pn-iena

having a baby

Syukur alhamdulillah..akhirnya Allah bagi rezeki kami sekeluarga di bulan yang mulia ni. Semoga dengan kehadirannya akan membawa kebahgiaan dan rezeki yang melimpah ruah. Alhamdulillah ada lah teman marissa untuk bermain nanti. Kami tunggu kelahirannmu tahun 2008 nanti...dua date maybe 3 mei.


pn-iena
Syukur Alhamdulillah hari pertama bersahur sekeluarga. Lebih kurang pukul 4:30am kami dikejutkan deringan telephone sambung menyambung tanpa henti. Gagahkan diri mengangkatnya, lalu terdengarlah suara family di JB. Erk! awalnya diorang bersahur. Setengah jam kemudian deringan ringtone hubby pula berbunyi, digagahinya utk menjawab, lalu kedengaran suara family di KB. Pun dah lepas bersahur.
Hari ni simple saja nasi ada nestum ada, makan ala kadar saja untuk alas perut. Teh panas menjadi pilihan utk hari ini. Menu marissa nasi + telur goreng, hanya jamah sikit saja. Mulutnya saja yang becok, cergas dan bersungguh nak bersahur. Dari umur setahun marissa dah belajar bersahur. Tak ada paksaan dengan relaan semata-mata. Memang dia terjaga sendiri, kalau tidak susah nak kejutkan, ataupun dia menangis tak cukup tidur. Lepas tu baca doa puasa sama2 dgn marissa, sambil menadah tangan dan amin. Terpancar jelas ceria di wajah marissa.
Hari ni badan tak sihatlah, tak larat rasanya nak masak untuk berbuka puasa. Insya'allah akan digagahi diri ini untuk buat sedaya upaya. Kalau tak pi pasar ramadan saja lah yer jawabnya. Mesti hubby kata mengada-ngada.. huk huk huk betul lah tak sihat...
pn-iena

pn-iena
Balik dari makan seafood singgah jetty sebentar. Dari sini boleh beli tiket naik bot untuk tengok kelip-kelip @ kunang-kunang tp tak larat dah kekeyangan. Lagipun marissa mengantuk.

pn-iena

Isikan masa cuti di Palace Of Golden Horses 2 hari 1 malam, 2 bilik. Dinner & sambut birthday hubby.

Sebelah siang sebelum check in di palace bawa marissa ke Mines Cruise. Memang seronok sangat. Cuma marissa dia seram sikit nak naik bot ni. Gayat agaknya.
pn-iena

Air terjun memang sejuk sangat, paling seronok bila berendam lah..

pn-iena

Aksi-aksi marissa di pantai sepat...
pn-iena


Detik-detik indah sewaktu melawat binatang kesayangannya di Zoo.

Beruang ni dirakam sewaktu kami sekeluarga melawat Mini Zoo Taman Teruntum, Pahang. Ini kali kedua kami membawa marissa ke sini.
pn-iena
Bapa sepatutnya kena wujud suasana mesra supaya remaja tidak takut luahkan segala permasalahan
INTI PATI
Tanggungjawab bapa
  • Bapa perlu melindungi dan memelihara keimanan ahli keluarga supaya tidak hanyut dalam arus kehidupan bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.
  • Bapa patut wujudkan suasana mesra dengan anak sejak kecil lagi, bertanya khabar dan perkembangan anak supaya ruang perhubungan sentiasa terbuka antara anak dengan bapa.
  • Bapa yang prihatin akan sentiasa menjadikan pendidikan anak suatu keutamaan. Anak perlu didedahkan dengan contoh cemerlang seperti ulama dan orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
  • Anak perlu didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama serta budaya memberi dan menjawab salam. Anak akan mengikut asuhan solat sebagai cara mengajar dirinya menghargai masa
  • Tanggungjawab bapa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, termasuk penghayatan agama, keibubapaan selari dengan peredaran zaman untuk memimpin keluarga mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
  • Anak lelaki yang mendapat teladan baik daripada bapanya akan membesar menjadi lelaki berperibadi seimbang dan bakal menjadi suami yang baik serta mendoakan kedua ibu bapanya.

Penulis ialah Pegawai Penyelidik Pusat Syariah Undang-undang dan Sains Politik, Ikim

(sumber*Oleh Mastura Mohd Zain bhrian)

