupppp! weii napa aku mimpi macm ni...kan ke muka tu muka laki aku sekrang ni.. Mimpi mimpi..apasal ngan ko ni mmpi apa aku mimpi ni.... sakit nya balingan maut tu...terasa sampai sekrang ni...berdesing telinga.... psstt perempuan tu tak lawa pun lawa aku lagi....kehekeh ekeh e....yelah nak sedap kan hati jer....
pn-iena

Sekarang ni bukan setakat musim tapi demam awards.. ehehe thanks amida dok bertandang blog dia terima award pulak.. ni buat semangat berkobar2 nak menaip selalu kat blog ni... Tapi apakan daya tak menyempat nak berpena..
Okaylah cam biasa mana yg tak tertulis nama lagi tu sila ambil awards ni yer...kot2 nak mngumpul ker kan...mana tau dah jadi hobby..eheheh
pn-iena

Hai hai...Nampaknya terima awards kali kedua ni. Wah! user's friendly and Best info awards tu.. seronoknya! thanks bebanyak kat zura. Rajin pula buat award ehhehe..

Meh!nak kongsi awards ni kat semua kengkawan yg lalu lalang, yg tinggal msg di box 'chit chat' yang skodeng2 jer tu.. Terimalah Award ni dengan seadanya...harap semua happy!!


List nama diantaranya:


  • Labanon
  • Klynn
  • sara
  • kmaya
  • sal
  • feza
  • pea
  • amida
  • & kengkawan yg sentiasa melawat blog ini walau di mana jua berada..
pn-iena


Jeng jeng jeng...!



Sila Ambil award yer tahniahh!!!


Terma & Syarat Untuk Penerima Award Ini.

  • Letakkan logo award ini di blog anda.
  • Anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
  • Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui “backlink” dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda
  • Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
  • Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.

pn-iena



Terkejut dan tersangat sukanya bila first time menerima Anugerah Award dari sal. Tiba-tiba saja muncul di kotak 'chit chat' dikehendaki mengambil arward. Persoalan yang terpancul dengan spontannya " what?! ambil Award?" berkerut dahi bila membacanya. Cheh!! terkejutlah kononnya. Ahah! Almaklumlah tak pernah terima Award2 ni lagi. So dengannya bangganya ingin mengucapkan ribuan terima kasih ke atas tuan badan sal aka admin salbeautyhealth. Okay akan difikirkan siapakah yg bertuah akan berkongsi award ini nanti.. tunggu yer!..
pn-iena



Wahh lama lah xberupdate kat blog sini.. Sejak tukar tamplate ni macam best saja nak menaip. Hahha berkobar-kobar nak menaip walaupun tak ada nak cerita pun. Itu Gambar terbaru kami sekeluarga.. Hehe daaaa.. jumpa lagi..