pn-iena
Fuh! Sekarang ni keadaan cuaca nak menentu. Tidur malam pun gelisah, tengok anak-anak tergolek-golek kepanasan. Buka kipas seligat yang boleh. Aircond? Tak ada, entah bila nak pasang. Rasa macam bersauna setiap malam, ok juga lah boleh mengeluarkan peluh-peluh tepu tak tepu tu kan. Jimat kos bersauna. Bila keadaan cuaca yang panas macam tu mulalah minum air masak sebanyak yg boleh. Nasib baik 'marissa fadli' kuat minum air masak. Setiap kali terjaga malam wajib minum segelas. Kalau sepuluh kali terjaga? 10 kali lah minum air tu. Siang hari pun cari air masak juga budak-budak ni.

Oleh kerana keadaan cuaca yang berjerebu, panas dan kadang-kadang hujan. Akhirnya 'Ayah' jatuh sakit aka demam, batuk dan selsema. Dah 2 malam tak berdinner, tak lalu nak makan sakit tekak semua. Tidur awal rehatkan diri. Ubat-ubatan ambil di klinik tempat kerja. Doktor siap bagi tahu dah ramai kena selsema sekarang ni kira tengah musim lah. Dalam keadaan macam ni antibodi kena kuat, kalau tidak mudah lah berjangkit. Harap budak-budak ni kuat dan sihat. Diri sendiri pun dah terasa tak sedap badan, tu yang cepat2 telan penadol.

Layan lagu zaman kanak-kanak....

Anak Itik Tok Wi,
Mandi Di Dalam Kolam,
Sakit Apa Tok Wi,
Sakit sendi Tulang,
Ubat Apa Tok Wi,
Ubat Limau Lelam,
Sakit Apa Tok Wi,
Sakit Sengal Tulang..!!
********************
Enjit-Enjit Semut,
Siapa Sakit Naik Atas,
Enjit-Enjit Semut,
Siapa Sakit Naik Atas,
Pisang Emas Dibawa Belayar,
Masak Sebiji Di Atas Peti,
Hutang Emas Boleh Dibayar,
Hutang Budi DiBawa Mati,
Enjit-Enjit Semut,
Siapa Sakit Naik Atas,
Enjit-Enjit Semut,
Siapa Sakit Naik Atassssss!!.....

Suka betul Marissa Fadli dengar lagu ni hahahhaha....
7 Responses
  1. alamak!
    ade lagu anak itik!
    jim pun suke lagu camtu..wawawa...

    jg kesihatan bebaik kak..


  2. pn-iena Says:

    Ehehehe..seronokkan lagu kanak2..tak lapuk dek zaman.. kena turunkan kat warisan...

    Yolah ni tengah melawan kuman2 virus sindrom selsema dan sebagainya ni.. hehehe insya'allah takder apa..


  3. Zeti Says:

    bagusla marissa dgn fadli suka minum air masak. bagus tu utk bdk2. Aisha ni jgn kata segelas. setengah gelas pun ssh nk abiskan. Skrg tgh musim demam ye kak. KAt sini plak musim chicken pox. ramai bdk2 kena. nasib baikla Aisha terselamt lagi..


  4. pn-iena Says:

    Marissa fadli ni mmg dr kecik dah diajar minum air masak..hehehe
    Zeti bagi jer Aisha minum sikit2 pun takper...budak2 biasalah lebih suka air manis kan...

    A'ah tengah bermusim demam batuk selsema kat sini.. risau gak..
    Sana musim chken pox yer..cian lah aisha kalau kecik2 dah kena kan..


  5. mrs.jishin Says:

    odaijini!!..
    alahai, senang nya dedua minum air masak. yang kat rumah nih, punya la cam kena dera je bila suruh minum air masak.


  6. FiDa@aMiDa Says:

    semoga cepat sembuh...

    p.s lagu tu budak ni psg kat sini hari dok nyanyi anak itik tokwi


  7. pn-iena Says:

    Yan
    Hehhe syukurlah budak2 ni mmg xder masalah bab air masak ni....hehehe
    Cam kena dera? waduh payah lah camtu...tapi kena biasakan lah skit2 minum xper...

    amida
    tima acih..

    Eheh yeker..samalah ek anak2 kita... bagus tu kasi dorang dengar selalu.. dah hafal lah tu yer,,