Tahniah dan Syabas Kakak Marissa and the geng ๐ท๐ Sungguh kental hati kalian kerana Berani dan tabah dapat menjalankan tugasan dengan baik. Bedah sana bedah sini ๐ cik tikus lak tu erk! #mommypitam #mommypengsanjap ๐คช
Faidhi bersepatu putih Bergambar kenangan bersama kedet bomba dan cikgu semasa program Perkhemahan Asas unit Beruniform. Semua badan beruniform terbabit dalam Perkhemahan ini. Program ini untuk sesi petang diantara From 1 dan 2 sahaja yang terbabit. Setiap Badan Beruniform mewakilkan antara 15 orang sahaja.
Antara Khemah yang telah siap di pasang . Disebakan musim Hujan terpaksa beramai-ramai berkhemah di bawah dewan ;) gitu. Faidhi bersama rakan kedet bomba dan segelintir pengakap atau polis berkongsi satu khemah yang Faidhi bawa dari rumah. Apa yang penting mereka gembira dan banyak menimba pengalaman semasa program dijalankan. Antara Aktivitinya Dirikan Khemah, Turunkan Khemah, Ikatan Gadjet, Ilmu Asas Perkhemahan, Ice Breaking, pembahagian kumpulan dan lain-lain lagi termasuk bergotong royong membersihkan kawasan perkhemahan.
*Pic Kredit Cikgu
pn-iena
Abang Chik aka Faidhi firt time pakai baju Kadet BOMBA
ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Sempena Perjumpaan Bersemuka Persatuan Kadet Bomba semalam Hari Rabu 26 julai 2023. Setakat ini Kokorikulum untuk perjumpaan Face to face dan online dilakukan secara penggiliran di sekolah pada setiap hari Rabu lah. Itupun Beberapa kumpulan telah dibahagi dua ada yang perjumpaan secara bersemuka atau online sahaja. Ini untuk mengurangkan terlalu ramai yang hadir dan kesesakan, mungkin juga untuk mengambil langkah berjaga-jaga covid. Setakat ini Abang Chik berasa seronok lah dapat berjumpa kawan-kawan daripada persatuan kadet Bomba. buat masa ni aktiviti seterusnya tak tahu lagi apa. Dah tanya Abang Chik tentang berkawat dia pun tak tau bila. Mungkin akan join atau tak lah. Abg Chik kurang sikit bab berkawat ni tak berapa minat. Yang dia tahu main catur catur catur hahaha. Oh ya Abang Chik anak Ke 3 daripada 4 Adik beradik. Berbeza dengan Kakak sulong dia yang memang minat gila berkawat sejak zaman sekolah rendah lagi. Abang dia pun boleh lah minat juga berkawat dan kebetulan sama persatuan kadet BOMBA di sekolah Menengah. Itu sahaja lah setakat ni. Jom kita bagi cabaran kepada Abang Chik supaya dia join berkawat. Kita tengok sanggup ke Abang Chik sahut cabaran? Untuk result exam aritu kiranya Ujian Alhamdulillah semua lulus. Dan macam biasa lah subject bahasa english dia akan scrore 80+ something sebab dia memang minat bahasa english. Subject2 yang lain pun ada juga 80 something lah.. Tapi kebanyakkannya tak berapa nak score. mungkin Baru lagi Tingkatan 1. So kita akan tengokkalah perkembangan seterusnya untuk meniti perjalanan sebagai pelajar sekolah Menengah.
