krrr..krrr.. tu cara nak panggil ayam , nak bagi makan. Seronokkan dapat bermain dengan anak2 ayam yang comel loteh tu. Zaman kanak2 dulu puas pegang ayam..
kejar ayam tangkap ayam untuk disembelih pun yer! ahaha memang seronoklah zaman kanak2. Kalau setakat anak kucing siap boleh buat macam anak patung siap berbalut dengan kain selimut. Meow! Meowww.. anak kucing tu kena dera ke terseksa agaknya? Hahah! rimaslah kan kita dodoi2 macam tu. Siap buat buai tu, sah! lemas kucing2 tu. Bila pikir2 Semula, ruginya anak2 aku tak dapat merasa suasana kampung macam tu. Balik kg JB pun dah kira kawasan taman perumahan, bukan nya suasana kg pun. Kalau balik KB pun sama juga, eh! tak sama pernah tengok kambing merayap kat bandar, pernah tgk lembu2 byk gila, pernah tengok monyet memetik buah kelapa, pernah tengok lembu kena korban. Cuma tak dapat sentuh ler.

Marissa memang takut dengan kucing.. kalau nak pun tengok dari jauh, dekat2 mahunya melalak. Lagi satu lipas... dia mmg fobia dengan lipas sejak dr kecik, berlari sakan bila kena kejar lipas.. ahaha! lipas tu sebenaranya nak cari jalan keluar, kebetulan marissa depan dia mmg ler bertebung.. Setakat ni bby Fadli tak takut dengan binatang apapun..semua dia main pegang, maunya kena cekik binatang2 tu dikerjakan fadli...Heheheh
Macam mana nak semai kasih? semai kecintaan antara keluarga, antara suami isteri serta antara ibubapa anak2. Seringkali kita terleka adakah cukup benar kasih sayang yang dicurahkan kepada insan2 yang hampir dengan kita.

Ada juga yang redha dan pasrah kerana menganggap ianya sudah ditakdirkan. Seperti mana kita selalu dengar " jodoh dan pertemuan ditangan tuhan" tapi tidakkah kita boleh menjauhkan dr melakukan perkara yang boleh sama2 menyakitkan hati kaum hawa sendiri? Tidak bolehkah kita berikhtiar agar tidak terjadi perkara itu. Tapi bila kita dah tawar hati 'perkataan minta dilepaskan akan berlaku' salah siapa? Yang penting kita sama2 jaga keharmonian keluarga kita sebaik mungkin. Insya'allah jodoh kita akan berkekalan hingga akhir hayat.. dunia dan akhirat..
kasih syg tu infiniti
bagi banyak mana pon
xkan kurang
yup! sokong..
cuma kasih sayang juga boleh beralih arah..