pn-iena
Semalam kami meluangkan masa berkunjung ke Palace Of The Golden Horses Hotel. Tempat lokasinya ialah di Seri Kembangan. Kami ke sana setelah mendapat undangan dari pihak hotel tersebut. Keadaan di sana memang terpikau dan memukau, maklumlah tempat persingahan celebrities dan orang kenamaan. Letih dan sangat penat meronda satu kawasan hotel tu, boleh lah dikatakan melawat sambil berlajar. Untuk jadi membership boleh join Palace Vacation Club byk tempat menarik untuk berholiday dan macam2 aktiviti disediakan. Alkisah Marissa! Pertama ketika marissa duduk di atas kerusi tiba2 saja terjongkong ke bawah dengan keadaan kaki sebelah terangkat. Nasib baik takder apa2, cuma bahagian mulut ada calar merah sikit, mungkin terkena meja sewaktu kejadian tu berlaku. Memang terkejut sebab tak menjangka akan berlaku macam tu. Cepat2 ayah dia angkat dukung pelok kuat2, tapi tiba2 marissa berlari ke arah pintu dan menjerit dengan sekuat hatinya. Sampaikan semua tetamu yang berada di situ terkejut besar. Dengan sepantas kilatnya terpaksalah bawa marissa pergi dari situ untuk menenangkan hatinya. Agaknya kenapa dia berperangai sedemikian? Hanya satu sebab iaitu 'malu'.
Kedua perkara serupa hampir terjadi apabila tiba2 salah seorang staff di situ menarik kerusi marissa yg sedang leka melukis sambil bersenggayut di meja dengan keadaan kakinya di tengah kerusi ketika itu. Dan membuatkan kakinya dihujung kerusi. Memang agak pelik dan kelakar, persoalan yang bermain di fikiran ketika tu, "kenapa tak nampak?"
pn-iena
Malam tadi kebetulan kami tidur lewat, termasuklah si kecik tu sekali. Masing2 ada aktiviti sendiri. Kebetulan baru saja nak terlena terdengar suara bercakap "cari handphone tak jumpa tadi" pastu dengar sambungan lagi "jumpa kat dlm bakul belakang basikal" tengok2 si ayah dok sengeh2. Terpaksa dia call berkali2 cari punca bunyi tu kat mana, akhirnya jumpa kat dlm bakul basikal marissa. Siapa punya kerja kalau tak si kecik ni. Tergelak gak sekejap, pastu teringat beberapa hari lepas pun ada terkena perkara yang sama. Dok puas cari handphone hambo ni tak jumpa. Try call gak dengar samar2 bunyi tu.. kebetulan bateri pun lemah, nasib baik nampak cahaya dr bakul basikal tu. Lepas ni kalau kehilangan brg kena check kat situ dulu. Macam2 khazanah dia simpan kat situ.
pn-iena
Sekarang ada sikit perubahan pada diri marissa anak kesayangan kami yang baru berusia 2 tahun 9 bulan 3 minggu. Sejak menjak ni setiap kali naik kereta suka benor duduk kat belakang. Ayahnya siap tolong bukakan pintu baru nak masuk. Bukan main suka lagi dia duduk tengah2 selesa betul. Siap makan jajan lah roti lah, dok gelak2borak2 sambil mata liar perati luar tingkap. Nampak lah perubahan dia macam dah matang sikit. Sepatutnya demi keselamatan kena ikat tali pinggang tu, tapi pepaham sajalah budak aktif gitu tak reti duduk diam melainkan sedang makan2.
pn-iena
Pantang nampak kelibat papan iklan Harry Potter mula lah dok menanya "apa tu apa tu?" macam biasa soalan sensasi marissa. Dia sebut "kotter" serupa macam helicopter pulak sebab memang dia sebut halikotter pun. Sibuk nak tengok movie ni. Tunggu masa jer nak menonton.
pn-iena
Minggu lepas tgk transformers. Teringat masa kecik2 suka tengok kartun transformers. Sekarang tak ada ler nak minatnya cuma tumpang sekaki menonton saja. Itu pun kejap tengok kejap tak. Lain lah dua beranak tu memang menepek saja depan tv. Cuma marissa tu kalau mommy dia hilang mula lah mencari. Nak sinopsis pun kalau tengok dari awal sampai akhir tu boleh lah juga, ni tetau saja lah. Tapi mengikut firasat agaknya movie ni akan bersambung lagi. Pasal ending cerita ni macam tergantung gitu. Marissa panggil "pomess" lebih kurang gitu lah bunyinya..
Boleh tengok pic di Transformers Production Photos
pn-iena

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya sifat sombong sekalipun hanya seberat debu. Lalu seorang sahabat bertanya: “Sesungguhnya ada orang yang suka pakaian dan kasutnya cantik. Rasulullah SAW menjawab dengan sabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu indah dan suka kepada keindahan. Sombong itu adalah menolak yang hak dan menghina orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)

Firman Allah yang bermaksud: “Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” – (Surah Ibrahim, ayat 7)