Gambar Abang Chik Bersama sebahagian dari rakan-rakan ahli BOMBA. Abang Chik yang tengah-tengah tu sedang menongkat dagu tu hehe. *Kredit Pic dari Guru
pn-iena
Firstday Abang Fadli pakai baju Pengawas PPS
ุงูุณَّูุงَู ُ ุนََُْูููู ْ َูุฑَุญْู َุฉُ ุงِููู َูุจَุฑََูุงุชُُู
Syukur Alhamdulillah.. Akhirnya sampai masanya hari yang di tunggu-tunggu iaitu Hari Perlantikan sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Pada hari ini 26 june 2023 merupakan hari bersejarah buat Abang Fadli. ini bermakna Abang Fadli sudah berjaya melepasi tempoh sebagai PPS percubaan sebelum ini dalam masa 2 bulan camtu. Walaupun hakikatnya sebelum ni Abang Fadli macam belum bersedia untuk memegang sebarang jawatan di sekolah. Abang Fadli kuatkan semangat untuk memohon jawatan PSS yang terbuka untuk semua peringkat dari tingkatan 1 hingga 5 ketika itu. Dalam kelas Abang Fadli ada 5-6 orang yang cuba sama-sama mengisi borang permohonan dan hanya 4 orang yang berjaya dipanggil. Setelah mereka melalui fasa temuduga secara online ketika itu, Hanya 4 orang yang mewakili kelas Abang Fadli yang berjaya sahaja dipanggil dan sepatutnya ada temuduga yang kedua tapi untuk tingatan 3 ke atas cikgu terus amik dan hanya perlu menambah penjelasan di 1 borang sebab mengapa nak jadi PPS. Salah satu sebabnya Abang Fadli mengatakan dia bersungguh-sungguh untuk jadi sebahagian daripada PPS kerana ingin meneruskan kesinambungan daripada Kakak Marissa yang merupakan bekas PPS di sekolah tersebut walaupun ketika berhenti sebelum SPM. Abang Fadli merupakan anak kedua dalam 4 adik beradik. Seorang yang pemalu di sekolah dan tidak banyak bercakap. Kelakuan dan perangainya baik-baik sahaja kata cikgu. Cuma kurang untuk bertanya soalan, tapi boleh buat kalau diberi latihan. Cuma cikgu berasa sedikit bimbang samada faham ataupun tidak. Itu saja kebiasaannya kalau cikgu komplen setiap kali perjumpaan ibubapa tentang keputusan pelajar.
Name Tag Terbaru dalaman agak kebiru-biruan Abang Fadli ✌(ใ)
Name Tag Lama dalaman agak purple gelap zaman Kakak Marissa study dulu ¯\_(ใ)_/¯๐ฐ Note: Abang Fadli sentiasa jadikan Kakak sebagai sumber inspirasi untuk kejayaannya =). Kakak dah melanjutkan pelajarannya di UiTM.
pn-iena
Kakak Marissa di Barisan ke-2 Dari Kiri No 2. Kelas Group 4 Semester 2 Diploma in Sains UiTM T.Perak
ูุณَّูุงَู ُ ุนََُْูููู ْ َูุฑَุญْู َุฉُ ุงِููู َูุจَุฑََูุงุชُُู
Kakak Marissa Masuk Semester 2 dapat Kelas Baru katanya 'Kelas Group 4'. Bermakna dah tak sama kawan sekelas semasa semester pertama. Sebab kakak Marissa terlambat join semasa pendaftaran online pemilihan kelas dah penuh. Tak ada rezeki bersama classmate group 20. Tapi tak mengapa sebab kakak Marissa dapat kawan-kawan baru dan pengalaman baru. Lagi ramai kawan lagi berkembang sel-sel otak berhubung tu. Bak kata perpatah jauh perjalanan luas pengalaman. Mungkin kakak Marissa sedih sikit sebab dah akrab dan dah ada group Assignment yang selesa dan saling memahami kekurangan serta kelebihan masing-masing. Tapi sekarang Kakak Marissa sudah semakin serasi , selesa bersama classmate terbarunya. Namun yang lama tidak dilupa dan masih kekal terus berhubung seperti biasa, masih berkongsi maklumat, buat study group, meluangkan masa bersama dan Hanya kakak Marissa saja lah yang tahu ๐. Apa-apa pun bersyukur sebab dapat classmate group 4 yang juga bijak-bijak belaka dan aktif katanya. Semoga Kakak Marissa dapat teruskan kejayaan dan cemerlang dalam akademik, kokokurikulum dan terus kekalkan dapat Dekan setiap semester. Insyaallah Kami akan sentiasa doakan kejayaan untuk Kakak yang jauh di mata dekat di Hati.☕ Note: Kakak Marissa Busy banyak Aktiviti, banyak Assignment ¯\_(ใ)_/¯ #UiTMDiHatiku
pn-iena
Kakak Marissa berdiri Tengah di belakang rakan lelaki di hadapan sekali tu.
