pn-iena
Petang2 hari minggu ada masa lapang kebiasaannya ajak anak2 main kat taman permainan kawasan perumahan sini. Belakang rumah saja taman permainan ni. Kadang2 tu lalu jalan belakang rumah. Lagi dekat,mengambil masa dlm 5 minit berjalan lenggang kangkung sampai lah. Kalau budak2 ni naik basikal biasanya marissa sampai dulu. Tapi Fadli lebih suka berjalan kaki, senang dia nak berlari sakan. Biasalah ayah tukang layan anak2 dia bermain. Mommy diorang layan buaian, dok hayun laju2 sampai pokok sena! wah!!boleh gitu? Walaupun diorang leka bermaian bila nampak kita berbuaian sibuk semua berlari ke situ juga. Hahha kuat aura mommy. Ayah tukang tolak pula. Eh! Fadli kan pandai bergelungsur tau! tak takut langsung. Gelungsur ikut rentak dia sahaja. Bimbang lah takut terjadi apa2 kan, tu kena kawal sikit. Kalau dah lepas naik atas tempat bermain tu lagilah. Terjerit2 dok memanggil nama fadli, seram takut jatuh! Kakak ada tapi 2 x 5 juga, kadang2 dia yang menangis. Memang membuas lah budak2 bermain kat sini, kanak2 lain tak ramai bertandang. Mungkin pergi ikut ibubapa shopping atau berkelah tempat lain. Kebanyakan kat sini orang tua2 selalu dok melepak petang2 hirup udara segar. Tak ada berapa segar pun sebab msih ada buat projek fasa baru perumahan ni. Belum siap maybe dlm tahun ni mereka2 bakal penghuni situ dpt kunci rumah. Tak lama lagi meriah lah taman ni. Yelah ni taman baru, so sunyi lagi. Tapi yang best kat sini semua jiran kita kenal. Cina india pun bedal sekali, bagus betul semua tak sombong, beramah mesra sepanjang masa. Ini namanya bangsa bersatu! chehwah! Bila lah nak start joging, tempat dah ada mals lah pula ehehe..
2 Responses
  1. Says:

    lama nyer tak lepak kat taman permainan....huhuhu....


  2. pn-iena Says:

    yanie...apa lai meh dtg umah leh lepak kat tmn permainan,..hehehe