pn-iena
Kakak Marissa di Barisan ke-2 Dari Kiri No 2. Kelas Group 4 Semester 2 Diploma in Sains UiTM T.Perak
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kakak Marissa Masuk Semester 2 dapat Kelas Baru katanya 'Kelas Group 4'. Bermakna dah tak sama kawan sekelas semasa semester pertama. Sebab kakak Marissa terlambat join semasa pendaftaran online pemilihan kelas dah penuh. Tak ada rezeki bersama classmate group 20. Tapi tak mengapa sebab kakak Marissa dapat kawan-kawan baru dan pengalaman baru. Lagi ramai kawan lagi berkembang sel-sel otak berhubung tu. Bak kata perpatah jauh perjalanan luas pengalaman. Mungkin kakak Marissa sedih sikit sebab dah akrab dan dah ada group Assignment yang selesa dan saling memahami kekurangan serta kelebihan masing-masing. Tapi sekarang Kakak Marissa sudah semakin serasi , selesa bersama classmate terbarunya. Namun yang lama tidak dilupa dan masih kekal terus berhubung seperti biasa, masih berkongsi maklumat, buat study group, meluangkan masa bersama dan Hanya kakak Marissa saja lah yang tahu 😁. Apa-apa pun bersyukur sebab dapat classmate group 4 yang juga bijak-bijak belaka dan aktif katanya. Semoga Kakak Marissa dapat teruskan kejayaan dan cemerlang dalam akademik, kokokurikulum dan terus kekalkan dapat Dekan setiap semester. Insyaallah Kami akan sentiasa doakan kejayaan untuk Kakak yang jauh di mata dekat di Hati.
☕ Note: Kakak Marissa Busy banyak Aktiviti, banyak Assignment ¯\_(ツ)_/¯ #UiTMDiHatiku
0 Responses