Hari ni sebelah petang hujan, tapi tak lebat pun. Cuma guruh je yang berdemtum-dentum kuat. Sejuk sikit cuaca macam ni. Yelah tengahari panas terik. Pokok-pokok pun kelihatan subur.. best tengok anak2 pokok pisang semakin membesar. Pokok limau purut baru nak segar. Kalau tak layu jer daun dia, serai pun ok subur merimbun, halia kunyit ok hidup juga. Tadi ni baru saja tanam kesum.. tak tau lah hidup ke tak tu. Semua tu tanam kat belakang rumah ni yg tak sampai sekangkang kera pun.
Pokok ubi lama dah cabut..hahaha dapatlah ubi yg kurus2 tak gebus langsung.. tapi boleh lah merasa juga. Yang paling best pokok mata kucing makin subur.. kalau lah berbuah alangkah bahgianya...hehehe tak sabar nak memetik, apa tak nya semai dr biji jadi pokok dah ni. Bukan pokok besar..tapi dah mula nak membesarlah ehehehe..
Eh! apa kaitannya gambr di atas dengan cerita ceriti ni? Saja jer nak tunjuk sama tak lukisan orang lidi tu dengan yg marissa lukis? Marissa memang suka melukis dr kecik lagi.. ni antara hasil2 ilham dia. Maklumlah belum sekolah tadika lagi. Pepandai sendiri dia melukis.. =)
Kalau kat rumah ni mulut marissa lah paling meriah, riuh rendah. Bila dia takda mulalah rasa sunyi. Nakal pun yer juga. Pandai betul menjawab kalau ditanya. Kadang2 dia pula yang kenakan kita semula siap cakap " pikir dulu..pikir dulu sebelum buat! paham?" sambil tunjuk2 kepala dia. " Hah! marissa tanya ni dengar tak? paham tak?" Amboi2 lawan tokei nampak. Adik dia lah selalu jadi mangsa.. terpinga2 si fadli tu bila kakak dia ckp macam tu.
Fadli ni pulak dah pandai panjat sana sini. Siap tarik kerusi kalau nak panjat meja ke nak buka almari laci habis dia punggah barang keluar. Fadli ni pun minat dengan komputer, kadang2 kita tengah leka guna tiba2 saja ada kat belakang kita dok peluk2. Tak pun dia heret tolak kerusi semata-mata nak guna tekan keyboard dan tekan mouse ni. Pandai pula tiru gaya cara nak guna tu. Kadang2 memang biarkan fadli bersama marissa guna komputer online study. Macam2 website marissa buka. Game pun ada. Yang penting semua tu kita dah save kat folder marissa, so tahu lah dia pilih mana nak buka. Fadli kan kalau dengar lagu2 kat tv..suka hentak2 kan kaki dia..comel betul tengok...ahahhaa setakat remote tv astro pun tau tekan dah..
marissa leh geng dengan danial [anak buah yanie]
sama2 suka melukis.....hehhe
hah bagus tu yanie..bila2 kena jumpakan.. biar diaorang melukis sama2.. ehehehe
pandai marissa lukis...fatin sama gak kadang2 dia lukis gambar lebih mcm tu gak entah sapa ajar dia pandai sendiri heheh imaginasi budak2 kan hehehhe
yerlah amida,...budak2 mmg kuat berimaginasi... fatin pun pandai melukis meh join marissa...leh buat pertandingan melukis lak ni..hehehe