Firstday Abang Fadli pakai baju Pengawas PPS
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Syukur Alhamdulillah.. Akhirnya sampai masanya hari yang di tunggu-tunggu iaitu Hari Perlantikan sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Pada hari ini 26 june 2023 merupakan hari bersejarah buat Abang Fadli. ini bermakna Abang Fadli sudah berjaya melepasi tempoh sebagai PPS percubaan sebelum ini dalam masa 2 bulan camtu. Walaupun hakikatnya sebelum ni Abang Fadli macam belum bersedia untuk memegang sebarang jawatan di sekolah. Abang Fadli kuatkan semangat untuk memohon jawatan PSS yang terbuka untuk semua peringkat dari tingkatan 1 hingga 5 ketika itu. Dalam kelas Abang Fadli ada 5-6 orang yang cuba sama-sama mengisi borang permohonan dan hanya 4 orang yang berjaya dipanggil. Setelah mereka melalui fasa temuduga secara online ketika itu, Hanya 4 orang yang mewakili kelas Abang Fadli yang berjaya sahaja dipanggil dan sepatutnya ada temuduga yang kedua tapi untuk tingatan 3 ke atas cikgu terus amik dan hanya perlu menambah penjelasan di 1 borang sebab mengapa nak jadi PPS. Salah satu sebabnya Abang Fadli mengatakan dia bersungguh-sungguh untuk jadi sebahagian daripada PPS kerana ingin meneruskan kesinambungan daripada Kakak Marissa yang merupakan bekas PPS di sekolah tersebut walaupun ketika berhenti sebelum SPM.
Abang Fadli merupakan anak kedua dalam 4 adik beradik. Seorang yang pemalu di sekolah dan tidak banyak bercakap. Kelakuan dan perangainya baik-baik sahaja kata cikgu. Cuma kurang untuk bertanya soalan, tapi boleh buat kalau diberi latihan. Cuma cikgu berasa sedikit bimbang samada faham ataupun tidak. Itu saja kebiasaannya kalau cikgu komplen setiap kali perjumpaan ibubapa tentang keputusan pelajar.
Name Tag Terbaru dalaman agak kebiru-biruan Abang Fadli ✌(ツ)
Name Tag Lama dalaman agak purple gelap zaman Kakak Marissa study dulu ¯\_(ツ)_/¯
🐰 Note: Abang Fadli sentiasa jadikan Kakak sebagai sumber inspirasi untuk kejayaannya =). Kakak dah melanjutkan pelajarannya di UiTM.