ุงูุณَّูุงَู ُ ุนََُْูููู ْ َูุฑَุญْู َุฉُ ุงِููู َูุจَุฑََูุงุชُู
Gambar Kenangan terakhir Kakak Marissa ketika bersama rakan-rakan seperjuangannya Semasa Semester Pertama dalam 'Kelas Group 20'. Masa ni mereka semua sudah akrab menjalin persahabatan sebagai Mahasiswa Mahasiswi di UiTM T.Perak. Setelah tamatnya SEM SATU. Semuanya nampak gembira dan mesra diantara satu sama lain. Bayangkan semasa Mula-mula nak masuk kelas group 20 ni Kakak Marissa risau sangat kalau tak ada teman. Masing-masing segan malu belum berkenalan, semua dari Sekolah yang berlainan, Negeri yang berlainan, tak tahu perangai masing-masing macam mana, ngam atau tak ngam, itulah persoalan yang selalu berlegar-legar di kepala Kakak Marissa dan Mommy juga. Tapi Syukur Alhamdulillah atas kesabaran dan doa yang selalu dipanjatkan untuk medapat kebaikan dan dipermudahkan segala urusan semuanya berjalan dengan lancar dan semuanya baik-baik belaka. ini adalah sebahagian daripada bermulanya perjalanan kehidupan sebagai Mahasiswi di tempat baru. Berdikari dan jauh daripada keluarga.
Classmate Group 20 . Kakak Marissa Groufie. Muka banyak Happy dah dapat geng ✌(ใ)
☕Note: Selfie=Swafoto, Wefie=Swafoto Bersama, Groufie=Swafoto Berkumpulan
¯\_(ใ)_/¯
Gambar kakak Marissa ketika semester 1 bersama rakan sekelas
ูุณَูุงู ُ ุนََُْูููู َูุฑَุญْู َุฉُ ุงَِููู َูุจَุฑَูุงุชُُู
Syukur Alhamdulillah Sekarang Kakak Marissa sudah Semester ke 2 di UiTM T.Perak Diploma in Sains, Fakulti Sains Gunaan. Syukur sangat-sangat pada Semester pertama yang lalu kakak Marissa mendapat keputusan yang cemerlang sehingga mendapat Anugerah Dekan iaitu 3.72/ 4 flat . Semasa mendapat Result SPM kakak Marissa membuat keputusan untuk pergi ke Ekspo Selangkah ke UiTM Cawangan Selangor di i-City Convention Centre, Shah Alam. Dari situ akan didedahkan apakah yang bersesuaian dan mengikut minat kita dalam bidang yang ingin diceburi. Untuk course yang kakak Marissa ambil ni perlu membuat keputusan pada Sem ke 4 nanti untuk mengambil aliran Fizikal atau Biologi. Maka ada pilihan lah untuk meneruskan kerjaya di masa hadapan. Apa-apa pun kami sebagai ibubapa akan terima sahaja dan akan terus menyokong apa keputusan pilihan yang kakak Marissa akan pilih nanti. Walaupun sejak kecil lagi cita-cita kakak Marissa ingin menjadi seorang Doktor. Kita nantikan apakah bakat dan kelebihan yang kakak Marissa ada pada diri dia untuk menjalani kehidupan dalam alam kerjayanya nanti. Untuk Permohonan masuk ke UiTM para lepasan SPM perlu memohon di website UPU dan di situ kita pilih IPTA yang kita hendak mohon bersama course sekali. Permohonan akan berdasarkan keputusan SPM yang mana akan terdapat senarai UPU yang kita boleh pilih dan mohon saja. lebih kurang dalam 10 atau 12 pilihan yang perlu kita isi. Macam Kakak Marissa Pilihan pertama yang di isi memang Uitm Diploma in Sains. Dan tak sangka boleh dapat lah. Kerana terdapat banyak lagi senarai pilihan yang di bawah kakak Marissa isi. Memang pening mual semua ada masa nak buat pilihan tu. Kesian kakak Marissa. Kita sama-samalah doakan yang terbaik buat kakak Marissa dan semoga terus cemerlang dan berjaya untuk dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin...
☕Note: kakak Marissa juga mendapat tawaran Matrikulasi Sains tapi intake yg ke 2 masa tu. Selepas menerima tawaran Uitm. Jadi Terpaksa tolak lah ¯\_(ใ)_/¯
``````````````````Kakak (UiTM)``````````
``````Adik(darjah5) AbangChik(form1) Abang(form3)```
Congratulations! muhammad fadli! Voice Of Tomorrow & Graduation 2014.. CIC
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Fadli happy kami semua pun happy.. lepas ni mesti rindulah kat cikgu2 dia tu... apa2 pun sesi pembelajaran masih berjalan seperti biasa..convo awal jer hehee... ada kenangan gambar kakak marissa masa konvo pd thn 2010..bekas student cic gak tu hehe..
— feeling Alhamdulillah at Auditorium Cempaka Sari Kompleks Perbadanan Putrajaya.