pn-iena
Abang Chik aka Faidhi firt time pakai baju Kadet BOMBA
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sempena Perjumpaan Bersemuka Persatuan Kadet Bomba semalam Hari Rabu 26 julai 2023. Setakat ini Kokorikulum untuk perjumpaan Face to face dan online dilakukan secara penggiliran di sekolah pada setiap hari Rabu lah. Itupun Beberapa kumpulan telah dibahagi dua ada yang perjumpaan secara bersemuka atau online sahaja. Ini untuk mengurangkan terlalu ramai yang hadir dan kesesakan, mungkin juga untuk mengambil langkah berjaga-jaga covid. Setakat ini Abang Chik berasa seronok lah dapat berjumpa kawan-kawan daripada persatuan kadet Bomba. buat masa ni aktiviti seterusnya tak tahu lagi apa. Dah tanya Abang Chik tentang berkawat dia pun tak tau bila. Mungkin akan join atau tak lah. Abg Chik kurang sikit bab berkawat ni tak berapa minat. Yang dia tahu main catur catur catur hahaha. Oh ya Abang Chik anak Ke 3 daripada 4 Adik beradik. Berbeza dengan Kakak sulong dia yang memang minat gila berkawat sejak zaman sekolah rendah lagi. Abang dia pun boleh lah minat juga berkawat dan kebetulan sama persatuan kadet BOMBA di sekolah Menengah. Itu sahaja lah setakat ni. Jom kita bagi cabaran kepada Abang Chik supaya dia join berkawat. Kita tengok sanggup ke Abang Chik sahut cabaran? Untuk result exam aritu kiranya Ujian Alhamdulillah semua lulus. Dan macam biasa lah subject bahasa english dia akan scrore 80+ something sebab dia memang minat bahasa english. Subject2 yang lain pun ada juga 80 something lah.. Tapi kebanyakkannya tak berapa nak score. mungkin Baru lagi Tingkatan 1. So kita akan tengokkalah perkembangan seterusnya untuk meniti perjalanan sebagai pelajar sekolah Menengah.
Gambar Abang Chik Bersama sebahagian dari rakan-rakan ahli BOMBA. Abang Chik yang tengah-tengah tu sedang menongkat dagu tu hehe. *Kredit Pic dari Guru
Labels: , , edit post
0 Responses