(sumber oleh lokman ismail bharian)

pn-iena
Dinner marissa sabtu lepas nuggets, milo & potato. Tambahan seketul peha ayam (dr mmy). Tapau makan kat rumah. Memang berselera sekali dia makan.
pn-iena
Breakfast sosej & sayur campur. Paling dia suka sayur campurnya tu, makan sebiji2 setiap satu jenis hingga habis. Jenuh menunggunya nak habiskan semua. Sosej pun makan setakat 1-2 ketul saja. Sekarang ni marissa masih tak berselera nak makan nasi, lauk saja dia bedal.
pn-iena
Spontan saja salin resepi ni semasa tengok rancangan "Mmm...Sedapnya Bersama Ayamas Cookshow" di tv3 petang tadi. Ikut olahan bahasa sendiri, maklumlah resepi yang disiarkan cepat sangat memang sukar nak salin. Sambil tengok Chef Wan masak, dok salin terus. Dengar macam chef wan sebut telur dadarxtau lah kalau silap dengar eheh! maklumlah hamba cam biskut, kejap ada kejap tak ada. Tengok2 chef wan dok kacau2 telor tu time kat kuali. Lain sikit lah style dia buat. Dah terhidang memang nampak menyelerakan. Teruja nak buat ni.
>Telor Dadar<
Bahan: (a)
Minyak, Lada Merah (hiris), Bawang putih (hiris)
Sosej Black Paper (potong2), Isi Daging Ayam (cincang2)
White Paper (sikit), Kicap(renjis2 sikit), Sos Tiram (renjis2 sikit)
Bwg Merah (hiris bulat2), Daun Bawang, Daun Kucai
Bahan: (b)
Telur 4 biji (dipukul), White Paper (sikit), Kicap (renjis2 sikit)
~>Kemudian Gaulkan
Bahan: (c)
Tepung Ubi Kentang (cairkan) Garam (sikit)
Caranya: Tumis & Masak Bahan (a), Masukkan Bahan (b), Bahan (c), Kacau2 & biarkan dalam keadaan basah. Hidangkan.
ps: peringatan boleh semak semula resepi ni di laman web ayamas yer!
pn-iena
Pergi kedai mana pun kalau terjumpa Jacobs Craks ni cepat saja tangan dia menyambar. Paling suka perasa Cream Onion, memang sedap. Kebetulan kami seisi keluarga memang menyukainya. Dapat makan Jacobs Crack memang senyum memanjang lah nampak gayanya. Sekarang ni kalau nak tidur mesti dia tarik leher ayah mommy dia serentak menggunakan kedua belah tangan. Dipeluknya dengan sekuat hati. Kami sekadar tersenyum saja. Marissa cuma kata "sayang". Dapat lah ciuman free bertubi2, sukalah dia. Kadang2 tu sebelum melelapkan mata, marissa suka bercerita. Entahlah macam2 yang dia bebelkan, sambil mata terkebil2. Tangan siap angkat putar2 mundar mandir, macam2 gaya dibuatnya. Sesekali dia sergah! kami ni. Yang paling kecut bila dia tunjuk ke arah dinding sambil berkata " tu tu tu..apa tu?" uikss tak ke cuak kami ni. Tiba2 marissa sambung kata "kipas!!" fuh! lega hati kami, ingatkan nampak apa lah.
Basikal
Kerap berbasikal sekarang ni walaupun dalam rumah. Kaki ligat mengayuh, cuma masih tak sampai 360' setakat separuh kayuhan saja. Suka betul dengan basikal kesayangan dia ni. Nasib baiklah dapat nenek atok yang best!
Tak selera makan nasi
Tiba2 tak selera makan nasi. Biasa makan lauk saja. Kalau ayam goreng, kentang, sosej, sayur campur, daging burger tu makanlah. Kadang2 buatkan dia bubur nasi tu pun makan isi, nasinya kurang. Tak tahulah kenapa.
Nyaring suaranya
Suara marissa ni memang nyaring sangat kalau dia menjerit, boleh sakit telinga siapa mendengarnya berdesing. Penyanyi Ning Baizura boleh dijadikan idola ni tak pun Syafinaz guru vokal tu. Sesekali kedengaran di awal pagi dia bangun dari tidur dok memanggil2 mommy dia ni. Nasib baiklah dengan nada yang rendah, jadi dengar sayup2 saja.
pn-iena

Hari ni genap usia Marissa 2 tahun 9 bulan 1 minggu & 1 hari. Tak lama lagi bulan October 07 genaplah usia dia 3 tahun. Sungguh cepat masa berlalu. Rasanya baru semalam melahirkannya.

baby development

Malam tadi marissa tidur lewat sangat! Terpaksa layan mata bersamanya sambil menonton rancangan "Jangan Tidur lagi" di tv3, sampai larut malam. Apalagi terkinja2 marissa menari dan menyanyi. Rancangan tu boleh tahanlah kasi ceria sikit siapa yang dok stress tu, santai gila. Sebelum masuk tidur minum milo dulu, maklumlah 'nesvista' dia habis. Semalam nak keluar hujan pula, terpaksa tunda hari ni. Lepas solat barulah kami masuk tidur. Macam biasalah marissa dok membontot jer, dia sama ngikut solat. Baru nak lelapkan mata tiba-tiba terdengar suara berkata "mommy...sapu ubat!" kelihatan marissa menggosok2 perutnya. Apabila ditepuk perut tu berbunyi, sahlah kembung perut tu. Selesai sapu minyak baby, baru marissa tidur lena. Pagi sebelum solat subuh perut marissa meragam lagi, dok tolong sapukan minyak lagi. Nampaknya dia terus terlena sampai pg ni, ada tidur lagi tu. Tak tau lah pukul berapa bangun nanti.