pn-iena
Gambar kakak Marissa ketika semester 1 bersama rakan sekelas
لسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Syukur Alhamdulillah Sekarang Kakak Marissa sudah Semester ke 2 di UiTM T.Perak Diploma in Sains, Fakulti Sains Gunaan. Syukur sangat-sangat pada Semester pertama yang lalu kakak Marissa mendapat keputusan yang cemerlang sehingga mendapat Anugerah Dekan iaitu 3.72/ 4 flat . Semasa mendapat Result SPM kakak Marissa membuat keputusan untuk pergi ke Ekspo Selangkah ke UiTM Cawangan Selangor di i-City Convention Centre, Shah Alam. Dari situ akan didedahkan apakah yang bersesuaian dan mengikut minat kita dalam bidang yang ingin diceburi. Untuk course yang kakak Marissa ambil ni perlu membuat keputusan pada Sem ke 4 nanti untuk mengambil aliran Fizikal atau Biologi. Maka ada pilihan lah untuk meneruskan kerjaya di masa hadapan. Apa-apa pun kami sebagai ibubapa akan terima sahaja dan akan terus menyokong apa keputusan pilihan yang kakak Marissa akan pilih nanti. Walaupun sejak kecil lagi cita-cita kakak Marissa ingin menjadi seorang Doktor. Kita nantikan apakah bakat dan kelebihan yang kakak Marissa ada pada diri dia untuk menjalani kehidupan dalam alam kerjayanya nanti. Untuk Permohonan masuk ke UiTM para lepasan SPM perlu memohon di website UPU dan di situ kita pilih IPTA yang kita hendak mohon bersama course sekali. Permohonan akan berdasarkan keputusan SPM yang mana akan terdapat senarai UPU yang kita boleh pilih dan mohon saja. lebih kurang dalam 10 atau 12 pilihan yang perlu kita isi. Macam Kakak Marissa Pilihan pertama yang di isi memang Uitm Diploma in Sains. Dan tak sangka boleh dapat lah. Kerana terdapat banyak lagi senarai pilihan yang di bawah kakak Marissa isi. Memang pening mual semua ada masa nak buat pilihan tu. Kesian kakak Marissa. Kita sama-samalah doakan yang terbaik buat kakak Marissa dan semoga terus cemerlang dan berjaya untuk dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin...
☕Note: kakak Marissa juga mendapat tawaran Matrikulasi Sains tapi intake yg ke 2 masa tu. Selepas menerima tawaran Uitm. Jadi Terpaksa tolak lah ¯\_(ツ)_/¯
``````````````````Kakak (UiTM)``````````
``````Adik(darjah5) AbangChik(form1) Abang(form3)```
0 Responses